Anda di halaman 1dari 2

APAKAH PENYAKIT ASMA ?

Asma adalah sejenis penyakit kronik yang


diakibatkan oleh radang saluran pernafasan iaitu
keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit
secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran
bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan
tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan
Saluran pernafasan tertentu.
Saluran pernafasan
yang normal kelihatan pasakit asma.
seperti ini.
FAKTOR PENYEBAB
Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang
lain . Antara faktor-faktor penyebab ialah :

  Bulu binatang
  Debu atau habuk
   Perubahan cuaca
  Senaman
  Merokok  dan asap rokok
  Debunga 
  Jangkitan saluran pernafasan
  Makanan / Buah-buahan tertentu
  Tekanan perasaan
  Ubat tertentu
GEJALA - GEJALA PENYAKIT ASMA
  Batuk ( terutama d waktu malam atau semasa cuaca sejuk )
  Susah bernafas ( sesak nafas )
  Nafas berbunyi ( wheezing )
  Rasa ketegangan di dada
KAWALAN ASMA
  Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.

  Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah "  bagi memudahkan anda mengetahui tahap
keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
INGAT !!!
Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;
  Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
  Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan  /  aktiviti harian .
  Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .
  Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .

Anda mungkin juga menyukai