Anda di halaman 1dari 44

PJMS 3063 : KURIKUKULUM PENDIDIKAN

JASMANI DAN KAEDAH PENGAJARAN

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN


JASMANI

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD ROSLI

SRITHARAN A/L BALKRISHNAN


Pendidikan Jasmani
Zaman Purba
o Manusia hidup secara nomad.
o Kegiatan seharian memerlukan kecergasan yang
tinggi, mereka perlu bergerak untuk mencari
makanan dan memburu.
Berlaku revolusi pertanian yang membawa
kepada perubahan gaya hidup primitif.
Zaman pembangunan dalam bidang
pertanian, manusia tidak perlu berpindah
randah, manusia mula mengamalkan gaya
hidup sedentari dan manusia
mula mengurangkan aktiviti kecergasan.
Manusia digalakkan melibatkan diri dalam
aktviti kecergasan seperti seni bela diri untuk
tujuan menyihatkan badan.
Aktiviti kecergasan yang lain juga
diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang,
memanah, bola sepak dan menunggang kuda.
∆ Satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang
dipercayai dapat membawa penyatuan kepada
tubuh, akal dan roh manusia serta
merapatkan manusia dengan alam.
 Parsi, Egypt, Babylon dan Syria juga
mementingkan kecergasan untuk tujuan
ketenteraan.
 Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti-
aktiviti seperti berkuda, memanah, memburu,
berkawad dan membaling lembing untuk
tujuan membina kekuatan dan kecergasan.
Masyarakat Yunani amat mementingkan
kecergasan fizikal, kota-kota yang terkenal semasa
itu ialah seperti Athens dan Sparta.
Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani bertumpu
pada pembinaan tubuh badan untuk
pembentukan tentera yang kuat.
Di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu
kepada kesihatan dan apresiasi nilai estetika
untuk terus hidup.
(zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M)
 Tujuan utama – membentuk manusia petindak.
Peperangan sering berlaku. Setiap warganegara
merupakan perajurit. Keadaan fizikal yang sihat dan
kuat adalah sangat penting.
 Senaman bertujuan menghasilkan kekuatan, daya
ketahanan, kepantasan dan keberanian yang amat
diperlukan dalam peperangan.
 Dalam zaman ini, penduduk dikatakan melibatkan
diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan
kekuatan.
Aktiviti-aktiviti Aktiviti-aktiviti
sukan golongan sukan golongan
aristokrat askar
Perlumbaan Membaling
kereta kuda lembing
Tinju Memanah

Bergomol Mengangkat
berat
Lari
(meliputi seluruh zaman sejarah Sparta)
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua
rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu
sebagai askar.
Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua
pendidikan merupakan latihan untuk peperangan.
Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat
sebagai petindak yang mempunyai kekuatan
yang ganas, daya ketahanan yang tinggi,
semangat keteguhan dan kegagahan serta
kemahiran tentera.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti
gimnastik, lari, lompatan dan permainan bola.
Aktiviti-aktiviti lain – lawan pedang, berenang,
memburu, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan
baling lembing.
(776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M)
Pendidikan Jasmani bertujuan menyediakan
warganegara di medan perang dan juga untuk nilai
estetika dan harmoni.
Tubuh badan sama penting dengan otak – sukan
dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera,
lukisan dan ukiran.
Orang Greek menghargai kecantikan (fizikal) –
menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan
pertumbuhan yang tidak wajar sebagai tanda
kurang pendidikan dan mengaibkan.
Program Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi kanak-kanak
berumur 7 – 12 tahun:
Berlari
Lompatan
Memanjat tali
Permainan bola
Baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil
Program Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi kanak-kanak yang
lebih besar (dari segi umur):
oPerlumbaan
oBaling lembing dan lempar cakera bersaiz besar
oLompatan
oBertinju
oBergomol
oPerlumbaan kereta kuda
(dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M)

Selepas perang Parsi, Athens berubah menjadi


pusat perdagangan dan sebuah pusat
kosmopolitan.
Penduduk mempunyai lebih banyak masa
lapang untuk perkembangan intelektual.
Pendidikan bertujuan untuk membentuk
manusia bijak dan bukan lagi petindak.
Olahraga
Gimnastik
Lumba
Aktiviti-aktiviti berperisai
Tinju fizikal Yunani
Athens Lewat
Baling lembing
Equestrian
Memanah

Penduduk Yunani Athen Lewat lebih berminat menjadi penonton


daripada peserta.
Pendidikan Jasmani
Zaman RENAISSANCE
Maksud : (Perancis) pemulihan atau
menghidupkan semula aspek kebudayaan
dengan memberi penekanan terhadap
pemulihan budaya meliputi aspek ilmu
pengetahuan seperti sains, sastera dan seni
klasik.

Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan


pemulihan budaya masyarakat Eropah.
Berlangsung selama dua abad dari pertengahan
abad ke 14 hingga pertengahan abad ke 16.

Bermula di Itali dan merebak ke seluruh Eropah


melalui perkembangan intelektual dan pemikiran
manusia.

Hasil : membuka jalan kelahiran pelbagai aliran


baru Eropah hingga abad ke 18; Humanisme,
Rasionalisme dan Nasionalisme .
Bermula pada tahun 1400 – 1700.
Bermula di Itali pada abad ke 13 dan
berkembang ke utara barat Eropah selama dua
abad.
Pendidikan Jasmani dilakukan untuk kebaikan
diri sendiri, bukan orang lain.
Terdapat 3
kumpulan
utama pada
- Humanis
Zaman
- Moralis
Renaissance
- Realisme
yang berkait
dengan
Pendidikan
Jasmani:
• Berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan
seperti :

LARI BERPAGAR MEMANAH

LARI RENANG

PERMAINAN BOLA TANGAN


(PALLONE)
MORALIS
• Dipengaruhi oleh Reformasi Protestan.

• Melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk


melaksanakan pekerjaan.

• Jenis sukan yang diperkenalkan lebih ringan dan tidak


menggunakan pergerakan tubuh yang banyak.

PERMAINAN
PAPAN PERMAINAN KAD
REALISM
 Menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian
daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat.

 Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah


masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti
fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan
tubuh perlu dilakukan.
 Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah
adalah katolik. Mereka lebih menyukai aktiviti fizikal
rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh
perlu dilakukan.

 Namun begitu, perkembangan Pendidikan Jasmani


mempunyai kelemahan. Pada sekitar 1600 di mana
Pendidikan Jasmani mempunyai banyak kebaikan tetapi
tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa
sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah
sesuatu yang membazir masa.
PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN
MODERN
PENDIDIKAN JASMANI MODERN
• Zaman moden ini adalah pada akhir abad ke 18 dan permulaan abad ke 19.

• Apabila kemahiran ketenteraan berkurang, sukan, permainan dan rekreasi


memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.

• Pelbagai permainan wujud seperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,
bola keranjang, bola jaring dan olahraga.
• Pada zaman ini, pelbagai kajian telah dijalankan bertujuan untuk

mengembangkan dan membawa perubahan dalam bidang sukan dan program

Pendidikan Jasmani.

• Berdasarkan penyelidikan tersebut :

 Membuktikan ada asas sains dalam bidang sukan.

 Kemudian mewujudkan bidang-bidang seperti antropometrik, fisiologi,

biomekanik, psikologi sukan.


Antropometrik
Kajian tentang
bentuk dan
susuk badan.

Psikologi sukan
Fisiologi
Kajian terhadap Bidang- Kajian tentang
tingkah laku
fungsi struktur bidang manusia dalam
tubuh badan. bidang sukan.

Biomekanik
Kajian tentang
bagaimana
manusia
bergerak .
• Wujud sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan
perempuan.

• Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan.

• Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik).

• Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi atau tahap yang tinggi
dan terdapat undang-undang atau peraturan yang ditetapkan.

• Contohnya, bola sepak, golf, badminton dan sebagainya.

• Pendidikan jasmani menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh,


seimbang dan harmonis dari segi JERIS.
PENDIDIKAN JASMANI DI
MALAYSIA
PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
• Sejarah Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat era
iaitu :

Era pra- Era selepas


kolonial merdeka

Pendidikan
Jasmani di
Malaysia

Era Era
penjajahan kolonial
ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)
• Pada masa ini, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal
seperti kelas-kelas agama, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada
pendidikan jasmani.
• Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan
dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang
menyeronokkan.
• Kerja-kerja pertukangan, kebun dan kesenian yang mengutamakan seni
mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.
• Masyarakat juga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi
seperti bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain congkak, layang-layang
dan sepak raga.
ERA PENJAJAHAN
 Era penjajahan Inggeris lama
• Pendidikan Jasmani formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan.

• Permainan-permainan baharu seperti badminton, bola sepak dan ragbi


diperkenalkan oleh penjajah dan pedagang.

• Pada tahun 1890, murid perempuan mula diajar olahraga, manakala murid lelaki
diberi latih tubi.

• Pada tahun 1913, maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk


memberikan latihan kawad kepada bakal guru dan menggalakkan mereka
memasuki pasukan sukarelawan.

• Pada tahun 1920, keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan
permainan.
• Pada tahun 1924, seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri
selat telah dilantik.

• Pada tahun 1930, rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah telah


dimulakan dan sukatannya berasaskan latihan fizikal.

• Melalui kursus perkhidmatan, rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani


dilancarkan ke seluruh negara.

• Pada tahun 1940, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani telah dikaji semula
untuk dikemas kini supaya selari dengan perkembangan pendidikan.
 Era penjajahan Jepun
• Rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala.

• Latihan jasmani ketika itu bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan,
taat kepada pemerintah dan berdisiplin.

• Latihan jasmani (Tai Sho) diperkenalkan kepada murid.

• Latihan Tai Sho adalah lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.

• Setiap pagi murid terpaksa membuat senaman beramai-ramai selama 30 minit.

• Arahan dalam bahasa jepun dan pengajaran jasmani lebih bercorak ketenteraan.
ERA KOLONIAL (pemerintahan British atau sebelum merdeka)
• Tujuan Pendidikan Jasmani seakan sama dengan tujuan semasa era kolonial
Inggeris lama.

• Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran
dikekalkan di sekolah.

• Senaman diadakan 30 minit setiap hari sebelum belajar.

• Tidak semua sekolah dapat menjalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya


kerana ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih
dalam pengajaran latihan jasmani.

• Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan


semula di MPSI dan MPPM, Melaka untuk tambah bilangan guru senaman.
• Pada tahun 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI
untuk mengadakan sukatan yang formal di sekolah.

• Pada tahun 1950, kepentingan Pendidikan Jasmani meningkat kerana diwajibkan di


semua sekolah.

• Pada tahun 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan
tentang Pendidikan Jasmani
ERA SELEPAS MERDEKA
• Pada tahun 1960 sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula.
• Wujud sukatan untuk murid lelaki dan perempuan yang membolehkan semua sekolah
menggunakan satu sukatan pelajaran yang sesuai.
• Usaha meningkatkan mutu Pendidikan Jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan
MPIK.
• Pendidikan Jasmani di sekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan.
• Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.
• Pada tahun 1970, sukatan Pendidikan Jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
• Pendidikan Jasmani dimasukkan dalam kurikulum kursus diploma pendidikan di UM bagi
melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam
pengajaran Pendidikan Jasmani.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai