Anda di halaman 1dari 14

Jelaskan cara bagaimana guru dapat

merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang


hayat dan kepentingannya dalam meningkatkan
daya keprofesionalan kendiri .
Nama : Grace Tiong Lik Ying
Goh Wen Khang
Joey Yong Jo Yi
Ling Pei Wen
Konsep pembelajaran sepanjang hayat(PSH)
• Bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu
secara sukarela berdasarkan keperluan personal ataupun professional.

• Boleh berlaku secara formal / tidak formal.

• Guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran sejajar dengan


perubahan dan cabaran semasa.

• Era globalisasi menuntut setiap guru menguasai ilmu dan kemahiran


dalam bidang TMK.
• Setiap guru perlu merancang pelan pembelajaran kendiri dalam
usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.

• Satu budaya yang mendukung pendidikan untuk berlaku secara


berterusan.

• Memberi penekanan pendidikan tidak hanya terhad di sekolah atau


kepada sesuatu bidang atau bagi sesuatu peringkat umur sahaja.

• Tetapi lebih jelas lagi PSH merangkumi sistem, kaedah, alat reka
bentuk dan proses yang bersabit dengan penyediaan individu bagi
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran berterusan.
Bagaimana Malaysia merealisasikan konsep
PSH?
• Kerajaan Malaysia mengambil tindakan proaktif dengan menggubal
dasar dan meletakkan komponen PSH sebagai laras utama dalam
perancangan pembangunan negara .

• Konsep PSH merangkumi proses pendemokrasian pendidikan iaitu


peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu tanpa
mengira kelas sosial, umur dan jantina .
• Cara pendekatan dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelajar
sama ada secara kursus atau pos .

• Tawaran PSH oleh IPT tempatan seperti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) ,
pendidikan fleksibel , pengiktirafan pengalaman bekerja dan
penawaran kursus jangka pendek bagi peningkatan pembangunan
dan kemahiran diri .
Kepentingan PSH
• Membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang
sepatutnya untuk membolehkan mereka mengambil bahagian secara
cergas untuk memperolehi ilmu baru.

• Paul Lengrand ( Pengawai Pertubuhan Pendidikan Unesco) ,


menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya berhenti pada usia
kanak-kanak / remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu sepanjang
hayatnya
• Memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar
dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh
seseorang individu masyarakat dan juga negara .

• Memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru


yang sejajar dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi dari satu
masa ke satu masa .

• Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

• Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri bagi menimba ilmu


pengetahuan secara berterusan.
Cara guru merealisasikan konsep PSH
• Antara program pembelajaran sepanjang hayat adalah menghadiri seminar dan
bengkel.

• Menyertai kursus-kursus pendek dan panjang.

• Terlibat dalam konferensi , budaya membaca, menjalankan penyelidikan,


mengadakan lawatan ke sekolah dan lawatan penanda aras, turut serta dalam
projek-projek yang dikendalikan oleh komuniti dan kementerian .

• Aktif dalam pertubuhan dan persatuan akademik seperti Matematik, Sejarah, BM


dan Geografi
• Guru juga boleh membuat pendidikan lanjutan yang berkonsep formal
dan dijalankan di institutsi pengajian tinggi .

• Selain itu , latihan dalam perkhidmatan (LDP)(job training) yang


berkonsep formal atau tidak , bagi meningkatkan profesionalisme dan
kemahiran melalui bengkel / kursus yang dianjurkan oleh organisasi.

• Pembelajaran maya yang berasaskan pembelajaran kendiri


menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian juga dapat
membantu guru merealisasikan konsep PSH.
• Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat berkesan
dalam PSH .

• Menerusi penyelidikan guru dapat mula berfikir dan merancang serta


dapat melakukan tinjauan dengan membaca pelbagai bahan terutama
hasil dapatan kajian pihak lain .
Kepentingan dalam meningkatkan daya
keprofesionalan kendiri .
• Menambah ilmu pengetahuan dalam kendiri.

• Supaya guru dapat memperbaharui pengetahuan dan kemahiran


kerana teknologi kini kian berkembang.

• Dalam alam pekerjaan yang bercirikan teknologi tinggi dan sering


berubah, didapati tempat kerja telah dijadikan sebagai persekitaran
pembelajaran untuk pembangunan sumber manusia.
• Supaya membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima
perubahan melalui pembelajaran berterusan.

• Supaya guru dapat bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal.

• Supaya guru menjadi lebih kreatif, kritis dan inovatif untuk


menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif,
menarik dan menyeronokkan.
• Membolehkan ilmu seseorang guru lebih dinamik serta dapat
menyampaikan banyak maklumat kepada murid.

• Penyampaian maklumat tentang ilmu akan mewujudkan keyakinan


dan kebolehpercayaan pelajaran terhadap seseorang guru.

• Memperoleh minat dan rajin membaca dengan tujuan menambah


ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri.
SEKIAN TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai