Anda di halaman 1dari 8

KEPENTINGAN AMALAN

RUMAH TERBUKA
Pendahuluan
Amalan rumah dijalankan ketika menyambut perayaan Hari
Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baharu Cina, dan Hari
Krismas. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah
memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap
sebagai perayaan utama negara yang diraikan pada peringkat
kebangsaan anjuran bersama dengan kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Konsep rumah terbuka ini memang perlu
diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya.
Menerusi rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk
mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan
kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan.
Idea 1 Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan
kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Huraian Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut tetamu yang
hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.

Contoh / Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka


Bukti berbual mesra dan saling mengenali antara satu sama
lain.

Kesan / Oleh itu, di samping menjamu selera, persefahaman


Kesimpulan antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang ini akan dapat dimantapkan kerana tak kenal
maka tak cinta.
Idea 2 Tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain.
Huraian Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama,
walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan
agama.
Contoh / Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban,
Bukti Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga
sebaliknya.
Kesan / Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat
Kesimpulan resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya.
Idea 3 Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah
terbuka juga merupakan daya tarikan kepada
pelancong asing yang melancong di negara kita.
Huraian Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk
melancong, sebaliknya berpeluang menghayati
sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di
negara ini.
Contoh / Buktinya, konsep rumah terbuka dapat memberikan
Bukti persembahan yang harmonis di mata pelancong asing
kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat
hidup di bawah payung keharmonian.
Kesan / Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-
Kesimpulan perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan
nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir
mereka sekembalinya mereka ke negara asal.
Idea 4 Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan
silaturahim dalam hubungan kekeluargaan.
Huraian Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan
rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling
sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara
ahli keluarga.
Contoh / Sebagai contohnya, yang muda pula dapat mengenali
Bukti mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan
ahli keluarga ini.
Kesan / Impaknya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan
Kesimpulan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka
dibudayakan.
Idea 5 Amalan rumah terbuka juga merupakan peluang
masyarakat merasai kepelbagaian masakan.
Huraian Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah
menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk
mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian
juadah yang disajikan.
Contoh / Sebagai contohnya, rumah terbuka bagi masyarakat
Bukti Iban biasanya menyajikan sagu, manakala
masyarakat India pula mementingkan manisan.
Kesan / Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila
Kesimpulan mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan
pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan,
bak kata pepatah Melayu, “Biar mati anak, jangan
mati adat”.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, amalan rumah terbuka memang banyak
membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,
konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh
semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati,
kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau
sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu
menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi apabila
menganjurkan rumah terbuka. Walaupun negara kita merupakan
satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan
teladan kepada negara-negara di dunia.

Anda mungkin juga menyukai