Anda di halaman 1dari 53

CIRI-CIRI MANUSIA ZAMAN PURBA

• Memiliki peradaban yang cukup baik.


• Memahami cara bertani,ilmu pelayaran dan
ilmu astronomi.
• Memiliki sistem pemerintahan yang
sederhana serta memiliki ketua pemimpin
atau raja.
• Menggunakan bahasa Melayu purba.
Bahasa Melayu 1
1.2 Perkembangan Bahasa
Melayu :
1.2.1 Bahasa Melayu Kuno
Penghijrahan manusia secara besar-
besaran ke Kepulauan Melayu telah
dilakukan oleh bangsa Austronesia
dari Yunan.
Datang dalam dua gelombang iaitu
sekitar tahun 2500 Sebelum Masihi
dan 1500 Sebelum Masihi.
bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu

 yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7


sehingga abad ke-13,
 iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam.
 Pada ketika itu, kerajaanyang berkuasa ialah kerajaan
Sriwijaya.
 Sewaktu pemerintahan kerajaanSriwijaya, bahasa
Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa
pengantar kerajaan kerana

a. bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh


luar
b. tidak terikat dengaan susun lapis masyarakat
c. Lebih mudah berbanding bahasa jawa
 Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah
batubersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu
kuno dalam tulisan Pallawa :

A. Batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683 M )


B. Batu bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 M)
C. Batu bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka ( 686 M)
D. Batu bersurat Karang Brahi, Hulu Jambi (686 M )
CIRI-CIRI MANUSIA ZAMAN KUNO
• Dibawa oleh pendatang-pendatang dari India.
• Mempunyai sistem pemerintahan yang lebih
maju.
• Dewawarman merupakan orang pertama yang
memperkenalkan pemerintahan berkerajaan.
• Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan
wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem.
• Bahasa Melayu Purba ditukar menjadi Bahasa
Melayu Kuno.
• Bahasa Melayu Kuno mencapai
kegemilangan pada zaman kerajaan
Sriwijaya.
• Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran dan
lingua franca,iaitu bahasa yang digunakan
sebagai perantaraan atau bahasa
perhubungan antara orang yang berlainan
bahasa.
• Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu
kuno pada zaman itu merangkumi kawasan
Semenanjung Tanah Melayu,Kepulauan Riau
dan Sumatera.
Bersifat sederhana dan fleksibel iaitu
mudah menerima pengaruh luar.

Tidak mementingkan perbezaan status dan


taraf penggunaannya iaitu tidak terikat
kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

Sistem dan struktur kata bahasa lebih


mudah berbanding bahasa seumpamanya
seperti bahasa Jawa.
Pada zaman ini,kawasan alam melayu diperintah
oleh beberapa buah kerajaaan Hindu dan Buddha.

Agama-agama dharma disebarkan oleh pedagang-


pedagang India yang belayar ke Nusantara.

Mengikut catatan pedagang India,kerajaan pertama


di Nusantara ialah kerajaan Jawa Dwipa di Pulau
Jawawujud sekitar tahun 200 Sebelum Masihi.

Mengikut Prasasti Yupa,kerajaan tertua di


Nusantara ialah kerajaan Kutaiwujud 400
Sebelum Masihi.
Pada abad ke -7 dan ke-13,terdapat dua buah
kerajaan yang besar iaitu kerajaan Sriwijaya dan
kerajaan Majapahit.

Kerajaan Sriwijaya ialah kerajaan pertama yang


menyatukan alam Melayu dan membentuk acuan
budayanya sendiri.

Pengaruh Hindu bertahan sehingga penghujung


abad ke-13 iaitu sebelum agama Islam mengambil
tempat dan memasuki Kepulauan Melayu
melalui Sumatera
Kerajaan yang wujud pada zaman bahasa Melayu Kuno

1.Sumatera
– Kerajaan Srivijaya
– Kerajaan Keritang
– Kerajaan Melayu Jambi
– Kerajaan Tulang Bawang
2.Jawa
• Kerajaan Salakanagara
• Kerajaan Tarumanagara
• Kerajaan Sunda Galuh
• Kerajaan Ishana
• Kerajaan Kalingga
• Kerajaan Mataram Kuno
Semenanjung Tanah Melayu

• Kerajaan Gangga Negara


• Kerajaan Langkasuka
• Kerajaan Pan Pan
• Kerajaan Kedah Tua
 Kerajaan Kutai
 Kerajaan Pu Ni
 Kerajaan Banjar
 Kerajaan Nagara Daha
 Kerajaan Nagara Dipa
 Kerajaan Tanjung Puri
 Kerajaan Sarunai

VIETNAM
 Kerajaan Champa
PENGARUH BAHASA SANSKRIT
• Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem
bahasa Sanskrit.
• Kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama
Hindu dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa golongan
bangsawan serta mempunyai hierarki yang tinggi.
• Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur menyebabkannya
diterima umum.Buktinya ialah:

a) Pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang


berasal dari India.
b) Kata-kata dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa
Sanskrit.
c) Fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam sistem bahasa
Melayu Kuno.
 Kesan bahasa Sanskrit:
a)Terdapat penggunaan tulisan yang seragam .

b)Penambahan kosa kata ke dalam bahasa Melayu


kuno. Contoh:
 Syukasyitta
 Athava
 Karana
 Tatakala
 Bahasa Melayu kuno tidak mempunyai pengaruh
Parsi atau Arab kerana hanya terdapat orang
India yang beragama Hindu sahaja.
 Bukti sejarah tentang kewujudan Bahasa Melayu di
alam Melayu ialah batu bersurat.( prasasti)
 Batu bersurat ditemui di Sumatera dan Jawa.
 Tulisan pada batu bersurat ialah aksara
Palava(berasal dari selatan India)
 Contoh batu bersurat yang ditemui:

a)Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang yang


menggunakan Palava.
b)Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang.
c)Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka.
d)Batu Bersurat Karang Brahi di Jambi.
e)Batu Bersurat Pagar Ruyung.
CANDI
• Pengaruh Hindu dan seterusnya Buddha amat kuat
dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa
Melayu kuno.
• Banyak candi yang dibina di alam Melayu
dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari
India.Contoh:
a)Candi di Lembah Bujang,Sumatera
b)Candi di Muara Takus,Sumatera
c)Candi di Pagar Ruyung,Sumatera
d)Candi Borobudur,Pulau Jawa
e)Candi Prambanan,Pulau Jawa
Candi Lembah Bujang
Candi Muara Takus
Candi Pagar Ruyung
Candi borobudur
Candi Prambanan
Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno
• Pinjaman Bahasa Sanskrit
• Bunyi [ b ] ialah [ v ]. Contoh: (bulan) jadi (vulan).
• Awalan (ber) ialah (mar). Contoh (berlepas) jadi (marlapas)
• Awalan (di) ialah (ni). Contoh (diperbuat) jadi (niparvuat).
• Terdapat perkataan bahasa Melayu moden tidak
menggunakan huruf / h / tetapi bahasa Melayu kuno ada
huruf / h /.
• Contoh: samuha (semua)
sahaya(saya).

Kerajaan Melayu Kuno yang menggunakan bahasa


Melayu Kuno ialah Sriwijaya ,Funan dan Majapahit
Contoh perkatan Sanskrit yang terserap dalam bahasa Melayu
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
contohe
Kuno Moden
• nasyik • asyik
• mamava • membawa
• saribu • seribu
• dangan • dengan
• vanakna • Banyaknya
• ko • ke
 Awalan ni- menjadi di-,iaitu penggunaan awalan
di- dalam bahasa Melayu moden sama dengan
awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno,manakala
awalan diper- sama dengan nipar-.Contoh:

Bahasa Melayu kuno  Bahasa Melayu moden


nimakan  dimakan
niminumna  diminumnya
Manakala,awalan mar- menjadi ber-.Contoh:

Bahasa Melayu kuno


• marvanum
• marvuat

Bahasa Melayu moden


• berbangun
• berbuat

Akhiran -na menjadi –nya .Contoh:

Bahasa Melayu kuno


• Vinina
• vantalna

Bahasa Melayu moden


• bininya
• bantalnya
TULISAN RENCONG
• Huruf Melayu tua yang banyak digunakan
di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu
Palembang) serta Minangkabau.
• Kekal hingga abad ke-18,(sebelum Belanda
menjajah Indonesia).
• Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu
pada zaman purba ialah huruf yang tertua, iaitu
menyerupai bentuk huruf-huruf Rencong atau
Rencang, Kawi dan Lampung.
• Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut
ada kaitan dengan huruf orang-orang Kemboja
pada zaman purba.
• Orang-orang Melayu kuno menulis huruf-huruf
di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar,
kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu
bersurat.
• Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892
di sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu
di Bangka Barat.
TULISAN PALAVA

• Berasal daripada tulisan Hindu.


• disebarkan apabila pengaruh Hindu bertapak di
alam Melayu.
• Digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu
pada zaman bahasa Melayu kuno.
• Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini hanya
terhad dalam kalangan golongan istana dan
bangsawan sahaja.
• Bukti penggunaan tulisan Palava terdapat pada
yupa (tiang batu persembahan) atau prasasti di
daerah Muara Kaman.
• Yupa menggunakan aksara Palava dalam bahasa
Sanskrit yang dijumpai oleh pekerja topografi
Belanda pada tahun 1879.
• 7 yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional
Jakarta.
• Yupa ini menceritakan pencapaian Raja
Mulawarwan, cucu Kudungga.
YUPA
 Merupakan tulisan Jawa kuno yang
wujud pada abad ke-8.
 Berasal daripada huruf Vangki
(Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh
orang-orang India dari Coromandel.
 Huruf ini lenyap pada tahun 1400
Sebelum Masihi.
Sekian…

TERIMA KASIH
KAMI BANGGA MENJADI
GURU!!!
“Guru Penjana Transformasi
Negara”

Anda mungkin juga menyukai