Anda di halaman 1dari 38

TAJUK

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN


HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU
SEKOLAH MENENGAH DI WP PUTRAJAYA

Oleh :
NOR HANIM BT HASRAN
PENGENALAN
Abd Ghani, Abd Rahman dan Mohd Zohir (2008),
Hussein (2005 ) dan Mortimore (1997) menyatakan
bahawa kejayaan sesebuah sekolah bergantung pada
corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu. Secara
tidak langsung juga, kepimpinan pengetua yang cemerlang
, boleh mempengaruhi komitmen para guru untuk bekerja
dengan lebih rajin dan bersungguh – sungguh.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pelbagai amalan kepimpinan telah digunakan oleh
pengetua dan guru besar bagi menjayakan misi dan visi
sekolah masing – masing. Terdapat beberapa amalan
kepimpinan yang sering diamalkan oleh pengetua
antaranya ialah kepimpinan transformasi, transaksional,
autokrasi dan lazzer- faire.
LATAR BELAKANG KAJIAN
 Menurut kajian Button (2003 ) dalam Norsuhaila Ghazali
(2007 ) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa
melalui kepimpinan transformasi dilihat lebih demokratik
, adil serta mampu meningkatkan komitmen dan kepuasan
kerja guru serta penglibatan individu. Oleh itu pengkaji
ingin mengenalpasti gaya kepimpinan yang diamalkan
oleh pengetua di sekolah menengah harian di WP
Putrajaya , melihat hubungan amalan kepimpinan
transformasi pengetua dan hubungannya dengan
komitmen guru – guru di sekolah menengah.
PERNYATAAN MASALAH
* Kepimpinan dan komitmen guru mempunyai implikasi
besar kepada kejayaan sesebuah organisasi.
* Pengetua perlu mengetahui dan memahami peranan
yang signifikan dalam mempengaruhi komitmen guru ke
arah mewujudkan sekolah yang cemerlang . Justeru itu,
pengkaji ingin melihat tahap gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh pengetua di sekolah – sekolah menengah
harian di WP Putrajaya dan melihat hubungannya dengan
komitmen guru.
TUJUAN KAJIAN

Untuk melihat tahap kepimpinan


transformasi pengetua dan
hubungannya dengan komitmen
guru .
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti tahap kepimpinan transformasi yang


diamalkan oleh pengetua di sekolah menengah WP
Putrajaya.
2. Mengenalpasti tahap komitmen kerja guru di WP
Putrajaya.
3. Mengenalpasti hubungan antara amalan kepimpinan
transformasi pengetua dan komitmen kerja guru di
sekolah menengah di WP Putrajaya.
PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap kepimpinan transformasi pengetua yang


diamalkan di sekolah menengah di WP Putrajaya ?
2. Apakah tahap komitmen guru di sekolah menengah di WP
Putrajaya ?
3. Apakah hubungan antara amalan kepimpinan transformasi
Pengetua dan komitmen guru di sekolah menengah di WP
Putrajaya?
HIPOTESIS KAJIAN
 Ho 1 :
 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
kepimpinan transformasi Pengetua di sekolah menengah
di WP Putrajaya.
 Ho2:
 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
komitmen guru di sekolah menengah di WP Putrajaya.
 Ho3
 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
kepimpinan transformasi Pengetua dan komitmen guru di
sekolah menengah di WP Putrajaya.
SUMBANGAN KAJIAN
Untuk menambah dan mengembangkan lagi pengetahuan
mengenai gaya kepimpinan terbaik yang boleh dijadikan
panduan penyeliaan .
Menurut Hussein (1993 ), dalam banyak hal, pengetua
sekolah ialah individu yang paling penting dan
berpengaruh di sekolah. Dia ialah orang yang yang
bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di
sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada
sekolah, iklim pembelajaran, tahap proffesionalisme dan
moral guru serta darjat keperihatinan terhadap masa depan
para pelajar.
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN -
Model Transformasi Slocum dan Hellregel ( 2007 )

Kepimpinan Transformasi
Pengetua: Tahap
Komitmen
4 Elemen: Guru
-Membina Ransangan -Usaha
Intelek - Efektif
- Motivasi Berinspirasi -Kepuasan
-Memupuk Pengaruh
Ideal
-Pertimbangan
berasaskan Indiividu
BATASAN KAJIAN

Terhad kepada kalangan guru – guru


yang mengajar di sekolah menengah di
WP Putrajaya yang hanya mempunyai 9
buah sekolah menengah.
SKOP KAJIAN

Skop kajian memberi fokus kepada tahap amalan


kepimpinan transformasi pengetua di sekolah – sekolah
menengah di WP Putrajaya menurut perspektif guru
sahaja. Kajian ini terbatas kepada pembolehubah kajian
sahaja iaitu 4 elemen kepimpinan transformasi dan
komitmen
DEFINISI OPERASIONAL
Kepimpinan Transformasi

Yulk (1989 ) mendefinisikan Kepimpinan


Transformasional sebagai “ satu proses untuk
mempengaruhi perubahan – perubahan yang besar dari
segi sikap dan andaian – andaian ahli – ahli sesebuah
organisasi dan membina komitmen untuk mencapai misi,
objektif dan strategi organisasi berkenaan
Komitmen
 Menurut kajian awal oleh Sergiovanni ( 1976 ), cadangan
Pollard (1990) dan McGaw et al.(1992 ) dalam Mohd Nor
b Jaafar (2004), komitmen guru – guru terhadap kerja dan
terhadap kebajikan murid – murid merupakan satu aspek
penting sekolah berkesan. Pelbagai jenis komitmen
pengajaran telah dicadangkan oleh para pengkaji , seperti,
komitmen terhadap pengajaran, sekolah, dan pelajar
( Billingsley, 1993; Firstone & Roseblum, 1988).
Kajian Literatur
a. Teori Kepimpinan Transformasi Burns (1978) dan Bass (
1985 ).
 Berdasarkan teori yang dibuat oleh Burns (1978) dan
dimurnikan oleh Bass(1985) dan terdiri daripada empat aspek
iaitu membina ransangan intelek, motivasi berinspirasi,
memupuk pengaruh yang ideal dan pertimbangan individu.
Burns (1978)
c. Teori Kepimpinan Transformasi Slocum Dan Hellriegel
(2007)
 Empat dimensi :
 1.pertimbangan berasaskan individu, 2.membina ransangan
intelektual , 3.meransang motivasi dan 4. memupuk pengaruh
yang ideal di kalangan pengikutnya iaitu guru – guru.
KAJIAN – KAJIAN LEPAS

a. Abdul Ghani Kanesan Asbdullah & K.Anandan ( 2009 )


 Kepimpinan transformasi sekolah secara positif dan signifikan
mempengaruhi komitmen pengajaran guru dan inovasi
pengajaran guru.
b. Saibon, Chong Peng,Siti Nabisa Darus (2011)
 Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan
transformasi guru besar dengan tahap komitmen guru terhadap
organisasi.
METODOLOGI KAJIAN
1. REKA BENTUK KAJIAN - Tinjauan deskriptif - instrumen
soal selidik (kuantitatif )
2. LOKASI KAJIAN - di kawasan bandar
3. POPULASI DAN - Populasi : 685 sampel kajian
SAMPEL KAJIAN : 243 ( Krejcie & Morgan (1970).
4. PROSEDUR ANALISA - Program SPSS ver 18
DATA (Statistical Packages for Social
Science ).
- Ujian Pekali Pearson( melihat
hubungan )
5. INSTRUMEN KAJIAN -Soal selidik berstruktur. (MLQ )
- maklumat demografi
ANALISIS DATA

i. Analisis Deskriptif.
-skor min dan sisihan piawai untuk setiap item dan
dimensi.
ii. Analisis Inferensi.
- Kaedah statistik inferensi kolerasi Pearson .
DAPATAN KAJIAN

• membincangkan hasil analisis data kajian dan deskripsinya


yang meliputi profil responden diikuti dengan analisis
tentang tahap amalan kepimpinan transformasional
pengetua, serta tahap komitmen kerja guru di sekolah
menengah harian di WP Putrajaya.
• Menggunakan Statistik deskriptif seperti frekuensi,
peratusan dan min untuk menjelaskan profil responden dan
menjawab persoalan kajian.
DAPATAN KAJIAN

 * Interpretasi skor min digunakan untuk


menentukan tahap amalan kepimpinan
transformasional pengetua dan tahap komitmen
kerja guru.

* Statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson
digunakan untuk menguji hipotesis kajian.
.
Profil Responden kajian
----------------------------------------------------------

Latar belakang Responden Frekuensi Peratusan


_____________________________________________
Lelaki 27 11.1
Jantina Perempuan 216 88.9

Jumlah 243 100.0


Skor min dan peratusan amalan kepimpinan
transformasi dalam kalangan pengetua.
Frekuensi dan peratusan

Sisihan
Dimensi Skor min 0.00-1.33 Skor min 1.34-2.66 Skor min 2.67- Skor min Tahap
Piawai
(Rendah) (Sederhana) 4.00 (Tinggi)

2 64 177
Karisma .542 2.922 Tinggi
(0.8%) (26.3%) (72.8%)

8 71 163
Stimulasi Intelek .644 2.772 Tinggi
(3.3%) (29.2%) (67.1%)

17 91 134
Pertimbangan Individu .725 2.618 Sederhana
(7.0%) (37.4%) (55.1%)

2 35 206
Motivasi Berinspirasi .527 3.091 Tinggi
(1.2%) (15.9%) (82.9%)

4 79 159
Kepimpinan Transformasional .545 2.851 Tinggi
(1.6%) (32.5%) (65.4%)
Dapatan analisis
Menunjukkan pengetua sekolah yang dikaji
mengamalkan kepimpinan transformasi dalam
dimensi karisma, stimulasi intelek dan motivasi
berinspirasi berada pada tahap yang tinggi
manakala amalan pertimbangan individu
diamalkan pada tahap sederhana.
Skor min dan peratusan tahap komitmen kerja dalam kalangan guru
Frekuensi dan peratusan
Aspek Skor Min Skor Min Skor Min Sisihan Skor Tahap
0.00-1.33 1.34-2.66 2.67 – 4.00 Piawai Min
Rendah Sederhan Tinggi
a
6 61 141
Usaha 0.691 2.748 Tinggi
(2.55) ( 25.1% ) ( 58.0% )

9 69 165
Efektif 0.698 2.790 Tinggi
( 3.7 % ) ( 28.4 % ) ( 67.9 % )

10 81 152
Kepuasan 0.754 2.757 Tinggi
( 4.1 % ) ( 33.3 % ) ( 62.9 % )
Komitmen 9 80 152
Kerja 0.688 2.765 Tinggi
( 3.7 % ) ( 32.9 % ) ( 62.9 %
Dapatan Analisis

Daripada ketiga – tiga aspek, aspek efektif


adalah aspek yang paling tinggi. Namun secara
keseluruhannya, tahap komitmen kerja guru
dalam kesemua aspek yang dikaji berada pada
tahap yang tinggi . Ini menunjukkan
kepimpinan transformasi pengetua di sekolah
kajian adalah berkesan.
HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN TRANFORMASI
PENGETUA DENGAN KOMITMEN KERJA GURU
- Rumusan Model Analisis Regresi Berganda –
Model R R Adjuste Std. R F df1 df2 Sig.F
Squar d Error Squar Chang Chang
e R Of the e e e
Square Estimat Chang
e e

Dimensi a
1 .830 .688 .687 .38516 .688 530.058 1 240 .000
b
2 .853 .727 .725 .36135 .038 33.668 1 239 .000
C
3 .857 .734 .731 .35700 .008 6.865 1 238 .009
 a. Predictors: (Constant), karisma
 b. Predictors: (Constant), karisma,stimulasi intelek
 c. Predictors: (Constant), karisma,stimulasi intelek,
pertimbangan individu.
 d. Dependent Variable: Komitmen
Rumusan Koefisien Analisis Regresi Berganda
Model Unstandardiz Standardize
ed d
Coefficients Coefficient
Std.Error s t Sig.
B
Beta
(Constant) -.317 .136 -2.329 .021
1
Karisma 1.055 .046 .830 23.023 .000

(Constant ) -2.61 .128 -2.036 .043


Karisma .668 .079 .526 8.435 .000
2 Stimulasi .387 .067 .362 5.802 .000
Intelek

(Constant ) -.170 .131 -1.295 .197


Karisma .583 .085 .459 6.876 .000
3 Stimulasi .280 .077 .262 3.618 .000
Intelek
Pertimbanga .174 .066 .183 2.620 .009
n Inndividu
Rumusan Koefisien Analisis Regresi
berganda
- Daripada empat konstruk yang dikaji, hanya tiga
konstruk iaitu dimensi karisma, stimulasi intelek, dan
pertimbangan individu memberikan pengaruh yang
signifikan terhadap komitmen kerja guru
- Ketiga – tiganya merupakan signifikan yang
menghuraikan 73.1 % tahap komitmen kerja guru.
Dapat disimpulkan bahawa konstruk karismatik
mempengaruhi komitmen kerja guru pada tahap yang
tinggi iaitu 83.0 %
Rumusan perhubungan antara kepimpinan transformasional
pengetua dengan komitmen kerja guru
Dimensi r p
_______________________________________________________________
Karisma 0.830 0.000
Stimulasi Intelek 0.803 0.000
Pertimbangan Individu 0.786 0.000
Motivasi Berinspirasi 0.599 0.000
______________________________________________________________
1. Nilai pekali korelasi Pearson bagi hubungan skor min amalan
kepimpinan transformasi pengetua dalam dimensi karisma,
stimulasi Intelek , pertimbangan individu dan motivasi
berinspirasi dengan skor min komitmen kerja dalam kalangan
guru berada pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Oleh kerana
P lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak.
2. Ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan
antara skor min kepimpinan transformasi pengetua dalam
kesemua dimensi dengan skor min komitmen kerja dalam
kalangan guru.
Kesimpulannya

1. Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam


kalangan pengetua, serta tahap komitmen kerja guru
berada pada tahap yang tinggi.
2. Dimensi karisma, stimulasi intelek dan pertimbangan
individu adalah faktor yang berkesan yang
mempengaruhi komitmen kerja guru.
Implikasi dan cadangan
1. Amalan kepimpinan transformasi pengetua boleh
mempengaruhi tahap komitmen kerja dalam kalangan guru.
Dicadangkan supaya pengetua memberikan perhatian yang
lebih dari segi memberi motivasi kepada para guru
( sederhana ).
2. Pengetua dapat menilai diri bagi memberi kesan yang lebih
positif .
3. Panduan kepada semua pentadbir dan pihak jabatan untuk
menerapkan amalan kepimpinan transformasi dalam diri
mereka dengan tujuan untuk menghasilkan sesebuah organisasi
cemerlang.
Rumusan dan Perbincangan
Objektif kajian : 1. Persepsi guru menunjukkan
pengetua sekolah menengah WP
1. Mengenalpasti tahap kepimpinan Putrajaya mengamalkan kepimpinan
transformasi yang diamalkan oleh transformasi dengan berjaya.
pengetua di sekolah menengah 2. Guru – guru mendapati kepimpinan
WP Putrajaya. transformasi pengetua sangat
berkesan,memuaskan hati , dan
2. Mengenalpasti tahap komitmen kerja mendorong guru melakukan tugas
guru di WP Putrajaya. lebih dari sepatutnya .
3. Terdapat hubungan positif yang
3. Mengenalpasti hubungan antara signifikan antara skor min amalan
amalan kepimpinan transformasi kepimpinan transformasi pengetua
pengetua dan komitmen guru di dalam dimensi karisma, stimulasi
sekolah menengah di WP Putrajaya. Intelek dan pertimbangan individu
namun skor min dalam dimensi
4. Mengenal pasti pengaruh empat motivasi berinspirasi adalah pada
dimensi amalan kepimpinan tahap sederhana.
transformasi pengetua terhadap 4. Dimensi karisma pengetua
mempengaruhi komitmen kerja guru
tahap komitmen kerja guru di , diikuti oleh dimensi stimulasi
sekolah menengah di WP Putrajaya. intelek dan pertimbangan individu.
Cadangan Kajian Lanjutan

1. Kajian dapat dilakukan kepada semua sekolah di luar


WP Putrajata.
2. Kajian boleh dijalankan berdasarkan pandangan
pengetua sendiri .
3. Melibatkan pihak pelajar dan ibu bapa.
( sarana ibu bapa ).
Penutup
1. Kepimpinan transformasional merupakan amalan yang
relevan dengan situasi semasa di sekolah terutamanya
dalam era globalisasi dimana para guru mempunyai
beban tugas yang banyak dari semasa ke semasa.
2. Terdapat hubungan yang positif antara amalan
kepimpinan pengetua dengan kepuasan dan komitmen
kerja dalam kalangan guru sekolah menengah WP
Putrajaya selari dengan kajian Curry
et.al(1986),Mathiew)1990 Zajac(1990) iaitu …Apabila
berlaku peningkatan kepuasan dalam bekerja maka
akan meningkatkan komitmen pekerja terhadap
organisasi.
KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai