Anda di halaman 1dari 12

PPK 311: PENDEKATAN PENGAJARAN PELAJAR MASALAH

PEMBELAJARAN

BINCANGKAN BAGAIMANA UNTUK MENGAPLIKASIKAN


TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS. PERBINCANGAN HARUS DIBUAT
SECARA KRITIS DAN MENDALAM.

PENSYARAH : EN.FADZIL BIN ABDULLAH


Disediakan
oleh :

KAYATHREE A/P MURUGAN THANUJA A/P ANBARASU


(139534) (139579)
TEORI –TEORI PEMBELAJARAN

Kognitif Behaviorisme Humanis

Sosialis Kecerdasan
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
 Dipelopori oleh Jean Piaget(1950)
 Berpendapat bahawa kesediaan belajar adalah amat penting kerana
kanak- kanak tidak akan memahami pelajaran jika tahap
pemikirannya tidak mencapai tahap.
 Terdapat empat peringkat dalam teori ini:
- Peringkat deria motor(0-2)
- Peringkat praoperasi (2-7)
- Peringkat operasi konkrit(7-11)
- Peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)
APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk
menghasilkan satu sistem maklumat yang baru.

 Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut


peringkat kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-
masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema
buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis –jenis buah-
buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-
murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan
pengalaman.
Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke
susah. Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan
diajar dulu sebelum mempelajari nombor.

 Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan


digalakkan dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain.
Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti
menggalakkan perkembangan bahasa.

Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan


secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata
galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
 Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan
luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal. Tokoh-tokoh behavioris seperti Pavlov,
Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan
suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
 Terdapat dua kategori:
1) Pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson
2) Pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner.
APLIKASI TEORI BEHAVIORISME
 guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh
dilazimkan iaitu dipelajari.

 sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika


waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk
berjaya dalam kehidupan.

 faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak


balas yang diinginkan.

 Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru
dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan
memberikannya hadiah
TEORI HUMANISTIK

 Menekankan keunikan dan potensi individu melalui desakan


dalaman.

 tokoh dalam teori ini adalah Abraham Maslow, C. Roger dan


Arthur Comb dan lain-lain.

 Menurut teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk


memanusiakan manusia.

 Proses belajar dianggap berhasil jika pelajar memahami


lingkungannya dan dirinya ssendiri
APLIKASI TEORI HUMANISTIK
 Peranan guru dalam pembelajaran humanistik adalah menjadi fasilitator bagi para
pelajar dan guru memberikan motivasi, kesedaran mengenai makna belajar
dalam kehidupan pelajar.

 Guru memberi pengalaman belajar kepada pelajar dan mendampingi pelajar untuk
memperoleh tujuan pembelajaran.

 Guru menerima pelajar seadanya, berusaha memahami jalan fikiran pelajar, tidak
menilai secara normatif tetapi mendorong pelajar untuk bertanggungjawab atas
segala risiko perbuatan atau proses pembelajarannya.

 Memberikan kesempatan murid untuk maju sesuai dengan kecepatannya

 Evaluasi diberikan secara individual berdasarkan perolehan prestasi pelajar.


TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Teori Permodelan Bandura.

Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku


model sebagai permodelan (modelling)

 Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui


peniruan /pemodelan

 Orang diperhatikan sebagai model Contoh: Pelajar


memerhati apa yang disampaikan oleh guru ; guru
merupakan role model pelajar
APLIKASI TEORI SOSIAL
 Secara langsung (meniru tingkah laku seorang model): meniru gaya
komunikasi cikgu yang bersopan santun.

 Secara tidak langsung(dalam imaginasi/ pemerhatian): meniru gaya


lompatan kartun “ninja turtle” dlm kelas PJK.

 Gabungan(meniru beberapa tingkah laku yang berlainan ): meniru cara


guru menyepak bola dan gaya pemain bola antarabangsa

 Sekat laluan(meniru sesuatu tingkah laku untuk situasi tertentu sahaja):


memakai baju berfesyen untuk majlis konsert sekolah

 Tak sekat laluan(meniru sesuatu tingkah laku dlm semua situasi): meniru
tingkah laku kitar semula bahan buangan

Anda mungkin juga menyukai