Anda di halaman 1dari 17

PEMBANGUNAN

NEGARA
MPU2153
PENGENALAN

■ Pembangunan ialah usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan
mundur kepada maju.
■ Perubahan ini adalah meliputi segala aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik,
sosial, pendidikan, psikologi dan sebagainya yang merujuk aspek kebendaan dan bukan
kebendaan.
■ Pembangunan utama bagi melahirkan negara yang mampan adalah melalui
– Pembangunan Sosial
– Pembangunan Ekonomi
– Pembangunan Sikap
KONSEP PEMBANGUNAN SOSIAL
■ Pembangunan sosial : satu keadaan atau tahap di mana rakyat mampu dan berkeupayaan
mendapatkan keperluan-keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.
■ Masyarakat Primitif vs Masyarakat Moden (pengetahuan dan teknologi)
■ Kesejahteraan dan keselesaaan hidup boleh dicapai oleh keperluan asas.
■ Ahli-ahli sains sosial menyatakan bahawa “Pembangunan ini adalah merujuk pada
peluang untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan,
pendidikan, bekalan air bersih, elektrik dan pengangkutan juga merupakan salah satu
pelengkap kemudahan asas”
KONSEP PEMBANGUNAN
EKONOMI
■ Pembangunan sosial tidak berlaku secara sendirian tetapi seiring dengan pembangunan
ekonomi.
■ Dengan berlakunya kenaikan dalam pendapatan negara yang disebut pembangunan
ekonomi tadi, pihak pemerintah dapat menggunakan wang negara untuk menyediakan
kemudahan-kemudahan asas seperti hospital, klinik, sekolah, bekalan air dan elektrik,
jalanraya dan kemudahan awam lain yang boleh menyokong dan memperkembangkan
aspek pembagunan sosial.
KONSEP PEMBANGUNAN SIKAP

■ Namun demikian, perlu diingat bahawa pembangunan negara yang menyeluruh tidak
hanya bergantung pada pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial sahaja.
■ Sikap-sikap negatif boleh merencatkan pembangunan negara.
■ Kesan kelemahan pembangunan sikap :
– Pembangunan sosial tidak mampan kerna kurang mendapat sokongan dari rakyat
– Kelembapan pembangunan sosial mampu menjejaskan pembangunan tenaga
manusia berkapasiti penuh untuk turut menyumbang pada pembangunan ekonomi.
RANCANGAN PEMBANGUNAN
NEGARA
■ Pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk
mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah
Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah sebelumnya.
■ Pembangunan negara ; (1) Rancangan Pembangunan Lima Tahun (2) Rangka Rancangan
Jangka Panjang (RRJP)
1. RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN : merupakan pelan jangka pendek yang
mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan kerajaan,
menetapkan sasaran perkembangan makroekonomi dan juga saiz serta peruntukan untuk
program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun.
2. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) : merupakan pelan panjang dalam
merangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat dasar ekonomi.
RANCANGAN PEMBANGUNAN
NEGARA BERJADUAL
PERINGKAT PERINGKAT PERINGKAT PERINGKAT PERINGKAT
1 2 3 4 5
• Rancangan • RMK-2 • RMK-6 • RMK-8 • RMK-10
Malaya 1 • RMK-3 • RMK-7 • RMK-9 • RMK-11
• Rancangan • RMK-4 • DPN • DWN
Malaya 2 • RMK-5
• RMK-1 • DEB

■ Setiap Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini mempunyai objektif dan perlaksanaan
masing-masing bagi meningkatkan taraf pembangunan nasional zaman semasa.
■ Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini bermula pada 1956 dan berterusan sampai
sekarang dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) merupakan rancangan pertama
selepas penubuhan Malaysia.
DASAR EKONOMI BAHARU (DEB)
■ Diperkenalkan pada 1971-1990 terutamanya reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.
■ Peristiwa 13 Mei 1969 : https://www.youtube.com/watch?v=lgkubgVjqD4
: https://www.youtube.com/watch?v=gcglTMfGjlA
■ Antara isu yang dikenalpasti adalah:
– Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera
– Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar
– Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat dengan pantai timur
– Jurang sosioekonomi antara negeri Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah Sarawak.
■ Matlamat :
– Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan memperbanyakan peluang pekerjaan
pada semua rakyat tanpa mengira kaum
– Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(DPN)
■ Bermula pada 1991-2000 dalam usaha berterusan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju.
■ Matlamat:
– Perpaduan negara bagi memperkukuhkan kestabilan sosial, politik dan
pembangunan ekonomi
– Langkah ke arah mencapai taraf negara yang maju dalam semua aspek
■ Strategi asas DEB dilanjutkan dalam DPN, iaitu pembasmi kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat untuk memperbaiki ketidaksemibangan sosial dan ekonomi antara
kaum dan mengukuhkan perpaduan negara.
DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)
■ Dasar Wawasan Negara membawa tema utamanya iaitu “Meningkatkan keutuhan dan
daya saing negara”
■ DWN ini membawa 7 teras utama penubuhan:
1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan dll
2. Menggalakan pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi dengan mengukuhkan sumber ekonomi
4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
6. Melahirkan sumber manusia yang cekap, produktif dan berpengetahuan
7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.
WAWASAN 2020
■ Hala tuju Wawasan 2020 adalah supaya negara mencapai status negara maju dengan
mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.
■ Kunci utama kepada pembangunan negara maju adalah dengan mengatasi 9 cabaran
strategik iaitu;
1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteran & maju
3. Membangunkan masyarakat demokratik yang matang
4. Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika
5. Mewujudkan masyrakat liberal dan bertolak ansur
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan prograsif
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
8. Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama
9. Mewujudkan masyarakat makmur dan ekonomi yang berdaya saing.
TRANSFORMASI NASIONAL 2050
(TN50)

■ Transformasi Nasional 2050 merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk membentuk


Malaysia sebagai sebuah negara yang memenuhi aspirasi pendudknya.
■ TN50 merangkumi tempoh 30 tahun bermula (2020-2050).
■ Objektif :
– Mengemukakan sebuah rekod aspirasi Malaysia yang meluas liputanya namun
tersintesis rapi untuk panduan masa depan Malaysia ke arah 2050 yang diperoleh
daripada pelbagai platform
– Merangsang pemikiran, ekspresi dan pendampingan rakyat terhadap masa depan
jangka panjang Malaysia melalui pelbagai cara.
DASAR EKONOMI
■ Dasar Ekonomi digubal dengan tujuan membangunkan negara untuk meningkatkan
potensi ekonomi dan pendapatan negara. Dasar ini merujuk usaha untuk mengubah
masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek
kehidupan.
■ Antara Dasar Ekonomi yang diubuhkan di Malaysia
1. Dasar Petani Negara
2. Dasar Perindustrian Berat
3. Pelan Induk Perindustrian Negara
4. Model Ekonomi Baru
DASAR SOSIAL
■ Dasar Sosial digubal bagi menjadikan mewujudkan negara yang makmur dan bersatu padu
serta mengekalkan identity jati diri rakyatnya
■ Antara Dasar Sosial yang telah ditubuhkan
1. Perkembangan Pendidikan Malaysia dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
3. Dasar Sosial Negara
4. Dasar Wanita Negara
5. Dasar Keluarga Negara
6. Pelan Tindakan Pembangunan Belia
7. Pelan Integriti Nasional
8. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
9. 1Malaysia
DASAR LUAR MALAYSIA
■ Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada
pembentukan dan hala tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain.
■ Antara dasar luar yang disertai oleh Malaysia ialah
1. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
2. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
3. Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMANWEL)
4. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
5. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
6. Kerjasama Selatan – Selatan (KSS)
7. Kerjasama Ekonomi Asia Timur (EAEC)
8. Organization for Economic Cooperation (Developing 8/D-8)
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai