Anda di halaman 1dari 19

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK

DAN AKTIVITI
KEMAHIRAN BERTUTUR

KBD3053
CARTA ALIR PERLAKSANAAN
AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR
PENDEKATAN SITUASI
• Berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran
behaviouris

• pernyataan lisan merangkumi semua unsur


kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur
bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan
intonasi tertentu (Mackey, 1965)

• beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai


terlebih dahulu termasuk kemahiran membuat
tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan
juga aspek struktur bahasa berkenaan
PRINSIP PENDEKATAN SITUASI
• Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak
balas murid-murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi
lagi

• Murid-murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan


unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;

• Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan


supaya dia dapat memandu dan melatih kanak-kanak
menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat
menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul
PRINSIP PENDEKATAN SITUASI
• Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat
awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat
murid-murid belajar bahasa

• Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru


melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur

• Bagi penutur-penutur bahasa kedua guru perlu


memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti
latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka
bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa
PENDEKATAN KOMUNIKATIF
• Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini
terbentuk berlandaskan teori interaksi.

• Penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi


penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap,
mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam
sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi
kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut
dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa
PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF
• Murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan
menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa
yang sebenarnya

• Komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu


menjadi objektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah

• Melatih murid-murid memikir dan menggunakan


berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik
dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka
dengan lebih berkesan
PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF
• Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara
dan dalam kalangan kanak-kanak dengan guru

• Guru perlu mendedahkan murid-murid kepada


pengalaman dan pengetahuan melalui alat bantu
mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan
bahan rakaman

• Murid-murid dibenarkan membuat kesilapan kerana


dalam proses pemerolehan bahasa juga mereka akan
melakukan kesilapan
KAEDAH PENGAJARAN
KEMAHIRAN BERTUTUR
KAEDAH TERUS
• Murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran
dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan
tersebut

• Sebagaimana murid-murid belajar bahasa ibunda


mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan
mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman
dalam berbahasa
CIRI-CIRI KAEDAH TERUS
• Murid-murid digalakkan memahami perkataan dan
frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan
bahasa tersebut;

• sekiranya kanak-kanak gagal juga memahami


perkataan dan frasa tersebut, guru akan
menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa
sasaran, lukisan, lakaran,lakonan, gerak laku dan
lain-lain

• aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan


contoh-contoh yang sesuai
CIRI-CIRI KAEDAH TERUS
• kanak-kanak dilatih membuat kesimpulan terhadap
bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara
induktif

• guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan


linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang
betul.
KAEDAH FONETIK ATAU
KAEDAH LINGUISTIK
• Kaedah fonetik mementingkan penggunaan bahasa
dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz
rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-
ayat secara pencilan.

• Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran


dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang
terdapat dalam ilmu linguistik
• Ketika memilih perkataan, kaedah ini
mendahulukan perkataan yang hampir-hampir
sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang
dibandingkan itu

coffee - kopi
school - sekolah
radio – radio
bicycle – basikal
biscuit - biskut
• pemilihan ayat-ayat juga dilakukan
berdasarkan bentuk yang sama
KAEDAH AUDIO-LINGUAL
• Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat
rakaman bagi tujuan memudahkan murid-murid
menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan
bertutur secara intensif.

• Kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa,


justeru bahan sama ada yang digunakan atau
diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa
yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa
berkenaan
PRINSIP KAEDAH AUDIO-LINGUAL
• Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan

• Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman

• Kanak-kanak mestilah diajar untuk menggunakan


bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa

• Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif

• Bahasa berbeza antara satu sama lain


SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai