Anda di halaman 1dari 17

Kemahiran Membuat Keputusan

CIKGU AZMAL BIN AZWAR


GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TEMENGGONG IBRAHIM
PENGGARAM
 Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mampu
mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran
sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk
kesimpulan atau keputusan yang salah.
 Terdapat empat jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh
seseorang individu semasa berfikir. Ia adalah berfikir secara
kabur, terburu-buru, bercelaru atau berkecamuk dan sempit.
Sambungan…..
 Tigaunsur utama yang membolehkan kita
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan bijak ialah pemikiran kritis, pemikiran
kreatif serta kefahaman dan kejelasan.
Definisi masalah
 Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua perkara
berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita
inginkan.

Konsep Membuat Keputusan dan


Penyelesaian Masalah
- Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar
ganti dengan istilah membuat keputusan
- Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses
penyelesaian masalah
- Untuk menyelesaikan masalah,maka adalah perlu
memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya
melakukannya
MEMBUAT KEPUTUSAN
 Proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak
untuk memilih satu pilihan terbaik dari beberapa pilihan
yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
 Tentulah kita hendak mengelak daripada membuat
keputusan yang merugikan. Justeru, kita tidaklah boleh
berfikir secara terburu-buru. Kita perlu menggunakan
sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan
pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka
anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan
mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tepat, kekal,
dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.
 RobinForgarty & James Bellanca (1990) Teach Them
Thinking  mengkategorikan kemahiran berfikir membuat
keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya
sebagai "making a choice based on reasoned judgement".
Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan
"judging, choosing, selecting".
 Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan
kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
 J  untuk Jot down occasion for decision
 U untuk Use brainstorming for alternatives
 D untuk Decide on best possibilities
 G untuk Gauge positive and negative outcomes
 E untuk Express selection; DECIDE.
LANGKAH-LANGKAH
MEMBUAT KEPUTUSAN
MENGENALPASTI KEPERLUAN ATAU OBJEKTIF MEMBUAT KEPUTUSAN

TELITI PILIHAN-PILIHAN YANG ADA

FIKIRKAN AKIBAT,ALASAN DAN NILAI SETIAP PILIHAN

TENTUKAN PILIHAN YANG TERBAIK BERDASARKAN NILAI DAN KRITERIA

BUAT KEPUTUSAN
MEMBUAT KEPUTUSAN
PILIHAN - PILIHAN
Terus berjalan mendapatkan bantuan
Berehat sementara berkhemah di sini

PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN


Berkhemah di sini

AKIBAT ALASAN/KESAN NILAI


Dapat berehat tidak meneruskan penting +
perjalanan
Ancaman binatang buas hutan ada binatang buas penting -
Gangguan makhluk halus tempat gelap dan tiada org. tak penting –
Pulihkan tenaga dapat merehat dan makan penting +
Boleh merancang tenteram penting +

KRITERIA

Keselamatan

KEPUTUSAN

Keputusan hanya boleh dibuat setelah mempertimbangkan


semua pilihan di atas
MENYELESAIKAN
MASALAH
 Satu proses menangani suatu situasi bermasalah
 Wrekelgram(1974) menyatakan menyelesaikan masalah adalah satu usaha
untuk mencapai matlamat atau keadaan khusus yang diingini.
 Van Dijk dan Kintsch(1983) menyatakan penyelesaian masalah berlaku
apabila ia melibatkan langkah-langkah serta operasi mental.
 Rumusan – proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang
dihadapi berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
 Menyelesaikan sesuatu  masalah  boleh menjadi cabaran
kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah
akan menimbulkan keseronokan.
 Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah
sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak
menyenangkan.
 Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil
kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan
negatif, maka pilihan itu hendaklah dipertimbangkan semula
ataupun ditolak.
LANGKAH MENYELESAIKAN
MENYEDARI MASALAH
MASALAH
MEMAHAMI MASALAH

MENEROKA PILIHAN PENYELESAIAN

MENINJAU KESAN AKIBAT PILIHAN MASALAH

MEMILIH PILIHAN TERBAIK SEBAGAI PENYELESAIAN - TINDAKAN


MENYELESAIKAN MASALAH
MASALAH:

KEMUNGKINAN PILIHAN – PILIHAN PENYELESAIAN

PILIHAN YANG DIPERTIMBANGKAN

KESAN SOKONG / TIDAK NILAI


APA AKAN BERLAKU JIKA PENTING ATAU TIDAK
PILIHAN INI DIAMBIL KESAN ITU. MENGAPA?

PENYELESAIAN BARU

UBAHSUAI CARA PENYELESAIAN YANG PERLU UNTUK MENGELAKKAN MASALAH


Perbezaan MK dan PM
 Contoh :Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah
anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah?
Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk
mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian
tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana
saiznya terlalu besar.
Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.
 Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait
rapat dengan menyelesaikan masalah.
Kebaikan membuat keputusan yang tepat
dan penyelesaian masalah yang baik
 Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah
dengan lebih baik
 Mengurangkan tekanan
 Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk
menyelesaikan masalah dengan membuahkan hasil yang lebih
baik
 Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga
kerja dan kewangan
“ Satulagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi
Pendidikan ialah Kemahiran Berfikir (KB). Berfikir adalah
satu kemahiran dan bukan kebolehan semulajadi. Kepintaran
atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran berfikir
sekiranya ia tidak mempunyai kemahiran itu”

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993


Wawasan Pend. Agenda Pengisian
“ Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa
yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan
sepenuhnya apa yang berada diantara dua telinga kita, yakni
minda kita, bukan apa yang berada diantara dua bahu kita,
iaitu kekuatan, atau apa yang berada diantara dua tapak kaki
kita, iaitu sumber semulajadi”
Dipetik daripada ucapan
Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,
( Sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 06/02/96 )

Anda mungkin juga menyukai