Anda di halaman 1dari 41

PEMBENTUKAN

KELUARGA DALAM
ISLAM DAN
Syafiq

Fadhil

PEMILIHAN JODOH
•Wawe
•Piji
•Aliff Afifi
•Anis
•Nora
•Aziah
•Hanan
•Auni
Keluarga Sakinah
Firman Allah SWT:
 Yang Bermaksud :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri)
perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)
 Hidup berkeluarga adalah kehendak
semulajadi manusia.
 Setiap orang akan berusaha untuk
mendapat pasangan hidup yang ideal
(sesuai) dengannya bagi menjamin
keharmonian hidup berkeluarga.
 Pembinaan sesebuah keluarga bermula
dari perkahwinan.
 Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup
keutamaan hendaklah berpandu kepada
garis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah S.A.W..

 Ertinya : "Dikahwini perempuan itu


kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya,
kerana kecantikannya dan kerana
agamanya. Utamakanlah yang
berugama nescaya kamu jadi
tenteram."
Tujuan Berkahwin
 Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat
yang besar ia adalah sunnah nabi Muhammad
SAW.
 Di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat,
tidak sama dengan fahaman dan pegangan
ugama-ugama lain seperti kristian, budha dan
lain-lain yang mana para pembesar ugamanya
tidak berkahwin kerana mereka percaya
berkahwin bukan ibadat.
 Sedangkan berkahwin mempunyai tujuan yang
murni indah.
Contoh:
 1) Menghindarkan dari berlaku maksiat zina
sebagaimana sabda Rasulullah SAW.

 Ertinya :
"Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu
berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir
batin maka hendaklah kamu berkahwin, maka
sesungguhnya perkahwinan itu dapat memejamkan
mata (mengelak dari melakukan maksiat) dan
memelihara kehormatan dan mereka yang tidak
berkuasa maka hendaklah ia berpuasa kerana
sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi
perisai baginya."
 2. Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan anak
adam sesuai dengan manusia sebagai khalifah di muka
bumi.

 3. Menyempurnakan tuntutan kelamin (seks) mengikut


hukum Islam.

 4. Mengelak dari penyakit yang berpunca dari


hubungan jenis yang tidak seimbang (seperti siflis, aids,
dan lain-lain)

 5. Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang


aman damai.

 6. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.


KEBAIKAN DARI PERKAHWINAN
 Perkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan
perempuan, tali yang dapat mempereratkan kasih sayang,
cinta abadi, melahirkan perasaan bertimbang rasa dan
bertanggungjawab serta dapat membina sebuah mahligai
rumah tangga yang aman damai dan bahagia.

 Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan


jahat dan curang serta membenteras dan menghapuskan
segala nafsu kehaiwanan dan persundalan penjenayah zina
disenaraikan sebagai penceroboh yang amat keji dan
merbahaya yang mana amalan perzinaan boleh membawa
kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya boleh
menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.
 Agama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti
yang luhur, menghalang dari kerosakkan moral terus
bermaharajalela dengan penyakit zina yang mana melalui penyakit
itu boleh melahirkan satu generasi yang biadap dan tidak bermoral.

 Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak yang dilahirkan


dari proses zina. Kerana mereka tidak mendapat pengawasan dan
pengawalan yang sewajar dari kedua ibu bapanya, tidak mendapt
asuhan dan didikan yang sempurna seperti anak-anak lain yang
mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab.

 Akhirnya hidup mereka terbiar tanpa teguran dan ajaran, bagaikan


telah dibunuh hati nurani mereka, hidup di dalam keadaan frust dan
melarat tanpa pembelaan dari mana-mana pihak. Di dalam erti kata
yang lain bahawa anak-anak dilahirkan secara haram boleh
menimbulkan beraneka bentuk masalah yang sukar diatasi dan
menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.
HUKUM KAHWIN
 Berkahwin hukumnya mengikut keadaan seseorang itu :

 Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak yang
mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya ke lembah
maksiat zina.

 Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan
mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.

 Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu dari
segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka Rasulullah SAW
menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.

 Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi


berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat terhadap
bakal isterinya.
PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN
 Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu
mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami
atau isteri , bapa atau ibu.

 Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang


hendak berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal
isterinya, nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam
golongan nafkah iaitu tempat kediaman yang sesuai dan
pakaian.

 Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang


berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk,
iddah dan sebagainya.
CARA MEMILIH JODOH
 Garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang
diutarakan oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan
yang berugama.

 Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan


bahawa seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula
kerana keturunannya.

 Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula
yang memilih kerana agamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan
kepada yang berugama, kerana yang mempunyai pegangan ugama yang
kukuh menjamin kebahagiaan yang sejati.

 Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai ugama tidak
menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan
kesulitan.
KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI
 Suami adalah payung kepada sebuah keluarga, dialah
juga nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga,
oleh itu suami mestilah mengetahui serta
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isterinya.

 Di antara tanggungjawab ialah:

 > Bergaul dengan cara yang baik serta memimpin dan


memberi perlindungan terhadap isteri dan keluarganya.

 > Melahir dan memberi kasih sayang yang sejati serta


tidak menyakiti isteri.
 > Menghormati dan menjaga rahsia dan
keaifan isteri serta menjauhkan perasaan
cemburu yang membabi buta.

 > Berlaku adil dalam memberi nafkah dan


menolong isteri di dalam kesempitan dan
kesusahan.

 > Membantu isteri di dalam tugas-tugas


menjaga dan mengasuh anak. Sabar di atas
kelemahan isteri.

 > Memberi kebebasan berfikir kepada isteri.


 > Memberi nasihat kepada isteri sekiranya ia melakukan
kesalahan dan bertindaklah mengikut hukum syarak
sekiranya nasihat itu tidak diendahkan.

 > Memberi bimbingan dan pengajaran ugama dan


membenarkannya mendapat pengajaran ugama
sekiranya ia tidak mampu memberi pengajaran agama.

 > Berlaku adil di antara isteri-isterinya bagi yang


berpoligami.

 > Bijaksana ketika timbul perselisihan dengan isteri dan


hendaklah suami mengendalikannya dengan penuh
cermat dan ajaran-ajaran yang baik serta menahan diri
jangan terlalu ikut perasaan hati.
KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI
 Isteri ialah orang terpenting bagi pembantu dan menolong
tugas-tugas dan peranan suami dan ada kalanya isteri
terpaksa mengambil alih tugas suami ketika ketiadaannya. Di
antara tugas dan tanggungjawabnya ialah :

 > Hormat dan taat kepada suami.

 > Membantu suami di dalam mengurus rumah tangga dan


mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.

 > Bermanis muka ketika berhadapan dengan suami.

 > Menghargai pemberian suami walaupun sedikit.


 > Berjimat cermat di dalam perbelanjaan serta sederhana
dalam penghidupan.

 > Menjaga rahsia suami dan rumahtangga.

 > Menjaga keaifan dan maruah suami. Memelihara dan


menjaga keaifan diri sendiri.

 > Mengurus dan mengatur rumahtangga serta memelihara


hubungan kekeluargaan.

 > Bersabar di dalam menghadapi masalah-masalah yang


timbul di dalam kehidupan berumahtangga.

 > Mengadakan hubungan-hubungan keluar hendaklah


dengan persetujuan dan izin suami.
KEWAJIPAN BERSAMA
Suami isteri adalah bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan
rumahtangga, oleh itu mereka berdua mempunyai kewajipan bersama
diantara kewajipannya ialah :

> Kedua belah pihak hendaklah saling hormat-menghormati dan tolong-


menolong.

> Saling percaya dan mempercayai diantara satu sama lain.

> Mengelakkan dari melahirkan rahsia masing-masing dan juga keaifan


yang mungkin timbul dari mana-mana pihak walau di waktu berlaku salah
faham dan perbalahan. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan luar,
halusi dan periksa dengan teliti terlebih dahulu.

> Jauhi dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada salah faham.
> Rela berkorban untuk kebahagian rumah tangga. Kedua belah
pihak hendaklah bersabar di atas kelemahan dan kekurangan yang
timbul sama ada dari pihak suami ataupun isteri. Hendaklah
berbincang dan membuat perundingan di dalam sesuatu masalah.

> Sama-sama bertanggungjawab memimpin dan mendidik anak.


Kedua belah pihak hendaklah sanggup menerima teguran dan
nasihat dari pihak yang lain dan begitu juga hendaklah sama-sama
memberi nasihat dan teguran demi kebaikan bersama.

> Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti


disempurnakan oleh suami isteri adalah merupakan asas yang teguh
yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga, Rasulullah SAW
bersabda pada "Hujjatul Wida'" Ertinya : "Jaga ! Sesungguhnya
kamu ada mempunyai hak ke atas isteri kamu dan demikian pula
isteri-isteri kamu kamu terhadap kamu sendiri." .
Selain dari itu Islam telah menentukan kelebihan lelaki di atas
perempuan kerana beberapa faktor yang tertentu seperti maksud
firman Allah SWT :

"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti kewajipan


yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang
sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu
darjah kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri) yakni
sebagaimana seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami
yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si suami juga
menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan
cara yang baik."

Dan firmanNya lagi : "Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin


dan pengawal kepada tanggungjawab di atas perempuan-
perempuan (isteri) disebabkan Allah telah melebihkan orang-
orang lelaki ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana
orang-orang lelaki itu memberi nafkah (kepada isterinya)."
PERGAULAN YANG BAIK
Perkara yang amat penting di dalam membina kebahagian rumah tangga ialah cara
pergaulan yang baik, letakkan segala harapan di atas kerukunan rumahtangga,
Rasulullah SAW telah memberi kita banyak panduan tentang pergaulan di dalam
kehidupan berumah tangga baginda tidak pernah bermasam muka dengan isteri-isteri
baginda. Baginda sendiri yang menjahit kasut baginda manakala terkoyak. Di dalam
soal kebaikan ini Rasulullah SAW pernah bersabda : Ertinya : "Sebaik-baik kamu bagi
ahlinya dan aku sebaik-baik bagi ahliku."

Di dalam pergaulan harian di antara suami isteri mungkin ada ketika tergeser sekali
sekala. Maka soal mengatasinya hendaklah berpandukan kepada hukum Islam. Di
dalam hubungan ini Allah SWT. berfirman : Ertinya : "Dan perempuan-perempuan
yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (Nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka dari tempat tidur
dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan
yang bertujuan mengajar) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya
Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
 Para isteri wajib menjaga maruah dirinya samada di hadapan suami atau
semasa ketiadaannya dan juga menjaga maruah dan kemuliaan suaminya.
Bergaullah dengan suami dengan penuh kasih sayang, turutilah segala
perintah dan kehendaknya selama mana perintahnya tidak bercanggah
dengan hukum syarak. Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda :

Ertinya : "Sekiranya aku diperintah akan seseorang supaya menyembah


seseorang yang lain nescaya aku menyuruh perempuan menyembah akan
suaminya."

 Isteri adalah ratu rumah tangga bagi suami, dialah tempat untuk
melepaskan kerisauan oleh itu jagalah keperibadian sebagai seorang isteri
yang solehah. Rasulullah SAW bersabda :

Ertinya : "Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat


kepadanya membuat engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya
sesuatu ia menuruti engkau dan apabila engkau tiada di sampingnya dia
menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya.“.
TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA
TERHADAP ANAK-ANAK
 Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan terhadap dua ibu bapa
supaya mengasuh, mendidik dan memberi pengajaran yang sempurna, di antara
tanggungjawabnya ialah :

> Membantu keperibadian anak bermula dari cara memilih isteri sebagai bakal ibu
kepada anak-anaknya dari perempuan yang solehah, perempuan yang berugama.

> Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri hendaklah sentiasa memohon
perlindungan dari Allah supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan
taufik Allah dengan didahului doa sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW :
Ertinya : "Ya Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah syaitan ke atas apa
(anak) kurniaan Engkau kepada kami."

> Azan dan Iqamah semasa anak mula lahir dari kandungan ibu.

> Menyusu dengan susuan ibunya sendiri.


> Mengadakan aqiqah, bercukur dan memberi nama yang
elok pada hari ketujuh.

> Berkhatan sama ada anak lelaki dan perempuan.

> Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.

> Memberi pelajaran dunia dan akhirat.

> Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.

> Selalulah berunding, berbincang serta memberi nasihat


yang berguna tanpa paksaan yang melulu. Rasulullah SAW
bersabda : Ertinya : "Muliakanlah olehmu anak-anak kamu
dan perelokkan tingkah-laku mereka."
KESIMPULANNYA
 Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang
paling teguh dan betul mengikut Islam serta yang dapat memenuhi
ciri-ciri dan kehendak syariat Islam.

 Dengan terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk


membina sebuah istana keluarga akan mendapat kejayaan di samping
mendapat rahmat dan nikmat dari Allah SWT. Semua pihak akan dapat
menikmati kebahagian dan kerukunan rumahtangga.

 Sesuai dengan firman Allah SWT : Ertinya : "Supaya kamu bersenang


hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan diantara kamu
(suami isteri)) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
 (Dipetik dan disusun oleh :Haji Othman Haji Ahmad Pegawai Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan).
PEMILIHAN JODOH DALAM ISLAM
 Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana
hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan
agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana nanti
engkau akan beruntung." - riwayat bukhari dan Muslim

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa


biasanya orang mengahwini wanita kerana empat
perkara:
 . Harta
 . Kecantikkan
 . Keturunan
 . Agama
 Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w menegaskan
agar memilih kerana agamanya.

 Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana hartanya,


ia akan ditinggalkan setelah mati.

 Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua.

 Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin kemuliaan di


sisi Allah.

 Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh


keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat isteri yang
punya kecantikan hakiki (batin) dan membuka peluang
istimewa untuk berada di sisi Allah sebagai insan yang mulia.
 Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih
menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh.
 Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita
mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan
sama sekali.
 Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian
barulah yang lain-lain.

 Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w


telah bersabda: "Hendaklah kamu memperoleh hati yang
berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang
mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan
akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu
Hajar
MEMILIH LELAKI
 Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki
yang soleh yang mempunyai pendidikan 
agama yang sempurna serta berpegang
teguh dengan ajaran Islam.
 Seorang yang tajam fikirannya, bijak
menyelesaikan masalah, mempunyai
sifat-sifat yang mulia,  seorang yang
penyayang, suka memberi dan
menerima, bertolak ansur dan mengambil
berat terhadap keluarganya.
 MEMILIH PEREMPUAN
 Di antara yang disunatkan dan digalakkan
memilih perempuan untuk dipinang ialah :
1. Zuriat yang banyak
-Memilih perempuan yang boleh
mendatangkan zuriat yang banyak
memanglah digalakkan oleh Islam.  Di
sini boleh diperhatikan dari sudut
keluarganya (keturunannya) di samping
kesuburan tubuh badan  di mana tidak
menghalang  ianya hamil.  Selain itu,
umur juga boleh diambil kira bagi
mengekalkan zuriat yang banyak.
2. Anak gadis / bujang
-Pemilihan anak gadis amat dititik
beratkan kerana di mana usia gadis,
kurang bebanan peribadi. 
Segalanya-galanya serba baru,
dapat mengeratkan kasih sayang
tanpa gangguan.  Tenaga yang
masih muda dapat memberi
sepenuh masa untuk suami.  Walau
bagaimanapun, memilih seorang
janda juga digalakkan sekiranya di
sana ada tujuan yang baik untuk
memilihnya..
3. Sedikit mas kahwin
 -Perempuan yang menjadi pilihan
adalah sedikit belanja mas kahwinnya
di mana mudah bagi pihak lelaki
menjelaskannya dan sesuai dengan
tuntutan Islam.  Sekiranya terlalu besar
mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi
keberatan bagi lelaki malah boleh
memberi kesan yang negatif di masa
akan datang.
 Bukan hubungan keluarga
Pemilihan ini bagi meluaskan skop
keturunan di mana keluarga akan
bertambah ramai lagi dan mental
sesebuah keluarga itu boleh
mempengaruhi hidup.  Lebih-lebih lagi
perhubungan sebuah keluarga dengan 
keluarga dalam menemukan jodoh.
 Baligh
Memilih perempuan biarlah ianya
sudah cukup umur (baligh) di mana
dapat memahami ertu perkahwinan,
berfikir secara orang dewasa,
kurang memberi tunjuk ajar, tidak 
mudah merajuk dan juga boleh
hamil.
 Akal yang sempurna
Memilih akal yang sempurna ialah
berfikir  secara seorang  muslim yang
soleh, gemar membaca Al-Quran serta
memahaminya,  mengetahui hala dan
haram, banyak bersabar, bertindak
dengan adil dan juga menghormati hak
dirinya dan hak orang lain.
 Sesuai (kufu)
Persesuaian  adalah diperlukan untuk
memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi
dalam dunia moden ini di mana wanita
mempunyai kedudukan yang agak  sama
dengan kaum lelaki malah terdapat lebih
dari lelaki.  Hal ini kadangkala menjadi isu
besar di kalangan ibu dan bapa hari ini,  
kononya anak perempuannya tidak sesuai
berkahwin.  Tetapi dalam masa yang sama 
juga mereka  telah keluar dan bebas
bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.
 Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. dari
Rasulullah s.a.w. sabdanya:

"Dunia adalah kesenangan, dan


sebaik-baik kesenangan ialah wanita
yang solehah."
- riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu
Majah -
 Allah SWT yang bermaksud: "Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki mahupun
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka
dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah
Maha
Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui".
(an-Nur: 32)
Sekian terima kasih.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai