Anda di halaman 1dari 43

MAGNET DAN

KEELEKTROMAGNETAN

MEDAN MAGNET
KEELEKTROMAGNETAN
MEDAN MAGNET PENGALIR
MEDAN MAGNET GEGELUNG PENGALIR
ARUHAN ELEKTROMAGNET
PEGUBAH

OLEH: Jessica Domunih


Mas Athirah binti Johan John
MAGNET
Magnet juga dikenali sebagai besi berani.

Erti magnet ialah kemampuan suatu benda untuk menarik


benda-benda lain yang berada disekitarnya.

Setiap magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan


kutub selatan.

Fungsi magnet:

Sebagai kompas

Komponen utama dalam mikrofon dan pembesar suara


Terdapat tiga ciri utama magnet iaitu

Medan magnet

Fluks magnet

Kutub magnet
Medan
magnet
Kutub magnet

U S

Fluks
Magnet magnet
Medan Magnet

Medan magnet wujud di kawasan sekeliling


magnet dan merupakan ruang yang di penuhi
dengan fluks magnet.

Fluks Magnet

Ialah lingkaran garis urat daya magnet .


KEELEKTROMAGNETAN
KEELEKTROMAGNETAN
• Kesan magnet yang dihasilkan dengan arus elektrik

• Kemagnetan suatu elektromagnet adalah sementara

• Diguna dalam perkakasan elektrik terutama pada


penjana dan motor elektrik seperti kipas angin,
pengering rambut, pembesar suara dan kad ATM
bermagnet.
Faktor mempengaruhi kekuatan elektromagnet

Kekuatan elektromagnet bertambah apabila


oArus bertambah - kekuatan medan magnet setiap lilitan juga
bertambah
oBilangan lilitan bertambah - setiap lilitan menghasilkan medan
sendiri. Medan akan bertindih dan menghasilkan satu paduan
magnet yang kuat.
oTeras besi lembut – dapat menghasilkan satu medan magnet
yang lebih kuat
oSaiz atau diameter pengalir besar
oBentuk pengalir – pengalir gegelung mempunyai kesan magnet
yang lebih berbanding pengalir lurus
Medan magnet pengalir

LURUS

GEGELUNG
MEDAN MAGNET PENGALIR LURUS

• Apabila arus elektrik mengalir dalam suatu dawai pengalir


lurus, medan magnet terbentuk di sekeliling pengalir
tersebut.

• Jika arus meningkat, lingkaran fluks magnet semakin


padat dan keelektromagnetan semakin kuat.
MEDAN MAGNET GEGELUNG PENGALIR

• Di bahagian tengah gegelung, corak medan


magnet adalah lurus dan berserenjang
(perpendicular) dengan satah gegelung.
• Arah medan magnet pada mana-mana titik dapat
ditentukan dengan menggunakan petua
genggaman tangan kanan.
• Pengalir dililit rapat antara satu sama lain
sehingga garis fluks di sekeliling setiap pengalir
bergabung lalu menghasilkan satu medan magnet
yang kuat dan berkutub.
PRINSIP KEELEKTROMAGNETAN

PETUA
PETUA SKRU
GENGGAMAN
MAXWELL
TANGAN KANAN
PETUA GENGGAMAN TANGAN
KANAN

PENGALIR LURUS

• Ibu jari menunjukkan arah arus yang mengalir.

• Jari-jari lain menunjukkan arah fluks magnet (medan


magnet) di sekeliling pengalir
PENGALIR GEGELUNG

• Ibu jari menunjukkan kutub utara

• Jari- jari lain menunjukkan arah arus


PETUA SKRU MAXWELL

• Arah pacuan skru (bahagian tajam) menunjukkan arah arus


yang mengalir

• Arah putaran skru menunjukkan arah fluks magnet


ARUHAN ELEKTROMAGNET
• Sesuatu litar elektrik yang beroleh daya gerak elektrik akibat
perubahan arus dalam litar yg sama atau litar lain yg berdekatan
• Suatu proses menghasilkan arus (arus aruhan) dengan
mengubah medan magnet
• Gerakan ini menyebabkan berlaku pemotongan fluks magnet
oleh pengalir lurus, atau perubahan fluks magnet mengelilingi
gegelung.
• Magnitud daya gerak elektrik teraruh dan arah arus teraruh
dapat ditentukan dengan menggunakan hukum elektromagnet
HUKUM ARUHAN KEELEKTROMAGNETAN

HUKUM
FARADAY

HUKUM LENZ

PETUA
TANGAN KIRI
FLEMING
HUKUM FARADAY

• Menyatakan arus dan daya gerak elektrik(dge) boleh


terhasil apabila fluks magnet berubah.

• Magnitud dge teraruh yang terhasil bergantung kepada


kadar perubahan fluks dan bilangan lilitan pengalir.

• Apabila dge aruhan bertambah, arus aruhan yang


mengalir bertambah.

𝑑(𝐼) E = dge teraruh


𝐸=𝑁 d(I)/dt = kadar perubahan fluks
𝑑𝑡 magnet
N = bilangan lilitan pengalir
Dge yang teraruh pada pengalir diperoleh menggunakan
dua cara
oFluks memotong pengalir – menggerakkan bar magnet keluar dan
masuk kedalam gegelung pengalir yang dikesan menggunakan
galvanometer

oPengalir memotong fluks – pengalir yang bersambung dengan


galvanometer digerak keluar dan masuk dalam medan magnet.
Apabila bilangan lilitan
bertambah, fluks magnet
bertambah maka arus aruhan
juga bertambah
HUKUM FARADAY

Apabila magnet bar dilepaskan


tinggi, gerakan relatif antara
konduktor dan medan magnet
bertambah laju, arus aruhan
bertambah

Semakin kuat medan magnet,


semakin bertambah arus aruhan
HUKUM LENZ

• Menyatakan arah arus teraruh sentiasa bertentangan


dengan arah perubahan yang menghasilkannya.

• Fluks yang dibina oleh arus teraruh melawan gerakan


yang menghasilkan arus.

𝑑(𝐼)
𝐸 = −𝑁
𝑑𝑡
E = dge teraruh
d(I)/dt = kadar perubahan fluks
magnet
N = bilangan lilitan pengalir
PERATURAN TANGAN KIRI
FLEMING

• Menentukan arah daya tolakan,F, arah arus elektrik dan arah fluks
magnet kutub.

• Digunakan untuk menentukan arah putaran motor elektrik.

• Peraturan Tangan Kanan Fleming untuk menentukan kutub atau arah


dge teraruh bagi penjana elektrik.
PENGGUNAAN PRINSIP
KEELEKTROMAGNETAN
SOLENOID
• Terdiri daripada gegelung elektromagnet yang dililit pada
pembentuk silinder dan teras besi yang boleh bergerak.

• Teras besi dinamakan pelocok yang disambung ke teras


pegun menggunakan pegas (spring).

• Pergerakan pelocok bergantung kepada kekuatan


elektromagnet dan daya mekanik
yang terdapat pada pegas.
• Apabila bekalan dihidupkan arus mengalir melalui gegelung

• Medan magnet terbentuk pada gegelung.

• Teras pegun dan teras pelocok akan berkutub.

• Kutub teras pegun akan menarik teras pelocok yang juga berkutub
tetapi berlawanan.

• Pegas akan termampat.

• Apabila bekalan terputus pegas menolak semula pelocok.


LOCENG ELEKTRONIK
Apabila bekalan dihidupkan arus mengalir melalui gegelung

Medan magnet terbentuk pada gegelung.

Teras pegun dalam gegelung akan berkutub.

Teras pegun akan menarik angker pemukul mendekatinya.

Tarikan itu menyebabkan pemukul mengetuk gong.

Loceng akan berbunyi.

Pada ketika pemukul mengetuk gong, sesentuh skru pelaras terbuka.

Arus litar terputus dan menyebabkan gegelung hilang kesan kemagnetan.

Angker balik ke tempat asal.

Proses berulang selagi bekalan dihidupkan.


PENGUBAH
• Peranti elektrik yang menggunakan prinsip aruhan
elektromagnet untuk memindahkan tenaga elektrik dari satu
litar ke litar yang lain pada frekuensi yang sama.

• penting juga untuk penghantaran tenaga elektrik voltan tinggi


yang membuat penghantaran jarak jauh secara ekonomis
praktikal.

• Pengubah berfungsi untuk menukarkan nilai voltan ulang alik


daripada tinggi kepada nilai rendah atau sebaliknya.
Binaan asas PENGUBAH
Jadual dibawah menunjukkan beberapa simbol
pengubah mengikut jenis teras dan belitannya
Nama Pengubah Pengubah Pengubah Auto Pengubah Pengubah
Pengubah teras udara teras besi teras besi pengubah sadap berbilang
serbuk tengah sadap

Jenis Teras Teras udara Teras besi Teras besi Teras besi Teras besi Teras besi
serbuk

Simbol
Prinsip pengubah
• Pengubah terdiri daripada 2 gegelung yang bertebat antara satu
sama lain tetapi dibelitkan pada teras yang sama.

• Kendalian pengubah melibatkan kesan aruhan diri dan aruhan


saling

• Apabila arus ulang alik (AU) dialirkan melalui belitan utama, medan
magnet ulang alik terbentuk di dalam teras pengubah.

• Fluks magnet yang terhasil adalah berubah dan ini akan memotong
belitan utama dan mengaruh daya derak elektrik, E1 di dalamnya
untuk melawan voltan punca,Vs yang dikenakan. Kesan ini
dinamakan aruhan diri
• Pada masa yang sama, fluks magnet yang terhasil daripada
belitan utama tadi akan memotong belitan sekunder dan
mengaruh daya gerak elektrik, E2 di dalamnya. Kesan ini
dinamakan aruhan saling @ Daya gerak elektrik aruhan
saling boleh ditakrifkan sebagai daya gerak elektrik yang
teraruh dalam satu gelung yang disebabkan oleh perubahan
arus dalam gelung bersebelahan.

• Daya gerak elektrik yang teraruh pada belitan sekunder


melalui kesan aruhan saling mempunyai frekuensi yang sama
dengan voltan punca,Vs yang dikenakan kepada belitan
utama.
Jenis-jenis pengubah
Jenis pengubah Ciri pengubah Nisbah pengubah
Pengubah langkah naik • Bilangan lilitan belitan sekunder
lebih banyak daripada bilangan
lilitan belitan utama N2>N1
•Voltan sekunder adalah n kali V2>V1
lebih besar drpd voltan utama
•Arus sekunder adalah n kali lebih
I2<I1
kecil daripada arus utama

Pengubah pengasing •Bilangan lilitan belitan sekunder N2=N1


sama dengan bilangan lilitan V2=V1
belitan utama I2=I1
Pengubah langkah turun •Belingan lilitan belitan sekunder
kurang daripada bilangan lilitan
belitan utama N2<N1
•Voltan sekunder adalah n kali V2<V1
lebih kecil drpd voltan punca
belitan utama
I2>I1
•Arus sekunder adalah n kali lebih
besar drpd arus utama
FORMULA DAN CONTOH KIRA

NISBAH BELITAN: bilangan lilitan belitan utama


bilangan lilitan belitan sekunder

Diberi: bilangan lilitan belitan utama,N1= 480

bilangan lilitan belitan sekunder, N2 = 360

F
n = N1 = 480 = 4/3
N2 360

Nibah belitannya ialah:


4:3
Nisbah Voltan: Voltan utama/ Voltan
sekunder
V : V1/V2

Nisbah Arus: Arus sekunder/arus


utama

I = I2/I1
Contoh soalan
1. Sebuah pengubah langkah naik mempunyai nisbah
belitan 1:4 disambung ke punca voltan 240V 50Hz.

Hitung:

a) Voltan sekunder

b) Bilangan lilitan belitan sekunder jika belitan utama


terdiri daripada 480 lilitan.
Penyelesaian:

a) Dengan nisbah belitan, n= N1/N2 = 1/4 ,

V1= 240 V

i) Voltan sekunder dapat dihitung dengan menggunakan perkaitan

v1/v2 = N1/N2
Gunakan darab
MAKA: silang

V2 = N2/N1 * V1 = (4)(240) =

960 V

b) Bilangan lilitan belitan sekunder,

N2 =4 *N1 = 480 *4 =

1920 lilitan
2. Sebuah pengubah dengan nisbah belitan 3:2 disambungkan pada
punca voltan 240 V. Hitung kuantiti berikut jika rintangan beban yang
disambung merentasi tamatan belitan sekunder ialah 1 kiloOhm.

a) Voltan sekunder

b) Arus sekunder

c) Arus utama
Penyelesaian

a) Voltan sekunder pengubah dapat di hitung dengan


mengunakan formula:

N1/N2 = v1/v2

Ps: Gunakan setiap maklumat yang diberikan

Guna darab silang


MAKA: 3/2 = 240/V2

V2= 2/3*240

V2 = 160V
b) Arus sekunder, I2 dapat dihitung dengan menggunakan
hukum ohm

V=IR I=V/R

I2 = V2/R = 160/1000 = 0.16 A

1 KiloOhm=1000 ohm
c)Arus utama , I1 dapat dihitung dengan menggunakan formula
nisbah belitan, iaitu:

n=N1/N2 = I2/I1

Ps: Gunakan setiap maklumat yang diberikan

MAKA:
Gunakan darab silang
3/2 = 0.16 A/ I1

I1= 2/3 * 0.16A

I1 = 0.11 A
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai