Anda di halaman 1dari 44

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN

PROFESIONALISME GURU
Tajuk Tutorial

Kemukakan satu masalah/


konflik dalam organisasi/ bilik
darjah anda. Buat analisa dan
aplikasikan teori kepemimpinan
yang terbaik untuk
menyelesaikannya.
TEORI TRET
• Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu
memiliki peribadi dan karakter yang berbeza dengan
kebanyakan orang.
• Prinsip asas teori ini adalah andaian bahawa seseorang
pemimpin itu sememangnya mempunyai ciri-ciri yang
istimewa dalam dirinya secara semula jadi.
• Pengalaman hidup, zaman persekolahan dan latihan
formal yang dilaluinya akan meningkatkan lagi ciri-ciri
asas yang istimewa tadi.
Ciri-ciri peribadi pemimpin
• Keperibadian : ceria, proaktif, bersemangat

• Kemahiran : mahir komunikasi, memberi


hujah yang jelas, membuat
keputusan
• Fizikal : tinggi, kemas, mempunyai
suara yang mantap
Sambungan…

• Kerohanian : mempunyai etika yang tinggi


• Sosial : mampu berinteraksi dengan
baik, menunjukkan komitmen
dan kesediaan melibatkan diri
dalam aktiviti masyarakat.
SITUASI

• Guru A baru dilantik sebagai guru di Sekolah


Kebangsaan Raja Melewar setelah mengikuti
kursus PISMP. Beliau dilantik sebagai
pengerusi bagi suatu ceramah yang akan
dijalankan.
Aplikasi teori…
Teori ini mengatakan bahawa semua orang
mempunyai peribadi yang tersendiri. Oleh itu, guru itu
boleh menggunakan strategi sendiri untuk
menganjurkan ceramah ini. Beliau boleh menggunakan
pengalaman lepas semasa menganjurkan program di
IPG. Beliau juga harus berinteraksi dengan guru-guru
lain secara positif bagi mendapatkan pandangan dan
membahagikan tugasnya.
Teori X dan Y
•Teori X dan Teori Y ialah teori motivasi manusia yang
dicipta dan dibangunkan oleh Douglas McGregor pada
1960-an.
•Teori ini mengemukakan strategi kepemimpinan
efektif dengan menggunakan konsep pengurusan
berpenyertaan.
• Konsep ini terkenal dengan menggunakan anggapan-
anggapan sifat dasar manusia.
• Pemimpin yang menyukai teori X cenderung
menyukai gaya kepemimpinan melalui kuasa.

• Pemimpin yang menyukai teori Y lebih


menyukai gaya kepemimpinan demokratik.

• Jenis Y ini adalah jenis yang sudah menyedari


tugas dan tanggungjawab pekerjaannya.
Teori X
• Teori ini menyatakan bahawa pada dasarnya
manusia adalah makhluk pemalas yang tidak
suka bekerja serta senang menghindar dari
pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan
kepadanya.
• Pekerja memiliki cita-cita yang kecil untuk
mencapai tujuan syarikat namun menginginkan
balas jasa serta jaminan hidup yang tinggi.
• Para pekerja harus terus diawasi, diancam
serta diarahkan agar dapat bekerja sesuai
dengan yang diinginkan syarikat.
Teori Y
• Teori ini memiliki anggapan bahwa kerja adalah
kudrat manusia seperti halnya kegiatan sehari-
hari.
• Pekerja tidak perlu terlalu diawasi dan diancam
secara ketat kerana mereka memiliki
pengendalian serta pengerahan diri untuk
bekerja sesuai tujuan syarikat.
• Pekerja memiliki kemampuan kreatif,

imaginasi, kepandaian serta memahami

tanggungjawab dan prestasi atas pencapaian

tujuan bekerja.

• Pekerja juga tidak harus mengerahkan segala

potensi diri yang dimiliki dalam bekerja.


SITUASI

En. Mega merupakan guru pemulihan di SK Melewar.


Beliau telah meminta peruntukan untuk mewujudkan
bilik pemulihan. Tetapi beliau hanya diberikan
sebuah bilik tetapi tidak mempunyai peruntukkan
untuk menceriakan bilik pemulihan dan beliau
diminta tunggu selama beberapa bulan.
APLIKASI TEORI Y

Demi tanggungjawab yang diamanahkan


kepada beliau, En. Mega tidak menunggu
peruntukan tetapi telah mula membaiki meja
dan kerusi yang lama untuk menyediakan bilik
pemulihan dan menceriakan bilik dengan
bahan kitar semula.
Definisi Kepemimpinan Transformasi

Keupayaan melihat, mengiktiraf dan


mengeksploitasi keperluan dan kehendak
pengikutnya.

( Burns, 1978)
Set kemampuan pemimpin (guru) yang membolehkan
mereka mengesan keperluan bagi melakukan
perubahan, mencipta wawasan, komitmen pada
wawasan, membimbing perubahan dan seterusnya
melaksanakan perubahan itu dengan cekap.

( Khalid, 1997)
Teori Kepemimpinan Transformasi Burns

• Dipelopori oleh James MacGregor Burns pada tahun


1978.
• Pemimpin transformasi sebenarnya melibatkan diri
dalam pembentukan realiti baru sosial dan peranan
baru pengikut bagi meyakinkan pengikut tentang
realiti semasa bukan perkara yang konkrit.
• Pemimpin transformasi adalah pemimpin yang
melibatkan diri dengan orang lain melalui cara yang
tersendiri sehingga pemimpin dan pengikutnya
dapat meningkatkan motivasi semangat bekerja ke
tahap yang lebih tinggi.
Teori Kepemimpinan Transformasi Bass

• Diperkenalkan oleh Bernard Bass pada tahun


1985.
• Memiliki keupayaan pemimpin yang luar
biasa di mana pemimpin dapat menimbulkan
kesedaran dalam diri pekerjanya bagi
merealisasikan objektif organisasi.
• Menekankan unsur karisma bagi membolehkan
pemimpin itu memiliki kebolehan bagi menyemai
harga diri, kepercayaan, kesetiaan, kejujuran,
keazaman, keyakinan diri dan mengenal pasti
perkara yang penting bagi kejayaan tugas serta
memindahkan visi pada subordinat.
Situasi….

Murid A belajar dalam tahun 6. Dia seorang yang


sangat pendiam dan tidak bergaul dengan kawan
sekelasnya. Dia selalu merendahkan dirinya semata-
mata kerana dia merupakan seorang yang miskin.
Sebagai seorang guru, apakah tindakan anda apabila
anda mengenal pasti masalah murid ini?
Aplikasi Teori Transformasi….
Mengilhamkan wawasan masa depan pelajar

 Menggalakkan kepercayaan pada kebolehan dan membina


keyakinan diri.
 Memberi motivasi kepada murid untuk menunjukkan
kebolehan dan kekuatan mereka.
 Meningkatkan tahap kematangan dan menggalakkan pelajar
itu mencapai tahap yang lebih tinggi.
Memberi sokongan secara individu

 Menunjukkan rasa hormat, menghargai muridnya dan


mengambil berat tentang perasaan dan keperluan murid.
 Tidak pilih kasih ataupun berat sebelah semasa mendidik
para pelajar.
 Berkelakuan adil dan saksama dan berusaha meningkatkan
prestasi pelajarnya.
Mengamalkan semangat berpasukan &
membentuk peribadi pelajar

 Menggalakkan interaksi dua hala sewaktu mengajar di


kelas.
 Komunikasi ini akan mengeratkan hubungan mesra dan
meningkatkan muhibah dalam kalangan pelajar.
 Menggunakan peneguhan positif iaitu dengan
memberikan pujian dan senyuman atas segala kejayaan
murid.
• Pemimpin-pemimpin yang berkarisma amat diperlukan

untuk melakukan "transformasi" atau perubahan-

perubahan dalam struktur organisasi yang pernah melalui

zaman kemelesetan dan juga transformasi dalam pemikiran

individu dan petugas-petugas dalam organisasi berkenaan.

• Kepimpinan Transformational berpusatkan perubahan dan

merupakan corak kepimpinan yang berupaya untuk

melakukan perubahan-perubahan sedemikian


Teori Situasi

• Teori ini beranggapan bahawa sesuatu


kepemimpinan biasanya dipengaruhi oleh
situasi dimana faktor-faktor tertentu
daripada situasi yang khusus menentukan
pemimpin yang sesuai bagi keadaan
tersebut.
• Teori ini juga beranggapan bahawa persekitaran
organisasi yang berbeza memerlukan cara
kepimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin
dirasakan.
• Terdapat dua jenis teori situasi, iaitu:-

Teori Kontinjensi Fiedler (1967)

Teori Situasi Hersey & Blanchard (1977)


Teori Kontinjensi Fiedler (1967)

• Fiedler (1967) yang mengemukakan Teori


Kontinjensi menyatakan bahawa sesuatu
gaya kepemimpinan mungkin berkesan
bergantung kepada situasi & tertakluk
kepada orientasi psikologi pemimpin &
tuntutan persekitaran iaitu:-
Orientasi Psikologi
Pemimpin & Tuntutan
Persekitaran

Penggunaan
Saiz Organisasi
Teknologi

Sumber & Cara Pandangan


Pengoperasian Yang Pemimpin Terhadap
Berbeza Staf & Sebaliknya
• Fiedler merumuskan keberkesanan kepimpinan

tertakluk kepada di antara dua variable, iaitu gaya

kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran.

• Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh

tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan

diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal, iaitu:-


Orientasi Psikologi
Pemimpin & Tuntutan
Persekitaran

Hubungan Kedudukan
Pemimpin-ahli Kuasa

Struktur
Tugasan
Teori Situasi Hersey & Blanchard (1977)

• Teori Situasi Hersey & Blanchard


menggabungkan dan meluaskan idea Grid
Pengurusan Blake and Mouton serta Model
Kontinjensi Fiedler.
• Mengikut Hersey & Blanchard keberkesanan
kepimpinan berasaskan situasi.
• Terdapat empat gaya kepemimpinan yang
diutarakan oleh Hersey & Blanchard , iaitu:-
• i.Memberitahu (telling)

• ii.Menjual (selling)

• iii.Mengambil bahagian (participating)

• iv.Menurunkan kuasa (delegating)


• Penggunaan gaya kepimpinan yang berbeza-beza perlu
disepadankan dengan tahap kematangan ahli dalam
kumpulannya.
• Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua aspek
yang khusus, iaitu:-
• Kematangan Psikologikal - keyakinan, kebolehan dan
kesediaan ahli untuk menerima tanggungjawab yang
diberikan.
• Kematangan Pengendalian Tugas - kemahiran & pengetahuan
teknikal yang dimiliki.
Persamaan Teori Situasi Hersey
& Blanchard dan
Teori Kontinjensi Fiedler
• Kedua-duanya menyatakan bahawa tidak
terdapat satu cara terbaik dalam memimpin
sesebuah organisasi.
Perbezaan
Teori Situasi Hersey & Teori Kontinjensi Fiedler
Blanchard

Berfokuskan pelbagai gaya Faktor-faktor penentu


kepimpinan yang perlu keberkesanan
diamalkan berdasarkan kepemimpinan tertakluk
faktor persekitaran (lebih kepada kebolehan
kepada kematangan ahli) pemimpin itu sendiri serta
faktor-faktor sokongan
persekitaran yang lain.
Situasi

• En. Rajen dilantik sebagai pengerusi


untuk Kelab Bestari baru-baru ini. Beliau
mendapati ahli kelabnya kurang
memberi kerjasama untuk
keberkesanan organisasinya.
Aplikasi Teori Situasi-Teori Situasi Hersey & Blanchard

• En. Rajen perlu meluangkan masa untuk


memperjelas peranan ahli dan matlamat organisasi,
membuat penyeliaan yang lebih rapi serta
menggalakkan ahli untuk menerima tugas mereka
melalui cara pujukan. Gaya kepemimpinan yang
sesuai bagi kumpulan ini ialah memberitahu.
Sekian, Terima Kasih……..

Anda mungkin juga menyukai