Pensyarah Kursus;
Dr. Suriani Mohamed
Jabatan Keluarga dan Sains Konsumer
Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI
Definisi Pengajaran
Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus
ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa
perubahan tingkah laku di kalangan mereka.
Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru
untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau
pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana yang
dinamakan bilik darjah.
Mengikut Koh Boh Boon (1985), pengajaran adalah satu proses
yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk
kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh, motivasi,
persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu.
Definisi Pengajaran
• Untuk memberikan maklumat secara sistematik kepada
seseorang, atau mengenai sesatu subjek atau kemahiran
• Untuk mempraktik secara profesional
• Untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan
arahan dan latihan
• Untuk mempertahan dan mengamalkan sesuatu prinsip
moral
• Untuk berkomunikasi, mengajar pada prinsip moral
• Untuk mendorong seseorang melalui teladan atau
hukuman untuk melakukan atau tidak.
• Untuk membuat seseorang segan untuk melakukan perkara
yang
Istilah lain membawa maksud
pengajaran…
• Mendidik.. • …..
• Membimbing.. • …..
• Menghurai.. • ……
• Menerangkan..
• Menunjukkan…
• Memberitahu..
• Mencerita…
• Mengarah…
• Mengurus…
• Melatih….
Definisi Pendidikan :
datang daripada perkataan didik,
bermaksud:
• Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu
jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi
menghubungkan murid-murid melalui pemahaman
yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan
itu dikawal baik oleh kaedah tertentu.
Definisi Pendidikan :
datang daripada perkataan didik,
bermaksud:
• Untuk membawa...
• Untuk mengarahkan...
• Untuk memimpin...
• Melatih atau membangunkan pengetahuan,
kemahiran, minda atau watak, terutama oleh
pendidikan formal...
• Untuk mengajar...
• Untuk membentuk dan membangunkan...
Perbezaan antara
Pengajaran dan Pendidikan
• Pengajaran
• Sebahagian dari pendidikan
• Fokus kepada menyampaikan pengetahuan untuk
sesuatu mata pelajaran atau kemahiran.
• Pendidikan
• Pembangunan menyeluruh seseorang
• Melibatkan pemindahan pengetahuan dalam sesuatu
bidang atau kemahiran.
• Memberi perhatian terhadap moral, spiritual dan
pembangunan fizikal seseorang individu.
Adakah mengajar itu
satu cabang sains atau
cabang seni???
Pengajaran : Sains
• Pengajaran melibatkan “perancangan”
• Ciri-ciri perancangan = ciri-ciri sains; seperti
berikut:
• Sistematik, objektif dan Systematic dan objective
• Maklumat dibentang secara tersusun
• Merujuk kepada Davies (1981), cabang sains
dalam pengajaran penting kerana:
• Menerangkan apa yang mesti dilakukan
• Menitik beratkan tentang bagaimana pengajaran dilaksanakan.
Pengajaran : Sains
• Melibatkan elemen berikut:
• Menyaring perkara penting daripada bahan-bahan
yang tidak penting;
• Membuat perkara yang sukar menjadi mudah; dan
• Membuat perkara yang kompleks menjadi mudah
difahami
• Fahaman tentang SAINS penting untuk
menjadi seorang guru – Kenapa?
“Untuk menjadi guru anda perlu mengetahui teknik-
teknik asas dalam pengajaran atau pengetahuan yang
membolehkan anda untuk melakukan kerja”
Pengajaran : Seni
• Guru beraksi/membuat persembahan sambil
menyampaikan pengetahuan
• Pelajar mahu satu pengalaman yang seronok dan
mahu belajar sesuatu yang berfaedah.
• Kesenian dalam pengajaran - tidak boleh diajar.
Bagaimana untuk mengambil alih?
– Diperolehi melalui pengalaman
– Belajar dari pengalaman itu
Guru : Cekap dan Berkesan
• Mematuhi semua prosedur dan langkah
yang perlu diambil
• Memenuhi sebelah sains pengajaran
• Melakukan apa yang difikir betul
• Menitik beratkan bagaimana pengajaran
dilakukan
• Memilih cara yang terbaik melakukan
pengajaran
Guru : Cekap dan Berkesan
• Sentiasa mengukur pengajaran yang telah
dilakukan untuk memastikan pelajar belajar
• Melakukan dengan pendekatan, kaedah,
teknik dan strategi yang betul
• Menitik beratkan kenapa pengajaran itu
dilakukan dan adakah objektifnya berjaya
dicapai
Guru : Cekap dan Berkesan
• Empat kemahiran utama guru yang cekap dan
berkesan (Davies, 1981)
– Sensitif - ertinya menjadi peka terhadap keperluan
pembelajaran dan keperluan orang yang terlibat dalam
pembelajaran.
– Diagnostik - cara dapat menentukan apa yang diperlukan ,
dan apa yang perlu dilakukan
– Pakar - bermakna memilih kaedah pengajaran
-pembelajaran yang betul,
– Fleksibel - fleksibel untuk melaksanakan pengajaran
dalam situasi yang memerlukan perubahan dan berbeza-
beza mengikut rancangan
Pengajaran Yang Baik
• Memerlukan kedua-dua cekap dan berkesan
• Kriteria :
– Bergantung kepada keperluan situasi
– Bergantung kepada keperluan guru
• HASIL PEMBELAJARAN apabila pelajar-
pelajar:
– Memahami subjek yang mereka pelajari
– Boleh aplikasikan apa yang dipelajari dalam
siatuasi baru kehidupan seharian
– Mempunyai keinginan untuk pembelajaran
seterusnya
Peranan Guru
Dua peranan UTAMA guru:
– Peranan mengurus– sebagai pengurus ,
guru bertanggungjawab untuk keadaan di
mana pembelajaran boleh berlaku. Mereka
perlu berusaha untuk mewujudkan keadaan
yang terbaik untuk pembelajaran. Ini adalah
peranan sosial pengajaran.
– Peranan mengajar– tugas yang
berorientasikan pengajaran dimana guru perlu
menyampaikan pengetahuan yang berimpak
dalam pelbagai ilmu.
Peranan Guru
Kawal dan Kaedah
Disiplin pengajaran
Menyusun
Kumpulan Pengurusan
pelajar pengetahuan
KENAPA MENGAJAR….?
• Keinginan untuk bekerja dengan kanak-
kanak atau golongan yang lebih muda
• Suka kepada pengajaran
• Pengaruh guru
• Keinginan memberi perkhidmatan
• Keuntungan fizikal
Tanggungjawab Sebagai Guru
Standard
pembelajaran
Objektif Pengajaran
Proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran. Objektif
pengajaran adalah perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat
oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari.
Objektif pengajaran merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan
prosesnya. Ia juga merujuk kepada perubahan tingkah laku, perolehan dan
penguasan ilmu pengetahuan, nilai serta kemahiran.
Objektif adalah aspek utama yang ditekankan oleh model ini. Sama ada objektif
am atau objektif tingkah laku, kedua-duanya hendaklah dinyatakan dengan jelas,
padat dan mengikut tatacara menuliskan objektif yang sebenar.
Bidang (domain) yang hendak diperkembangkan dalam diri murid-murid harus
dikenali, iaitu sama ada bidang kognitif (mental), afektif atau psikomotor.
Objektif yang ditentukan haruslah sepadan dengan kebolehan dan kemampuan
murid-murid dan bukannya bersesuaian dengan kebolehan guru.
Objektif tersebut hendaklah sesuai iaitu tidak terlalu mudah atau terlalu sukar
sehingga pelajar tidak dapat memainkan peranan mereka dalam proses
pembelajaran.
Aspek masa dan persekitaran juga harus diambil kira apabila memikirkan tentang
objektif.
Model Pengajaran Robert Glaser
Kaedah Mengajar
Komponen ini menekankan strategi tertentu yang
melibatkan satu siri aktiviti secara sistematik dan efektif.
Semua ini biasanya berlandaskan prinsip dan teori-teori
pengajaran dan pembelajaran tertentu.
Model Pengajaran Robert Glaser
Penilaian
Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada murid-
murid telah dapat mencapai objektif yang telah
ditentukan oleh guru atau tidak.
Penilain dilakukan melalui proses bersoal jawab,
pemerhatian, ujian formal atau tidak formal dan
sebagainya.
Hasil penilaian ini akan menyediakan maklumat penting
untuk membolehkan guru mengesan kelemahan dan
kekuatan pengajaran mereka. Ini seterusnya
membolehkan mereka merancang dan memperbaiki
strategi mereka untuk pengajaran yang lebih berkesan.
Model Pengajaran Sim.
Sim beranggapan bahawa proses pengajaran melibatkan
interaksi lima komponen penting :