Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 3

3. Jelaskan dengan memberi contoh:


a) Dua faedah mengimplimentasikan Lesson Study di
sekolah anda.

i) Memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan


profesionalisme guru.
•Pengimplimentasian LS dapat membantu para guru untuk
melihat diri sebagai seorang yang profesional yang mampu
mengubah keadaan dalam kelas dan dalam komuniti yang lebih
besar. Dalam usaha menerapkan budaya lesson Study, para
guru dapat mengubah paradigma selaras konsep pembelajaran
sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini, para guru secara
kolaboratif telah berusaha untuk menghasilkan Rancangan
Pengajaran harian yang bersistematik dan berfokuskan kepada
murid.
ii) Dapat menyediakan RPH yang berfokus kepada
murid.

•Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea,


kemahiran dan juga pengalaman dapat meningkatkan isi
kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.

•Dengan sentiasa membuat perjumpaan dan perbincangan


sekumpulan (LS) para guru dapat memupuk percambahan idea,
perkembangan idea serta kreativiti diri dalam proses pembinaan
RPH secara bersistematik.
b) 3 komponen penting dalam proses Lesson Study.

1.Memberi perspektif yang berbeza berhubung dengan


kerja (lesson) yang telah dilakukan oleh kumpulan
Lesson Study.

• Seorang pakar rujuk atau knowledgeable other (KO) akan


dijemput sebagai pemerhati, pemberi komen dan cadangan
bagi langkah-langkah penambahbaikan RPH. Sebelum itu,
Ketua kumpulan akan memberikan taklimat ringkas kepada
(KO) berkaitan skop pengajaran yang akan dilaksana.
 
• Contohnya, bagi mata pelajaran sains, Ketua kumpulan akan
menjemput GPK kurikulum sebagai (KO) dan memberikan
taklimat ringkas mengenai skop pengajaran yang akan
dilaksanakan pada hari tersebut.
2. Memberi maklumat mengenai isi kandungan, idea

baru dan reforms.

• Memberikan pandangan dan ide aterhadap isi kandungan

pengajaran, idea baru untuk mempertingkatkan lagi kaedah

aktiviti pengajaranguru sertacadangan penambahbaikan bagi

meningkatkan hasil pembelajaran murid.


3. Berkongsi maklumat kumpulan Lesson Study yang
lain.

• Ahli kumpulan membuat Perbincangan secara mendalam dan


fokus kepada pembelajaran murid.
 

Anda mungkin juga menyukai