Anda di halaman 1dari 20

Sekolah anda telah menjayakan Program

Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia dan


Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti
telah dijalankan.

Ceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang


dilaksanakan dalam program tersebut.
Kamu telah menyertai perkhemahan di pinggir hutan
yang dianjurkan oleh pasukan pengakap sekolah kamu.
Ceritakan pengalaman kamu itu.

Gambarkan suasana Hari Usahawan yang


diadakan di sekolah kamu.
Teknik ini, sebenarnya biasa
digunakan. Namun, bagi teknik PTA3P
ini, teknik dijelaskan dengan
menggunakan huruf-huruf dan angka,
agar mudah diingat oleh murid-murid.
PTA3P
P PENDAHULUAN

T TUJUAN

A1 AKTIVITI PERTAMA YANG DILAKSANAKAN

A2 AKTIVITI KEDUA YANG DILAKSANAKAN

A3 AKTIVITI KETIGA YANG DILAKSANAKAN

P PENUTUP
P- PENDAHULUAN
• Nyatakan tarikh program diadakan dan nama
program yang diadakan.
• Siapakah yang mengajurkan program
tersebut?
• Siapakah yang terlibat dalam program
tersebut?
• Siapakah yang merasmikan program
tersebut?
T- TUJUAN

• Nyatakan sekurang-kurangnya, dua tujuan


program.
AKTIVITI 1

• Gunakan penanda wacana,” Antara ...” dan


nyatakan aktiviti pertama yang dilaksanakan.
• Siapa yang layak menyertai aktiviti tersebut?
• Bagaimana penglibatan murid-murid?
AKTIVITI 2

• Gunakan penanda wacana,” Selain itu, ...” dan


nyatakan aktiviti kedua yang dilaksanakan.
• Nyatakan syarat-syarat pertandingan.
• Apakah hadiah yang diberi kepada para
pemenang?
AKTIVITI 3

• Gunakan penanda wacana,” Seterusnya, ...”


dan nyatakan aktiviti ketiga yang dilaksanakan.
• Bagaimana sambutan murid-murid?
• Bagaimana prestasi para peserta dalam aktiviti
tersebut?
PENUTUP

• Nyatakan waktu program tamat.


• Nyatakan perasaan dan harapan murid-
murid.
Contoh bagi setiap
perenggan.
• Soalan :
Sekolah anda telah menjayakan Program Minggu Bahasa
Melayu anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan.

Ceritakan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan


dalam program tersebut.
PENDAHULUAN
Pada 26 September 2020 yang lalu, SK.
Puncak Jaya telah mengadakan Minggu
Bahasa Melayu. Program ini dianjurkan oleh
Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama
Kelab Bahasa. Semua murid terlibat dalam
program ini.
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan, adalah
untuk memupuk minat murid-murid
terhadap subjek Bahasa Melayu. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk
menyerlahkan bakat murid-murid dalam
bidang bahasa.
AKTIVITI 1

Antara aktiviti yang diadakan ialah


pertandingan bercerita. Pertandingan ini
dibuka kepada murid-murid tahap satu sahaja.
Penyertaan murid-murid tahap satu amat
menggalakkan sehingga guru-guru terpaksa
membuat saringan awal.
AKTIVITI 2

Selain itu, pertandingan syarahan juga


diadakan untuk murid-murid di tahap dua.
Syarahan yang disampaikan perlulah bertemakan “
Bahasa Jiwa Bangsa”. Hadiah yang disediakan berupa
wang tunai beserta sijil penyertaan. Tiga hadiah
saguhati turut disediakan.
AKTIVITI 3
Seterusnya, Kuiz Celik Bahasa dan
pertandingan berbalas pantun turut diadakan.
Guru-guru akan memilih dan melatih wakil kelas
masing-masing bagi menyertai pertandingan ini.
Prestasi para peserta amat memberangsangkan kerana
semua peserta bersaing dengan bersungguh-sungguh
untuk memastikan pasukan masing-masing
memperoleh kemenangan.
PENUTUP
Program ini tamat pada pukul 12.00
tengah hari, setelah upacara penyampaian
hadiah diadakan. Semua murid berasa
gembira kerana berpeluang mengikuti
program ini dan berharap program seperti
ini diadakan lagi pada tahun hadapan.
Semoga adik-adik dapat
mengaplikasikan teknik ini...

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai