Anda di halaman 1dari 20

BMOC F2

BAHASA MELAYU
HARI: SELASA 15/12/20
MASA: 12.00- 1.00 PETANG
TATABAHASA

TAJUK :
AYAT SUSUNAN BIASA DAN
AYAT SUSUNAN SONGSANG

Nama Guru:
• Pn. Zuriana bt Zulkifli
Susunan Ayat
 1)susunan biasa
 2)susunan songsang
Ayat Susunan Biasa
- Ayat biasa yang mempunyai susunan
biasa dipanggil:
Ayat Biasa.

- Dalam ayat biasa,


susunan subjeknya mendahului
predikat.
Ayat Susunan Songsang
- Ayat songsang ialah susunan ayat
yang predikatnya telah
dikedepankan, iaitu mendahului
subjek.

- Tujuan membawa bahagian


predikat ke hadapan ayat adalah
untuk memberi penegasan
Ayat Biasa Ayat Songsang

Subjek + Predikat Predikat + Subjek


Ayat Penyata

Ayat Biasa Ayat Songsang


Subjek Predikat Predikat Subjek
Kakak Fatin seorang guru Seorang guru kakak Fatin
Rumah berhampiran Berhampiran rumah mereka
mereka sekolah sekolah
Kawan-kawan sangat Sangat kawan-kawan
saya peramah peramah saya
Ayat Tanya
Ayat Biasa Ayat Songsang
Subjek Predikat Predikat Subjek
Pemuda itu siapa? Siapakah pemuda itu?
Buah- dari mana? Dari manakah buah-buahan
buahan itu itu?
Negara kita bila? Bilakah negara kita
merdeka merdeka?
Ayat Pasif
Ayat Biasa Ayat Songsang
Subjek Predikat Predikat Subjek
Daun-daun sudah saya Sudah saya daun-daun
kering itu sapu. sapu kering itu.
Baju baru itu belum Belum baju baru itu.
bergosok. bergosok
Luka pada sudah dibalut Sudah dibalut luka pada
lututnya oleh Kamil oleh Kamil lututnya.
Ayat Songsang
- Dalam bahasa Melayu ada dua
proses mendepankan predikat
dalam ayat songsang.

-i. mendepankan seluruh


predikat.
-ii. mendepankan sebahagian
daripada predikat.
-i. mendepankan seluruh predikat.

Contoh:
i. Kerja itu selesai juga akhirnya.
ii. Sikap budak yang rajin itu sangat baik.
iii. Pegawai saya belum sampai lagi.

menjadi:
i. Selesai juga akhirnya kerja itu.
ii. Sangat baik sikap budak yang rajin itu .
iii. Belum sampai lagi pegawai saya
ii. pendepanan sebahagian daripada predikat

- bahagian-bahagian daripada
predikat boleh mengalami proses
pendepanan secara:
i. pendepanan frasa kerja
ii. pendepanan frasa adjektif
iii. pendepanan frasa sendi nama
ii. pendepanan sebahagian daripada predikat
i a.pendepanan frasa kerja sahaja
Contoh:
i. Anak-anak saya berkejar-kejaran di padang
basah.
ii. Hati saya terkilan tadi mendengar ceritanya.
iii. Wanita itu duduk di situ.

menjadi:
i. Berkejar-kejaran anak-anak saya / di padang basah.
ii. Terkilan hati saya / tadi mendengar ceritanya.
iii. Duduk wanita itu / di situ.
b. pendepanan frasa kerja + Objek
Contoh:
i. Dia membaca buku cerita di biliknya.
ii. Hatiku terpaut kasih oleh senyumannya.
iii. Budak di kampung itu kena pukul tadi.

menjadi:
i. Membaca buku cerita dia / di biliknya.
ii. Terpaut kasih hatiku / oleh senyumannya.
iii. Kena pukul budak di kampung itu / tadi.
c. pendepanan kata bantu + frasa kerja
Contoh:
i. Pelajar-pelajar itu masih tidur di bilik.
ii. Mereka akan pergi ke Pangkor esok.
iii. Keluarga Pak Agos pernah melancong ke
Paris.

menjadi:
i. Masih tidur pelajar-pelajar itu / di bilik.
ii. Akan pergi mereka ke Pangkor / esok.
iii. Pernah melancong keluarga Pak Agos /ke Paris.
b. pendepanan frasa adjektif
i a.pendepanan frasa adjektif sahaja
Contoh:
i. Totoi sakit pada masa kami melawatnya.
ii. Badan kami lesu sepanjang hari.
iii. Jawapan Budin betul bagi semua soalan.

menjadi:
i. Sakit Totoi / pada masa kami melawatnya.
ii. Lesu badan kami / sepanjang hari.
iii. Betul jawapan Budin / bagi semua soalan.
b. pendepanan kata bantu + frasa adjektif

Contoh:
i. Buah ciku itu belum masak lagi.
ii. Rumah saya masih teguh lagi.
iii. Pesakit di katil nombor 5 itu sedang sakit.

menjadi:
i. Belum masak lagi buah ciku itu.
ii. Masih teguh lagi rumah saya.
iii. Sedang sakit pesakit di katil nombor 5 itu.
iii. a. pendepanan frasa sendi nama

Contoh:
i. Arahan itu daripada pengetua.
ii. Barang jahitan itu untuk ibu.
iii. Dia di Universiti Malaya belajar perakaunan.

menjadi:
i. Daripada pengetua / arahan itu.
ii. Untuk ibu / barang jahitan itu.
iii. Di Universiti Malaya / dia belajar perakaunan.
b. pendepanan frasa sendi nama sebagai
keterangan dalam predikat
Contoh:
i. Saya sentiasa berpegang pada janji yang
dimeterai.
ii. Ali akan menghadiri kursus pada hujung
minggu ini.
iii. Tan menelaah untuk peperiksaan pada akhir
tahun ini.
menjadi:
i. Pada janji yang dimeterai / saya sentiasa berpegang.
ii. Pada hujung minggu ini / Ali akan menghadiri kursus.
iii. Untuk peperiksaan pada akhir tahun ini /
Tan menelaah.

Anda mungkin juga menyukai