Anda di halaman 1dari 4

Kelas : 2 Perdana

Masa : 8.15-9.15 pagi

Mata Pelajaran : Matematik

Tajuk : Wang Hingga RM100

Objektif : ( Perdana )Menulis nilai wang dalam perkataan.


( LINUS ) Memadankan nilai wang yang betul.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid dapat:

- Menyebut nilai wang dalam Ringgit Malaysia.


- Mengenal pasti nilai wang dalam Ringgit
Malaysia.
Set induksi :

1) Guru menunjukkan sebungkus nasi lemak untuk


menarik perhatian murid.

2) Guru bersoal jawab dengan murid iaitu dimana boleh


membeli nasi lemak dan menggunakan apa.

3) Murid menjawab soalan guru iaitu wang.

4) Guru mengaitkan dengan kemahiran yang akan diajar


pada hari itu.

Aktiviti :
1) Guru memperkenalkan wang kertas RM1 dan meminta
murid menyatakan nilai wang tersebut.
2) Guru memperbetulkan kesilapan murid sekiranya murid menjawab
dalam bentuk yang salah.Sekiranya murid menjawab betul, .maka guru
mengulangi jawapan tersebut.

3) Guru meminta murid-murid mengulangi sebutan wang dalam


perkataan, iaitu satu ringgit.

4) Guru meminta murid mengeluarkan wang mereka dan tunjukkan


wang tersebut.

5) Langkah1-4 diulangi dengan nilai wang yang berbeza.

6) Guru meletakkan wang kertas di atas meja dan meminta murid


menunjukkan wang kertas tersebut selepas mendengar arahan guru.

Aktiviti Pengukuhan :
1) Guru menyediakan beberapa biji belon. Setiap belon mengandungi
wang dan nilai yang berbeza.
2) Murid diminta secara individu meletupkan belon dan mengambil
wang yang ada didalam belon tersebut .

3) Murid menyebut nilai wang yang tersebut di depan kelas .

4) Aktiviti diulangi dengan murid yang lain.

Aktiviti lembaran kerja:


1) ( LINUS )Murid padankan nilai wang yang sama.
2) ( Perdana ) Murid menulis nilai wang dalam perkataan.

Penutup:
1. Guru menunjukkan semula wang kertas dan meminta murid unutk
menyebutnya.

Anda mungkin juga menyukai