Anda di halaman 1dari 11

KCO 530

CHILDHOOD THROUGH
OBSERVATION

PREPARED BY:
MISS NURUL HAZWA BT SULAIMAN
LECTURER IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION
BAB 6 :
PELAPORAN DAN TINDAKAN
SUSULAN
PORTFOLIO KANAK-KANAK

Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian kanak-kanak.
Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
· Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru
dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
· Laporan perkembangan kanak-kanak seharusnya menyeluruh merangkumi kepelbagaian
kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi dan
keterampilan diri kanak-kanak.
· Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui kesemua
instrumen serta penilaian hasil kerja kanak-kanak.
MEMBUAT LAPORAN

Kad laporan bukanlah cara yang paling sesuai untuk memberi laporan kepada ibu
bapa. Tetapi guru boleh menulis sedikit penjelasan tentang kemajuan dan memahami
gred anak-anak mereka.
Terdapat beberapa cara lain bagaimana guru boleh menulis kad laporan. Antaranya
adalah:-
Menyediakan ruang untuk kanak-kanak , guru dan ibu bapa melaporkan matlamat pada
penilaian akan datang
Perjumpaan dengan ibu bapa membincangkan dan mengkaji kemajuan kanak-kanak.
MENGEMASKINI REKOD KEMAJUAN

Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru daripada maklumat yang
dikumpul dan analisis yang dibuat mengenai perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh dan spesifik.
Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian
sebenar diri kanak-kanak.
Rumusan mengenai perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial boleh dibuat berdasarkan Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan atau aspek lain yang telah ditentukan.
Aspek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti
berikut:

a. Tunjang Komunikasi
b. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
c. Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi

d. Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika


e. Tunjang Sains dan Teknologi
f. Tunjang Kemanusiaan
TINDAKAN SUSULAN
Tujuan utama pentaksiran di prasekolah adalah untuk rnerancang tindakan susulan
supaya kanak-kanak dapat lebih menguasai standard pernbelajaran yang dihasratkan.
Tindakan susulan boleh digolongkan kepada dua jenis seperti berikut :-

Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk kanak-kanak yang sudah rnenguasai
standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan tambahan yang lebih rnencabar diberikan kepada
golongan kanak-kanak ini.

Bimbingan dan pemulihan. ini adalah untuk mereka yang belum atau dalam proses rnenguasai
standard pernbelajaran yang berkenaan. Kepada golongan kanak-kanak ini, galakan dan aktiviti
bimbingan seterusnya perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang
bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
mungkin perlu digunakan.
MENGENALPASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAM KANAK-
KANAK

Kecerdasan
- Maju dalam pelajaran

- Berpotensi tinggi

Masalah neurological yang menjejaskan


- Pemahaman
- Penggunaan bahasa

- Pertuturan

- Berfikir

- Membaca

- Menulis

- Mengeja

- Mengira
MERANCANG AKTIVITI PENGUKUHAN

Sewaktu kanak-kanak mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baharu


dipelajari, aktiviti-aktiviti pengukuhan perlu diberi.
Ini dilaksanakan supaya kemahiran dan pengetahuan yang mula dikuasai kanak-
kanak akan memberikan kesan yang berpanjangan.
Guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengukuhan yang sesuai
dengan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak.
Maka aktiviti pengukukuhan diberi supaya aspek yang sudah dipelajari
diperkukuhkan dan penghasilannya berlaku secara semula jadi.
MELAKSANAKAN AKTIVITI SUSULAN

a) Dijalankan serta merta

Tindakan yang serta merta apabila pemerhatian menemukan kanak-kanak


sedang menghadapi masalah melaksanakan tugasan yang diberi kerana belum
menguasai sesuatu kemahiran.

Contoh :
Tidak boleh memegang pensel dengan cara yang betul, guru perlu menjalankan
bimbingan serta merta dengan menunjukkan cara memegang alat tulis dengan betul.
b) Dirancang dalam satu tempoh masa

Tindakan dilaksanakan selepas kesemua rekod-rekod perkembangan kanak-kanak di


analisis dan hasilnya memberikan gambaran kepada guru berkenaan aspek-aspek
yang perlu diberi bimbingan, pengukuhan atau pengayaan. Guru perlu merancang
secara sistematik satu aktiviti atau satu set aktiviti yang perlu dilaksanakan.

Contoh :
Kanak-kanak kurang upaya membaca ayat mudah. Guru perlu merancang satu
program yang sesuai dengan kemahiran awal membaca.

Anda mungkin juga menyukai