Anda di halaman 1dari 27

KHURAFAT?

??
DEFINISI
• Berasal daripada perkataan Arab :
- bererti cerita bohong, dongeng dan
tahyul atau sesuatu yang tidak masuk
akal.
DEFINISI
KAMUS Mu‘jam al-Wasit :
• perkataan khurafat ialah cerita-cerita yang
mempesonakan yang dicampuraduk dengan
perkara dusta.
• Kamus Dewan :
kepercayaan karut yang diada-adakan
berpandukan kepada perbuatan-perbuatan
dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
al-Marbawi:
Cerita karut (karut marut)
ASAL USUL
Istilah khurafat telah muncul sejak Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.

Bahkan Baginda sendiri telah menjelaskan


kepada umatnya tentang istilah dan
pengertian khurafat.
• Dalam konteks aqidah :

• Khurafat bermaksud bid‘ah aqidah yang merupakan

kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa

oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

• Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai

hakikat kebenaran.

• Ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh

diterima oleh akal.

khurafat itu adalah merujuk kepada sesuatu cerita atau

perkara yang dusta dan tidak masuk akal manusia.


‘Amir meriwayatkan daripada Masruq
bahawa ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha
telah berkata:
Maksudnya:
“Telah bercerita Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan
para isterinya tentang sebuah cerita pada suatu malam. Lantas salah
seorang isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu
adalah cerita khurafat.” Rasulullah bertanya: “Tahukah kamu apa
itu khurafat?” Seterusnya Baginda bersabda: “Sesungguhnya
Khurafat adalah seorang lelaki dari suku ‘Uzrah telah
disembunyikan oleh makhluk jin di zaman Jahiliyyah. Maka dia
hidup bersama mereka dalam satu tempoh yang lama. Kemudian
lelaki itu kembali semula kepada kaumnya, beliau menceritakan
tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan
menakjubkan yang pernah beliau saksikan dan alami semasa
berada bersama dalam kelompok jin tersebut. (Mendengar cerita
itu), orang ramai berkata: “Ini adalah cerita khurafat”.” (Hadis
riwayat Ahmad)
Ciri-ciri Khurafat:
• Tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis;

• Cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut;

• Didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan


Islam;
• Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan
memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam;
• Mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan
tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
KHURAFAT PADA ZAMAN JAHILIYAH?
 Mereka yang hendak bermusafir akan
melepaskan seekor burung.
 Apabila burung itu terbang ke atas atau ke
kanan, maka ia akan membawa alamat baik,
 tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah,
maka mereka akan menangguhkan
pemergian, kerana ditakuti bala akan turun
Pemujaan Terhadap Busut

Tafsirnya:
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau
memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan
manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat
kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian,
maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang
berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu).”
(Surah Yunus: 106)
• Upacara Pengubatan Mandi Di Wasai
• percaya kepada benda keramat seperti :
- pokok
- kubur
- telaga
- batu
- tangkal
- tongkat dsb
Al-Maidah : 3
• 3. diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari
Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh
dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan
binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga)
kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang
demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah
putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut
dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar
kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu
menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan
(memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung
hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Segala amalan dan kepercayaan yang.....
Tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti

al-Qur’an, Hadis, ijma’ dan qiyas .

‘Aisyah Radhiallahu ‘anha


berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu


perkerjaan (mengada-adakan)
yang tiada di dalam agama kami, maka yang
dikerjakannya itu tertolak.”
(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad)
• “ Dan ketika mereka menaiki kapal di tengah lautan dan

menghadapi bahaya di lautan maka segeralah mereka berdoa

kepada Allah dengan penuh ikhlas dan lurus namun apabila mereka

telah diselamatkan dari bahaya dan pulang dengan selamat ke

daratan maka mereka pun kembali menjadi syirik kepada Allah.”

(Surah Al-Ankabut : 65)


KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT
ISLAM
KHURAFAT KOMERSIAL
• Bincang dalam 2 minit..
• Contoh dan kesan.

Anda mungkin juga menyukai