Anda di halaman 1dari 18

KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF

Pendahuluan

 Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah


perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya
satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan
yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata
adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada
kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh
didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya:
amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak
sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata
adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi
suatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-
contoh ayat yang berikut:
Kata Adjektif
1. Adik saya tinggi.
2. Ali sangat pandai.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Pendapatnya lain sekali.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6. Malam ini gelap benar.
7. Reka bentuk rumah itu sangat lain.
8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak.
9. Buah pokok durian itu banyak sekali.
10 Suaranya masih sungguh merdu sekali.

 Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong


ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam
ayat-ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang
bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti
frasa adjektif tersebut.
Jenis Kata Adjektif
 Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai
subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita
dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-
kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut:
(i) kata adjektif sifatan atau keadaan
(ii) kata adjektif warna
(iii) kata adjektif ukuran
(iv) kata adjektif bentuk
(v) kata adjektif waktu
(vi) kata adjektif jarak
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan
(ix) kata adjektif pancaindera
1.1 Kata adjektif Sifatan atau Keadaan
 Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur
keterangan nama.
 Contohnya:
baik lemah
jahat kasar
cerdik berani
pandai takut
gopoh sihat
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. 1. Budak baik selalu dipuji.
2. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.
3. Anak guru itu amat cerdik.
4. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
5. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
1.2 Kata Adjektif Warna
 Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya:
merah ungu
putih kelabu
biru hitam
hijau kuning
perang jingga
 Contoh pengunaannya dalam ayat:
1. Baju merah itu kepunyaanku.
2. Tubuhnya diselimuti kain putih.
3. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.
4. Warna perang tidak begitu digemari orang.
5. Warna biru kegemaran ibu.
1.3 Kata Adjektif Ukuran
 Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi
pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya:
panjangrendah
pendek tebal
kecil nipis
besar kerdil
tinggi renek
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Jambatan panjang itu baru siap didirikan.
2. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja
dia pergi.
3. Bilik kecil itu mudah diurus.
4. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.
5. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
1.4 Kata Adjektif Bentuk
 Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang
memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur
keterangan. Contohnya:
bulat bengkok
lonjong lurus
bujur buncit
bundar kempis
leper lekuk
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu
perundingan meja bulat.
2. Bola ragbi berbentuk lonjong.
3. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur.
4. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.
5. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
1.5 Kata Adjektif Waktu
 Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang
memberi pengertian konsep masa sebagai unsur
keterangan. Contohnya:
baharu lampau
lama lewat
segera cepat
suntuk lambat
silam awal
 Contoh pengguaannya dalam ayat:
1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.
3. Kanak-kanak suka makan makanan segera.
4. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.
5. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
1.6 Kata Adjektif Jarak
 Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang
memberi pengertian konsep ruang antara dua benda
sebagai penerang kata nama. Contohnya:
jauh hampir
dekat nyaris
 Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Rumah yang ditujui itu sungguh jauh.
2. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan
rumah saya.
3. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
4. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.
1.7 Kata Adjektif Cara
 Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang
memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
sebagai penerang kata nama. Contohnya:
cepat lincah
deras gopoh
laju jelas
lambat sering
perlahan selalu
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.
2. Pengaliran air sungguh itu deras.
3. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.
4. Orang lambat selalu rugi.
5. Pemain lincah itu berasal dari utara.
1.8 Kata Adjektif Perasaan
 Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama
dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya:
rindu berahi
benci ragu
segan kasih
suka sayang
gembira
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Dia amat rindu akan emaknya.
2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
3. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
4. Dia segan sungguh dengan pemuda itu.
5. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan
itu.
1.9 Kata Adjektif Pancaindera
 Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai
penerang kata nama. Contohnya:
(i) Indera rasa:
sedap pahit
manis masin
lazat tawar
masam lemak
kelat payau
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai.
2. Wajah perawan itu manis.
3. Mereka akan menyediakan makanan lazat.
4. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam.
5. Pisang muda kelat rasanya.
1.9 Kata Adjektif Pancaindera
(ii) Indera Pandang:
cantik buruk
molek tampan
hodoh comel
lawa segak
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik.
2. Gadis molek itu anak Pak Hamid.
3. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia.
4. Pemuda lawa itu berasal dari Perak.
5. Perompak-perompak itu itu keluar dari rumah buruk
itu.
6. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan
itu.
1.9 Kata Adjektif Pancaindera
(iii) Indera dengar:
bising mersik
merdu serak
nyaring garau
lunak
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Bunyi bising itu datang dari biliknya.
2. Penyanyi itu mempunyai suara merdu.
3. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring.
4. Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun.
5. Bunyi biolanya amat mersik.
6. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.
1.9 Kata Adjektif Pancaindera
(iv) Indera bau:
harum tengik
wangi semerbak
busuk hanyir
hapak hancing
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Bedak sejuk itu harum baunya.
2. Pemuda itu suka memakai minyak wangi.
3. Bau busuk di kilang itu mengganggu kami.
4. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak.
5. Minyak tengik itu jangan digunakan
6. Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak
dengan bau bunga- bungaan.
7. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.
1.9 Kata Adjektif Pancaindera
(v) Indera sentuh:
halus kesat
licin lembap
kasar lembut
keras
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Kain halus itu hasil tenunan tangan.
2. Jalan licin di hadapan bangunan itu sering
menyebabkan kemalangan.
3. Papan itu kasar kerana belum diketam.
4. Bancuhan simen itu telah keras.
5. Jangan suka memakai pakaian lembap.
6. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.
1.9 Kata Adjektif Pancaindera
(vi) Gabungan indera:
bersih (sentuh+pandang+bau)
selesa (sentuh+pandang)
tenteram (dengar+pandang)
 Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih.
2. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.
3. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.

Anda mungkin juga menyukai