Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN KEBAJIKAN SRI SAKTHI ASHRAM TANGKAK JOHOR

ஶ்ரீ சக்தி ஆஸ்ரம்


( No. Pendaftaran PPM 050-01-22122000 )
Lot 133 , Jalan Bekoh, 84900 Tangkak, Johor.
www.sakthiashram.org / sakthiashram@gmail.com

Ruj Kami :SSA (BB).TGK.04/01/20.1


Tarikh : 4 Februari 2021.

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak

 
Tuan,
 
JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN
Adalah dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas,
 
2 Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Kebakjikan Sri Sakthi
Ashram Tangkak bercadang untuk menjemput pihak tuan bagi mengadakan latihan
kebakaran di persatuan kami.
 
3. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang
cara – cara yang perlu dilakukan oleh murid dan kakitangan persatuan dalam mengadapi
bencana kebakaran di persatuan. Kami memohon pihak tuan mengadakan latihan
kekosongan bangunan.
 
4. Bagi mencapai objektif di atas, pihak tuan dengan hormatnya adalah dijemput untuk
mengadakan latihan tersebut seperti ketetapan berikut:
 
Hari : Ahad
Cadangan Tarikh : 21 atau 28 Februari 2021
Tempat : Lot 133 Jalan Belading Bekoh, 84900 Tangkak, Johor
Masa : Jam 10.00pagi
 
5. Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian 017-3065079.  
Kerjasama pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………….....
SEKHAR A/L MARIMUTTHU
Setiausaha Persatuan Kebajikan
Sri Sakthi Ashram Tangkak Johor

Anda mungkin juga menyukai