Anda di halaman 1dari 19

PERANAN INDIVIDU TERHADAP

DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT
DAN NEGARA
NAMA NO. MATRIX
TAI JING XIAN O3DEE17F1067
CHEAH JIAN WEI 03DEE16F2027
•Peranan Individu Terhadap Diri Sendiri
•Peranan Individu Terhadap Keluarga
•Peranan Individu Terhadap Masyarakat
•Peranan Individu Terhadap Negara
Peranan Individu Terhadap Diri Sendiri
• Setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap diri
sendiri,termasuklah berkenaan dengan Tuhan.
• Hubungan manusia dengan Tuhan merupakan cara bagaimana
manusia dapat mengabdikan dirinya terhadap perintah dan
laranganNya.
• Tanggungjawab individu terhadap diri sendiri termasuklah dari aspek
lahiriah dan batiniah.
Peranan Individu Terhadap Diri Sendiri yang
Perlu Dijaga
• Menjaga maruah dan nilai diri.
• Menjaga kesihatan dan kebersihan dari segi fizikal serta kebersihan
mental.
• Berusaha menuntut ilmu supaya mencapai kemajuan diri.
Peranan Individu Terhadap Keluarga
• Keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan
antara satu sama lain.
• Peranan individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang
contohnya seperti tanggungjawab ibu atau bapa.
• Individu berkenaan bertanggungjawab dalam membentuk ahli
keluarganya.
Keluarga Bahagia
• Kebahagiaan boleh dihubungjalinkan bukan sahaja dengan tingkat
pencapaian kebendaan tetapi lebih menekankan kepada rasa
keseimbangan yang mendalam terhasil dari jiwa yang tenang yang
mampu wujud dalam sesebuah keluarga yang harmoni.
Ciri-ciri Keluarga Bahagia
• Mempunyai didikan agama
• Pergaulan yang penuh adab sopan/baik
• Sabar dan bertolak ansur
• Mengambil berat masalah keluarga
• Besederhana
• Kemantapan ilmu dan akal
• Keluarga yang berakhlak mulia
• Sentiasa bersyukur
Peranan Individu Dalam Keluarga
1,Memberi kasih saying
Kasih saying merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang.Ia
melibatkan suasana,sikap dan harapan seseorang atau sesuatu yang lain.Cara menunjukkan
kasih sayang ialah dengan melalui perlaksanaan tanggungjawab.
2. Saling bantu-membantu
Ahli keluarga perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan
makanan,mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain.Dalam hubungan ini akan menimbulkan
kemesraan dalam keluarga.
3.Sentiasa membimbing anak-anak
Sentiasa membantu anak-anak menyiapkan kerja rumah,berbincang tentang pelajaran
anak-anak dan menyemak buku latihan pelajaran anak-anak.
4.Memberi motivasi kepada anak-anak
Menunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau
kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah,ini akan menambahkan lagi keyakinan
anak-anak.
5.Memberi contoh teladan yang baik
Perlu ada model yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak dan model
yang terbaik ialah ibubapa itu sendiri.
6.Menghormati orang yang lebih tua
Berbicara dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa merendahkan diri,suara dan
pandangan mata sewaktu berbicara.Berusaha memenuhi permintaan orang tua mengikut
kemampuan diri dan tidak menyinggung perasaan mereka.
3.3 Peranan individu
terhadap Masyarakat
Manusia merupakan makhluk yang semulajadi hidup secara social.
Seseorang tidak boleh berdiri dengan sendiri,malah saling memerlukan
antara yang satu dengan yang lainnya di tengah-tengah
masyarakat.Setiap individu tersebut mempunyai kepentingan yang
bermacam ragam dan mempunyai kepentingan yang pelbagai haruslah
berperanan sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut
termasuklah individu-individu seperti jiran,orang kuran upaya(OKU) dan
warga emas.
3.3.1 Jiran tetangga
• Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup
berbaik-berbaik,bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama dengan jiran
tetangga.
• Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana
harmoni dan aman sesame mereka dan juga paling penting kepada Negara dalan
usaha membangun dan memajukan Negara baik ketika senang mahupun susah.
• Peranan setiap individu terhadap jiran adalah berdasarkan kepada hal-hal yang
berikut:
1. Menghulurkan bantuan khususnya ketika kecemasan
Jiran adalah orang yang paling dekat dengan tempat tinggal kita. Segala perkara ke atas diri kita,ahli
keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.Selain itu,jiran adalah orang
yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada saat apabila ditimpa bencana atau
musibah.Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup mengetepikan kesenangan
dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa yang diperluka.Semakin kerap kita
menolong jiran,semakin kuat ikatan kejiranan kita.
2. Menjaga kebajikan penudduk setempat
Jiran hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat
mnjana satu aktiviti yang menmenubuhkan yumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.Pelbagai
jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Pembangunan insan Remaja.Pelbagai aktiviti dapat
disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan program jati
diri.Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesame jiran.
3. Semangat Integrasi nasional
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan nagara kita.Memastikan perpaduan
dan kemakmuran kekal,ianya perlu dimulai dengan hubungan baik dengan jiran.Jiran yang baik adalah
jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi,percaya mempercayai dan perkongsian pendapat antara
mereka.
4. Semangat bergotong royong
Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan perumahan,masjid,balairaya,membaiki rumah atau
jambatan akibat banjir,ribut dan kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat
kejiranan.
3.3.2 Orang Kurang Upaya(OKU)
• Orang kurang Upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan
istimewa bagi mebolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti.Oku boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya seperti kecacatan
perkembangan, cacat anggota, cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat pembelajaran,
autism, bisu dan seumpamanya.
• OKU memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup
berdikari.Contohnya,orang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dan menulis
Braille sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran untuk belajar atau mendapat
pendidikan untuk hidup berdikari. Orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran
memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakannya untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
• Beberapa bentuk keistimewaan dan kemudahan yang khas diberikan kepada golongan orang
kurang upaya di Negara kita adalah:
1. Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang
kurang upaya.Jabatan dan NGO bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di
dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah.Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan
hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa
disediakan.
2. Kegiatan kesenian dan kebudayaan
Menggalakan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu
kumpulan Kesenian OKU ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini
menjalankan aktiviti dan latihan.
3. Pengeculian bayaran dokumen perjalanan
OKU dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas
tiga,bayaran pakar dan ubat-ubatan.
4. Kemudahan mendapat latihan dan pemulihan
Jabatan Kebajikan masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak OKU dengan
menyediakan program latihan kemahiran dan pemuliharan diri di institusi-institusi Jabatan.Perkhidmatan
ini disediakan oleh jabatan hanya kepada kanak-kanak kategori OKU anggota dan akal(bermasalah
pembelajaran) sahaja.
5. Pencen terbitan
Kerajaan melalui jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan pencen terbitan kepada
anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
3.3.3 Warga Emas
• Dalam mana-mana komposisi penduduk, satu daripada
komponennya ialah warga tua.
• Warga tua dianggap sebagai individu yang berumur 55 tahun
ke atas.
• Peranan individu terhadap golongan ‘Warga Emas’ adalah
berbeza-beza oleh setiap pihak sebagaimana yang berikut:
1. Peranan kanak-kanak terhadap warga emas
Kanak-kanak perlu dididik dari awal tentang kasih sayang dan penghormatan yang semestinya
diberikan kepada ibu bapa yang telah tua.
2. Peranan kerajaan terhadap warga emas
Sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang, pihak majikan dan
agensi-agensi berkenaan telah diseru agar mengatur program untuk memenuhi objektif tersebut.
Program dapat dilaksanakan di Rumah Warga Tua, antaranya seperti mengadakan Hari Warga
Tua, pertunjukan pentas dan program lawatan berterusan oleh ahli-ahli sekarelawan dari
Politeknik, Kolej, Universiti dan institusi lain. Program ini akan dapat menonjolkan bahawa warga
tua masih diingat, dihormati, dan disayangi.
3. Peranan NGO dan badan swasta terhadap warga emas
Pelbagai badan kebajikan dan NGO telag mengatur langkah untuk mengenang budi warga tua.
Contoh, pesara biasanya diraikan dengan suatu majlis yang menonjolkan sumbangan mereka dan
pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang untuk memperingati jasa dan khidmat
baiknya.Sesetengah badan swasta menawarkan tambang istimewa untuk warga tua, seperti
syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang hanya mengenakan tambang separuh harga
untuk warga tua.Keistimewaan-keistimewaan ini akan menunjukkan kepada warga tua bahawa
mereka itu penting dan seharusnya dilayan dengan isimewa.
3.4 Peranan Individu Terhadap
Negara
• Mendaulatkan Negara,bangsa dan agama menjadi
tanggungjawab utama kepada setiap insan. Oleh itu
mempunyai beberapa ciri perlu wujud kepada setiap individu
yang bergelar warganegara iaitu:
1. Hormat kepada raja dan negara
• Menghormati raja berperlembagaan dan lambing-lambang kebesaran negara.
• Berusaha mengetahui dan mengenal nama-nama pemerintahan dan menghormati mereka.
• Peka terhadap perkembangan pembangunan dan pentadbiran Negara.
2. Hormat kepada hak asasi
• Menyedari dan mengambil berat tentang hak-hak individu sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan
Malaysia
• Berhati-hati dan berwaspada dalam pertuturan dan perlakuan supaya idak menyinggung perasaan.
• Mengambil kira semua pihak.
3. Semangat cinta kepada negara.
• Bersedia berkorban dan memberikan sumbangan kepada negara.
• Menumpahkan taat setia kepada negara.
• Cinta kepada keamanan dan keharmonian.
4. Tanggungjawab bersama
• Menjaga hak dan kepentingan sendiri serta tidak menganggu orang lain.
• Sentiasa mnghargai, menyokong dan melibatkan diri dalam sesuatu hal dengan harapan dapat memberikan
manfaat untuk kepentingan bersama.
5. Perpaduan
• Bergaul mesra dengan semua kuam dengan tidak mewujudkan sikap perkauman.
• Mementingkan kasih sayang antara anggota keluarga dan masyarakat
• Bersatu padu dan sanggup bekerjasama untuk keamanan dan kemajuan Negara.
Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai