Anda di halaman 1dari 4

Definisi dan Konsep Penggunaan Kad Imbasan Berlamina (flash card)

Menurut Dr. Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human
Potential, kad imbasan (flash card) merupakan satu kad yang mempunyai maklumat
ringkas seperti nombor, perkataan, huruf dan sebagainya.

Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan daripada dua perkataan
Bahasa Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan
ditunjukkan secara cepat atau flash lebih kurang 1 kad untuk 1 saat.

Terdapat beberapa konsep yang perlu ada untuk kad imbasan. Antaranya adalah
maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan padat. Ianya juga merupakan
bahan yang sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah pra sekolah mahupun di
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Setiap satu kad imbasan hanyalah perlu
ada satu gambar atau perkataan atau huruf dan sebagainya. Hal ini adalah bagi
memudahkan seseorang individu yang mempelajari melaluinya tidak keliru dengan
maklumat yang disampaikan.

Aktiviti atau Ujian Menggunakan Kad Imbasan

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kad imbasan.
Ianya boleh membahagikan aktiviti yang ingin dijalankan mengikut fungsi aktiviti
itu sama ada untuk melatih memori, latih tubi atau mengenal pasti objek. Kad
imbasan boleh menjadikan aktiviti-aktiviti yang diterangkan selepas ini sebagai satu
permainan. Dengan membuatnya sebagai satu permainan, mata pelajaran ini akan
menjadi lebih menarik untuk dipelajari. Walaupun kebanyakan kad imbasan yang
terdapat di pasaran adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris,
individu juga boleh menggunakan kad imbasan itu untuk mengaitkannya dengan
topik-topik Sains dan Matematik yang berkaitan.
(a) Ujian Memori

Aktiviti ujian memori ini direka untuk menguji memori murid-murid. Guru perlu
meletakkan beberapa kad imbasan di atas lantai dalam bentuk bulatan. Biarkan
bahagian kad imbasan yang bergambar di atas. Jika aktiviti ini melibatkan seorang
murid sahaja, berikan masa seminit untuk dia mengingati kesemua objek yang ada
pada kad imbasan itu. Jika aktiviti yang anda lakukan melibatkan kumpulan murid,
guru boleh membahagikan mereka dalam dua atau lebih kumpulan dan berikan masa
dua minit untuk mereka menyenaraikan kesemua objek yang boleh diingat. Latihan
ini amat sesuai untuk menguji memori murid di samping memberi mereka satu jenis
senaman minda. Yang penting ialah guru perlu mereka aktiviti sebegini sebagai satu
permainan dan bukannya sebagai satu latihan. Hal ini untuk memastikan mereka
seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan tidak berasa tertekan untuk menghafal
kad-kad imbasan itu.

Sebagai contoh, guru boleh meletakkan kad-kad imbasan yang mempunyai


gambar atau imej haiwan yang telah pupus di atas lantai dan memberitahu kepada
murid-murid, “These are some animals that are already extinct” dan beri mereka
masa untuk melihat kad-kad tersebut. Apabila masa yang diberikan telah tamat,
suruh setiap wakil kumpulan (jika dibuat berkumpulan) menulis nama haiwan-
haiwan yang terdapat pada kad-kad imbasan itu tadi. Bila sudah selesai dengan kad-
kad imbasan Extinct Animals, guru mungkin boleh meneruskannya dengan kad-kad
imbasan Endangered Species pula.

(b) Aktiviti Latih Tubi – Kad Ghaib

Dalam aktiviti ini, guru boleh meletakkan sembilan kad imbasan untuk sesuatu topik
di atas papan tulis. Pastikan bahagian gambar kad imbasan menjadi bahagian yang
kelihatan. Lukiskan bulatan di sekeliling kad imbasan. Kemudian, gunakan pen dan
tunjukkan kesembilan kad imbas berulang kali dan sebutkan setiap perkataan pada
kad imbasan itu. Tanggalkan kad imbasan itu satu persatu tetapi teruskan menunjuk
tempat kad imbasan itu berada. Apabila guru telah menanggalkan kad imbasan yang
pertama, guru perlu menunjuk pada tempat kosong itu dan menganggukkan kepala
guru bagi menggalakkan murid-murid menyebut perkataan kad imbasan yang telah
guru tanggalkan tadi. Murid-murid akan berasa terkejut kerana mereka boleh
mengingati gambar-gambar kad imbasan itu. Jika mengajar murid Tahun 1, anda
boleh meletakkan semula kad imbasan itu di tempatnya yang betul. Manakala untuk
murid tahap lain pula anda boleh menyuruh mereka menulis perkataan yang betul
untuk kad imbasan yang telah ditanggalkan itu di papan tulis. Aktiviti ini akan
menonjolkan kesan peralatan visual dan akan membuktikan bahawa imej yang
dilihat pada kad imbasan itu akan ‘melekat’ dalam minda murid.

(c) Aktiviti Pengenalan – Dedahkan Perkataan Itu

Tutupkan kad imbasan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan kad imbasan
itu perlahan-lahan dan minta murid-murid mengagak kad yang anda sedang
dedahkan itu. Apabila kad itu telah didedahkan, guru boleh menyebut perkataan pada
kad imbasan itu. Bezakan nada suara guru, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan
itu. Murid-murid secara automatik akan meniru guru. Selain itu, guru boleh
membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas
lalu dan ulang semula perbuatan anda hinggalah mereka dapat mengagak dengan
tepat perkataan pada kad imbasan yang dibalikkan.

(d) Aktiviti Mengejar Kad Imbasan

Aktiviti ini ialah satu lagi aktiviti yang membolehkan guru menggunakan kad
imbasan bersama dengan murid-murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan
kad-kad imbasan untuk topik Interaction among Living Things.

Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu menampalkan pelbagai kad imbasan di


dalam bilik atau di dalam kelas. Kemudian, anda boleh menyebut salah satu kad
imbasan yang telah ditampal dan murid-murid perlu berlari ke arah kad imbasan itu
dan menunjukkan kad imbasan yang disebut. Jika ada lebih daripada seorang murid,
anda boleh menyuruh salah seorang daripada mereka menyebut mana-mana kad
imbasan yang telah ditampal dan yang seorang lagi pula akan berlari ke arah kad
imbasan itu.
Pastikan keadaan kelas adalah selamat sebelum menjalankan aktiviti ini. Guru juga
boleh mempelbagaikan aktiviti ini dengan menyebut “Walk slowly to a solitary
animal”, “Hop to an animal that lives in a group” dan sebagainya untuk
membuatkan aktiviti ini lebih menarik. Guru juga boleh menggabungkan aktiviti ini
dengan permainan lain seperti permainan ‘Simon Says’ dengan berkata, “Simon says,
swim to the fish” dan sebagainya.

buku Cara Mudah Mengajar Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris Untuk
Sekolah Rendah)

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Anda mungkin juga menyukai