Anda di halaman 1dari 24

Ibu Saya

Ibu Saya
Ini ibu saya, dia sangat hebat!
Ibu saya seorang tukang masak yang hebat,
juga merupakan seorang akrobat yang hebat.
Dia bukan sahaja seorang pelukis yang ajaib,
juga wanita yang paling kuat di dunia!

Ibu saya benar-benar hebat!


Ibu saya seorang tukang kebun yang ajaib,
dia membolehkan semua tumbuh-tumbuhan tumbuh
dengan baik.
Dia juga seorang pari-pari yang baik hati,
selalu mengubah saya menjadi gembira apabila saya
berasa sedih.
Suaranya merdu seperti malaikat.
Apabila mengaum, dia ganas seperti singa.

Ibu saya benar-benar hebat!


Ibu saya cantik seperti rama-rama,
juga selesa seperti sofa.
Dia lemah-lembut seperti kucing,
Kadang-kala, juga kuat seperti badak.

Ibu saya benar-benar hebat!


Tidak kira ibu saya seorang penari,
atau seorang angkasawan,
juga tidak kira dia seorang bintang filem,
Atau seorang bos besar, dia tetap ibu saya.
Ibu saya seorang yang luar biasa,
selalu menggembirakan saya.
Saya sayang dia,
dan adakah anda tahu?
Dia juga sayang saya!
(Sayang saya selama-lamanya.)

Anda mungkin juga menyukai