Anda di halaman 1dari 7

Strategi

Mengurus
Masalah Disiplin
dalam Bilik
Darjah
1. Mengurus masalah tingkah laku yang ringan

Good dan Brophy (1973), dalam buku Looking in


Classroom mengutamakan aktiviti memerhati tanda
masalah tingkah laku yang merupakan faktor penting
untuk kejayaan pengurusan bilik darjah. Guru yang
mempunyai kemahiran respons terhadap tanda masalah
tingkah laku ini akan membolehkannya menghalang
masalah tingkah laku yang ringan diperkembang menjadi
tingkah laku yang ringan diperkembang menjadi tingkah
laku distruktif seterusnya.
Menurut Good dan Brophy, stategi yang
berkesan untuk mengurus tingkah laku
bermasalah yang ringan adalah tidak
mempedulikan mereka dan merestui tingkah
laku yang baik merupakan lebih berkesan
dalam pengurusan tingkah laku murid dalam
kelas.
2. Mengurus masalah tingkah laku ringan yang berulang

Apabila murid mengulang tingkah laku bermasalah


yang ringan, guru boleh menggunakan teknik
berikut untuk menghalang tingkah laku bermasalah
ini tanpa mengganggu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
• Gunakan kontak mata untuk menyedarkan murid yang
melanggar disiplin bahawa tindakan akan diambil
sekiranya tingkah laku bermasalah itu diulangi.
• Gunakan sentuhan dan gerak isyarat seperti
menyentuh kepala atau bahu murid dengan lembut
• Dengan berjalan ke tempat murid yang melanggar
disiplin
• Tujukan soalan yang berkaitan dengan pelajaran untuk
murid yang berkenaan menjawab
• Gunakan gerak isyarat seperti air muka tidak setuju,
goyang kepala, mengerutkan dahi dan gerak isyarat
negatif yang lain
3. Mengurus tingkah laku distruktif yang berterusan

• Gunakan interaksi secara langsung, seperti memanggil


nama murid berkenaan,menyebut tingkah laku yang tidak
diingini, memberitahunya apa yang patut dilakukan
• Gunakan teknik bimbingan dan kaunseling
• Gunakan teknik modifikasi tingkah laku
• Gunakan hukuman yang berpatutan, seperti mengadakan
perbincangan dengannya beberapa minit selepas kelas
bersurai, atau mengarahnya mengikut di belakang murid-
murid lain ke kantin
• Tahanan formal seperti membuat kerja rumah di bilik
darjah selepas sekolah
• Menarik balik hak istimewa, seperti penggunaan
kemudahan-kemudahan sekolah
• Memisahkannya daripada rakan sedarjah dan
tempatkannya dalam suatu sudut atau tempat lain
• Bekerja sosial seperti mengutip kertas-kertas sampah di
kawasan sekolah
• Mengarah murid berkenaan, menulis perkataan yang
menyinggung beberapa kali

Anda mungkin juga menyukai