Anda di halaman 1dari 22

JUS 101

TERAS KEUSAHAWANAN
(CORE ENTREPRENEURSHIP)

ETIKA
EUSAHAWANAN

1
ETIKA KEUSAHAWANAN

Pada akhir sesi ini, anda dapat;

Menghuraikan konsep keberkatan (barakah)


dalam perniagaan
Mengenal pasti etika keusahawanan dan budaya
niaga.

2
ETIKA KEUSAHAWANAN
i. Etika merujuk ilmu berkenaan prinsip-prinsip
akhlak atau moral.

ii. Etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu


‘ethos’ yang bermaksud perangai.

iii. Dalam konteks usahawan etika merupakan


satu panduan untuk mengawal tingkah laku
sesorang individu mengikut cara yang
dibenarkan.

3
DILEMA KEUSAHAWANAN
v. Usahawan hari ini menghadapi banyak cabaran yang
melibatkan etika: pelanggan, pengurus, komuniti, pemegang
saham, kerajaan dan pekerja.

vi.Perubahan
masyarakat terutama dari segi nilai, moral dan
norma-norma juga perlu dihadapi oleh usahawan.

vii.Usahawandianggap tidak beretika jika perniagaan menyalahi


peraturan dan mendatangkan mudarat kepada semua pihak.

Usahawan
viii. sering menghadapi dilema semasa membuat
keputusan perniagaan: etika dan undang-undang.

4
DILEMA KEUSAHAWANAN
Henderson (1982) berpendapat, usahawan menghadapi dilema dalam
empat kuadran yang berlainan.

i. Kuadran 1:
perniagaan berdaftar, produk tidak membawa mudarat,
dibenarkan kerajaan: minyak, beras

ii. Kuadran 2:
produk baik tetapi diharamkan kerajaan: batik dari indonesia

iii. Kuadran 3:
produk tidak diharamkam tetapi mempunyai kesan sampingan:
rokok, minuman keras, judi

iv. Kuadran 4:
produk tidak dibenarkan kerajaan dan mempunyai kesan
sampingan: mercun, racun serangga tertentu

5
DILEMA KEUSAHAWANAN
Klasifikasi Keputusan menggunakan
Rangka Konsep Handerson (1982)
Ethical
Quadrant II: Quadrant I:
Ethical and Illegal Ethical and Legal

Codification

Manifestation

Illegal Corporate Legal


Decision

Quadrant IV: Quadrant III:


Unethical and Illegal Unethical and Legal

Unethical
6
DILEMA ETIKA KEUSAHAWANAN

Seseorang usahawan berkemungkinan besar akan berhadapan


dengan keadaan dilema di mana keputusan yang dibuatnya akan
menimbulkan konflik. Mengikut Shailendra Vyakarnam et al.
(1997) menyenaraikan 4 perkara yang menjadi dilema etika bagi
usahawan
i. Konflik kepentingan:
Usahawan harus membezakan antara kepentingan peribadi
dengan kepentingan perniagaan, misalnya bercuti bersama
anak-anak pada hujung minggu atau mengutamakan
perniagaan yang lebih maju pada hari minggu.
ii. Keperibadian:
Sifat sesorang kadangkala membawa konflik kepada
usahawan untuk membuat sesuatu keputusan kerana
keputusan yang diambil bertentangan dengan sifat peribadi
usahawan, misalnya menerima rasuah untuk dapat bekalan
seperti gula.
7
Sambungan...

iii. Tanggungjawab Sosial


Usahawan mempunyai tanggungjawab sosial kepada
semua pihak yang berkepentingan dalam
perniagaannya tanpa mengira sesiapa.
Tanggungjawab ini merangkumi aspek seperti
persekitaran, tenaga elektrik, amalan perniagaan yg
adil, sumber manusia, khidmat sosial dan produk
(Jovanovich, 1991). Kadangkala tekanan daripada
pihak pengurusan, usahawan terpaksa mengambil
keputusan yang membelakangkan tanggungjawab
sosial.
iv. Tahap Keterbukaan:
usahawan perlu lebih terbuka tentang nilai dan
jangkaan kepada semua.

8
DILEMA KEUSAHAWANAN
Empat tema Utama Dilema Etika yang dihadapi Usahawan
Shailendra Vyakarnam et al. (1997)

Konflik
kepentingan

Trait
Dilema Tanggungjawab
Personaliti Etika Perniagaan Sosial
Kecil

Tahap
Keterbukaan

9
Etika Keusahawanan dari Perspektif Islam

Keusahawan dari perspektif Islam boleh didefinisikan


sebagai aktiviti pekerjaan yang yang diusahakan
secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan
menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan
bagi memperoleh rezeki yang halal dengan cara yang
tidak bertentangan dengan syariah.

10
Etika Keusahawanan
Dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan
perniagaan dijalankan mengikut etika Islam. Antara
panduan yang diberikan adalah seperti berikut:
i. Pematuhan terhadap kontrak
ii. Penipuan dan salah taksir iklan
iii. Timbangan yang tepat
iv. Larangan menyorokkan barang
v. Penghapusan pengeluaran yang berlebihan
vi. Perniagaan yang melibatkan riba
vii. Amalan pengambilan pekerja
viii. Bersikap adil kepada pekerja
ix. Penjagaan alam sekitar

11
Pematuhan terhadap kontrak

Usahawan perlu patuh kepada perjanjian yang


dimeterai. Islam berpegang teguh kepada sikap
menunaikan janji dan nilai-nilai mulia seperti
kejujuran dan amanah. Manusia wajib mematuhi
perintah Allah seperti firman-Nya yang bermaksud
“dan orang-orang yang menerima amanat (yang
dipikulnya dan janjinya) ‘, Al-Mukmin:8.

12
Penipuan dan salah taksir iklan

Usahawan ditegah membuat penipuan dalam


pengiklanan. Produk yang dijual tidak boleh berbeza
atau tidak menepati sifat seperti yang diiklankan.
Sabda Rasullullah SAW: “Tidak boleh menjual
barang yang rosak kecuali bahagian yang rosak itu
telah ditunjukkan kepada pembeli.” (Riwayat
Bukhari)

13
Timbangan yang tepat

Usahawan perlu sentiasa membuat timbangan atau


ukuran yang tepat apabila melakukan urusan
perniagaan. Firman Allah SWT bermaksud, “dan
penuhkanlah sukatan, apabila kamu menyukat
(menakar) dan menimbanglah dengan neraca yang
betul. Itulah yang paling baik dan lebih
kesudahannya” (Al-Israa:35)

14
Larangan menyorokkan barang

Perbuatan menyorok barang dengan tujuan mendapat


keuntungan yang amat dilarang dalam Islam. Allah
SWT melarang sifat bakhil ini melalui firman-Nya yang
bermaksud “janganlah orang-orang yang bakhil
memberikan dengan apa-apa yang dikurniakan oleh
Allah kepadanya mengira bahawa kebakhilan itu baik
untuk mereka. Tidak! Melainkan mebahayakan
mereka, nanti harta yang dibakhilkan mereka itu akan
digantungkan dileher mereka pada hari kiamat. Allah
yag mempusakai langit dan bumi dan mengetahui
apa-apa yang kamu lakukan.” (Al-Imran:180).

15
Penghapusan pengeluaran yang berlebihan

Usahawan tidak dibenarkan membazir dan


merosakkan barangan yang telah dihasilkan. Islam
melarang perbuatan ini kerana barangan dan
sumber adalah milik Allah dan manusia adalah
pemegang amanah. Manusia sepatutnya mencari
jalan menggunakan barangan yang berlebihan itu.

16
Perniagaan yang melibatkan riba

Usahawan ditegah terlibat dengan amalan riba


dalam perniagaan mereka. Terdapat pelbagai
alternatif dalam kaedah muamalat yang boleh
dilaksanakan untuk mengelak riba. Firman Allah
SWT yang bermaksud “Allah menghalalkan jual beli
dan mengharamkan riba” (Al-Baqarah:275).

17
Amalan pengambilan pekerja

Usahawan perlu menguruskan sumber manusia


dengan cara yang terbaik. Pengambilan pekerja
hendaklah dilakukan dengan adil, iaitu orang yang
diambil boleh melaksanakan tanggungjawab dan
bersikap adil terhadap tugas yang diamanahkan
kepadanya.

18
Bersikap adil kepada pekerja

Tanggungjawb organisasi adalah untuk menjaga


kebajikan pekerja, memberi gaji yang setimpal dan
menyediakan tempat kerja yang baik. Dalam hal ini,
usahawan perlulah melayani setiap pekerjanya
dengan adil tanpa mengira warna kulit atau rupa.

19
Penjagaan alam sekitar

Usahawan tidak harus menjalankan perniagaan


untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata
tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan
penjagaan alam sekitar. Alam semula jadi adalah
anugerah Allah SWT yang tidak wajar dirosakkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Telah kelihatan
kerosakan di darat dan di laut disebabkan usaha
tangan manusia kerana Tuhan hendak merasakan
mereka sebahagian daipada akibat perbuatan
mereka supaya mereka kembali,” (Ar-Rum:41)

20
ETIKA KEUSAHAWANAN

Pada akhir sesi ini, anda dapat;

Menghuraikan konsep keberkatan (barakah)


dalam perniagaan
Mengenal pasti etika keusahawanan dan budaya
niaga.

21
TERIMA KASIH

22

Anda mungkin juga menyukai