Anda di halaman 1dari 12

ANALISIS KOMPONEN ANATOMI

DAN FISIOLOGI
-PERGERAKAN MENJARING
DALAM PERMAINAN BOLA
KERANJANG-

NUR AMALINA BINTI SAMSUDIN


2 PISMP PJ2
BOLA KERANJANG
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

 Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield,


Massachusetts,
 Amerika Syarikat. James Naismith telah
memperkenalkan permainan ini di sebuah sekolah
sebagai permainan semasa musim sejuk. Permainan ini
dicipta berdasarkan permainan kuno Kaum Indian
Mexico.
 Naismith telah menggunakan dua buah bakul sebagai gol
untuk permainan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang
pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah.
ALATAN.

 Baju
 Kasut Bola Keranjang

 Bola

 Gelanggang

 Tiang Keranjang

 Papan Tampan.

 Jaring
TEKNIK-TEKNIK DALAM PERMAINAN
INI.

 Menggelecek bola

 Menghantar bola

 Menjaringkan bola

 Menghalang dan menghadang.


KEMAHIRAN YANG DIKAJI –
MENJARINGKAN BOLA.
1) Jenis otot yang terlibat dan fungsinya :
 Triseps

Mengfleksikankan lengan dari bahagian siku


 Biseps

Fleksikan supinated forearm dan pronated forearm.


 Deltoids

Otot bahu yang menarik, memanjang serta mengfleksikan


lengan.
 Pectoralis Major

Mengekstensikan bahu (deltoids) kebawah dan kehadapan


 Wrist Flexor

Merotasikan pergelangan tangan sebanyak 360 darjah.


2) Jenis tulang yang terlibat dan fungsinya:
 Humerus

Merupakan tulang panjang pada lengan yang menyambungkan


bahu ke siku.
Berfungsi sebagai tuas untuk menggerakkan tangan kesemua arah
iaitu 360 darjah dan memberi sokongan yang paling kuat kepada
tangan.
 Ulna

Salah satu daripada dua tulang panjang dibahagian bawah tangan,


sejajar dengan jari kelingking.
Tulang ini membentuk siku di bahagian hujungnya dan
membolehkan fleksi dan ekstensi pada pergerakan tangan.
 Radius

Merupakan tulang yang bersambung di capitulum humerus dan


tulang dihujung ibu jari.
Berfungsi untuk menghubungkan lengan dan membolehkan pronasi
dan supinasi.
 Carpals
Terdapat 8 karpals dalam setiap pergelangan tangan.
Berfungsi untuk pergerakan menggelongsor (gliding).
 Metacarpals

Terdiri daripada 5 tulang yang panjang dan kecil.


Berfungsi untuk menggerakkan jari
 Phalanges

Sambungan pada metacarpals hingga ke hujung jari.


Membentuk struktur jari dan mengawal pergerakan
motor halus pada bahagian jari.
3) Jenis sendi yang terlibat dan fungsinya.
 Elipsoid

Terletak antara metacarpals dan phalanges pada bahagian


jari tangan.
Membolehkan jari fleksi dan ekstensi.
 Melongsor

Terletak pada carpals di pergelangan tangan.


Membolehkan pergelangan tangan melakukan
pergerakan melongsor (gliding)
 Engsel

Terletak antara humerus dan ulna.


Membolehkan pergerakan tangan untuk fleksi dan
ekstensi sebanyak 180 darjah.
AKSI PERGERAKAN

Jari tangan yang

menjaring

Pada masa ini, bola berada dalam keadaan “rehat” di tengah tapak
tangan dan disokong oleh jari tangan yang akan menjaring. Tangan
yang satu lagi memegang bola sebagai sokongan. Walaupun
genggaman tangan kepada bola tidak terlalu kuat namun ia
seharusnya kukuh untuk bersedia mengangkat bola ke posisi
menjaring.
Fasa bersedia untuk menjaring

Pada fasa ini, tangan diangkat sehingga melepasi bahu dan selari
dengan kedudukan mata. Kedudukan pergelangan tangan dan bola
seharusnya selari dengan tangan,bahu,mata,pinggul, lutut dan kaki
untuk membentuk satu garis lurus supaya jaringan kita tepat pada
sasaran. Dalam posisi ini, pemain telah bersedia untuk melompat dan
menjaring dalam satu gerakan yang licin. Fasa pertama dalam
menjaring iaitu elevation dilakukan di dalam gambar ini. Tangan
diangkat sebagai persediaan untuk menjaring.
Fasa Jaringan

Tiga fasa jaringan iaitu hand push , arm push dan follow through telah
ditunjukkan di dalam gambar ini. Dalam fasa ini, tangan diekstensikan
untuk menjaring. Pergelangan tangan memainkan peranan untuk menolak
bola diikuti kuasa dari lengan semasa lengan diekstensikan. Apabila tangan
diekstensikan, bola akan mendapat daya dan kuasa untuk bergerak ke
depan menghampiri jaring. Jika kita perhatikan perlakuan ini, tangan
berubah posisi semasa menjaring dari bengkok ke lurus. Fenomena ini
telah mengaitkan perlakuan menjaring dengan pergerakan antagonis otot
bisep dan trisep.
Apabila tangan difleksikan, bisep akan meregang (contract) dan
memendek manakala trisep pula akan rehat(relax) dan mengendur. Apabila
tangan diekstensikan, bisep akan rehat(relax) dan mengendur manakala
trisep akan meregang(contract) dan memendek. Ini menunjukkan bahawa
kedua-dua otot ini berkerja secara berlawanan ataupun dipanggil antagonis.
Semasa fasa elevation, tangan diangkat dalam keadaan fleksi . Apabila tiba
fasa arm push dan hand push, tangan akan diekstensikan dan kuasa yang
diberikan oleh pergerakan antagonis bisep dan trisep ini akan memberikan
daya kepada bola untuk bergerak maju kehadapan dan masuk ke dalam
jaring.

Anda mungkin juga menyukai