Anda di halaman 1dari 8

IBADAH

QURBAN
Persatuan Agama Islam
Sk Sungai Pusu
22 julai 2020
APAKAH ITU IBADAH QURBAN
Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat, atau
di dalam al-Quran disebut al-An’am.
Ibadah ini dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari
tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Ibadah qurban boleh dibahagikan kepada 2:
 1) Qurban Wajib: Iaitu ibadah qurban yang bernazar.
 2) Qurban Sunat: Ibadah Qurban adalah SUNAT MUAKKAD iaitu
sunat yang dituntut.
Sejarah Ibadah Korban
Masih ingatkah kita mengenai peristiwa Nabi Ibrahim dan
anaknya, Nabi Ismail?

Ibadah ini dijalankan bagi mengingati dan menghargai kisah


Nabi Ibrahim yang ingin melaksanakan perintah Allah S.W.T
dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail yang dikasihi.

Mereka berdua telah berjaya melepasi ujian tersebut. Ia


melambangkan kepatuhan dan ketaatan mereka kepada
perintah Allah, melebihi nyawa dan kasih sayang ayah dan
anak.

Lalu Allah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan qibasy.


DALIL KELEBIHAN KORBAN
“Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu
tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi
yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas
yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia
memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita
gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya)
kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalnya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)
Rasulullah bersabda, 

“Tiap helai bulu (dari binatang yang diqurbankan)


kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadith
riwayat Ibn Majah)
HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN

Hukum melasanakan ibadah qurban terbahagi


kepada dua:

1) Sunat Muakkad, ia sangat dituntut.

2) Wajib, bagi yang bernazar


Sila tonton dengan teliti……

Tip Sembelihan Haiwan Korban.mp4


Aktiviti:

CERITAKAN PENGALAMAN
ANDA TENTANG QURBAN

Anda mungkin juga menyukai