Anda di halaman 1dari 5

MOH KE LEPIH WEH….

Dari Pedah mudik ke Mela,


Mudik singgah membeli upih,
Dengan Bismillah pantun dimula
Pantun mengisah riwayat Lepih
SEJARAH KUALA LIPIS
Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama. Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan
terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang,
Sungai Jelai dan Sungai Lipis
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Kuala Lipis telah mula didiami manusia sejak 2500 – 2400 tahun
yang lampau. Kajian arkeologi telah menjumpai banyak artifak, antaranya ‘Pisau Tembeling’ iaitu alat yang
digunakan oleh manusia pada zaman neolitik.
Penempatan manusia di sini berterusan hingga beribu-ribu tahun selepas zaman neolitik. Ini adalah kerana
kedudukan geografinya yang strategik terletak berhampiran dengan sungai. Di sinilah punca air boleh
didapati dengan mudah di samping merupakan antara jalan pengangkutan yang utama pada masa tersebut
Nama “Lipis” adalah dipercayai diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Serau
Lipis ( Pavetta indica). Memandangkan lokasi bandar ini terletak di kuala Sungai Lipis, maka ia dinamakan
Kuala Lipis
NASI KEBULI
Asal nasi kebuli dikatakan dari rantau Timur Tengah, terutama negara
Yaman dan terus menjadi popular di kalangan masyarakat India.
Seterusnya dibawa ke Indonesia dan Malaysia. Nasi kebuli telah dibawa
oleh para komuniti Arab sejak berabad lamanya, dengan adunan
tersendiri mengikut citarasa tersendiri. Di Malaysia, negeri Pahang
sendiri amnya amat popular dengan Nasi Kebuli. Hidangan nasi kebuli ini
amat popular di kampung-kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu,
Jelai, Tanjung Besar, Kampung Hulu, Kuala Medang, Kampung Jeram
Landak dan semua Daerah di Kuala Lipis khasnya.
Nasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Negeri Pahang khusunya bagi
Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis.
Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin
dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis.
BANGUNAN RESIDEN
(Rumah Rehat Bukit Residen)
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1922 iaitu di puncak bukit tertinggi di
Kuala Lipis sebagai rumah kediaman Residen Inggeris. Penghuni pertama
bangunan ini ialah Hugh Cliford, ‘Supritendint’ of Ulu Pahang. Selepas beliau,
residen-residen Inggeris yang lain terus menduduki bangunan ini sehingga
tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942 hingga 1945. Pada tahun
1958 hingga 1965, bangunan ini dijadikan sebagai asrama murid-murid lelaki
Sekolah Cliford. Asrama Bukit Residen ini telah ditutup pada pada 31 Disember
1965. Rumah ini terbiar kosong sehingga tahun 1983 sebelum ia dijadikan
rumah rehat kerajaan. Pada 1 Disember 1985, sudut Muzium Lipis telah
diwujudkan di sini untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan
Daerah Lipis. Ianya merupakan sudut muzium yang pertama ditubuhkan di
negeri Pahang.
Penulis novel hikayat
AHMAD KOTOT (Damba, ABKA Pahang)
Ahmad Kotot (lahir 10 Jun 1894 di Kampung Licok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang)
merupakan penulis Melayu di Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua. Sebagai guru, wartawan
dan penulis, beliau menggunakan nama samaran seperti nama pena A.N.P., Damba, ABKA
Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang
dan Malim Karimun. Selepas bersara, beliau menetap di Kampung Damak, Jerantut. Beliau
bersekolah di Sekolah Melayu Tanjung Besar, Kuala Lipis (1909-1914) dan lulus darjah
lima.Ahmad Kotot pernah menjadi guru sementara di Sekolah Melayu Tanjung Besar dan
Sekolah Melayu Batu Yon, Kuala Lipis. Dari 1916-1918 menerima latihan perguruan di Maktab
Perguruan Melayu Melaka. Beliau juga pernah menjadi guru besar beberapa buah sekolah dari
1919 hingga 1941. Yayasan Pahang pada tahun 1984 telah menganugerahkan kepadanya
Anugerah Sastera. Pada tahun 1984 juga beliau dipilih menjadi Tokoh Guru Peringkat
Kebangsaan.
Dalam Muzium Pahang di Kuantan ada sudut sejarah beliau sebagai penulis novel Pahang. Dr
Anwar Ridhwan dari DBP juga telah mengkaji tokoh ini dalam bukunya 'Ahmad Kotot: Penulis
Novel Hikayat'.

Anda mungkin juga menyukai