Anda di halaman 1dari 32

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

PENGENALAN
Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Acuan
Malaysia
OM
SLIDESMANIA.C
Sinopsis
Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat dan negara, namun tahap
penghayatannya berbeza-beza diantara individu, kumpulan dan negara. Hal sedemikian
kerana pengahayatan etika dan peradaban dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur
sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia
boleh dihuraikan dan difahami menerusi kerangka pemikiran dan analisis yang diadun oleh
tiga pasak, iaitu sejarah, struktur sosial dan biografi tertentu, dan dalam kontek Malaysia
dinyatakan sebagai mengikut ‘acuan Malaysia’. Susur masa evolusi sejarah Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga yang utama, iaitu Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial (PrK-
Kol-PcK). Era pra-kolonial merupakan susur masa terpanjang bermula peradaban Alam
Melayu, sebelum diubahsuai mengikut selera penjajah (kolonial) selama lebih 400 tahun.
Gabungan kedua-dua bentuk etika, tempatan dan barat tersebut, telah tergarap pada era
pascakolonial yang pula tersulam dalam acuan Malaysia. Penekanan kepada ‘penghayatan’
mengundang kita mengupas secara terfokus terhadap idea, proses dan praktis etika dan
OM
SLIDESMANIA.C

peradaban dalam masyarakat Malaysia, dulu dan sekarang. Inilah kekuatan Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban (KPE&P).
Sinopsis:
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia
Memahami Etika (pembentukan berasas susur masa) Menghayati Etika dan Peradaban Acuan Malaysia

•• Adab
Adab
Prakolonial
Prakolonial telah ada
•• Adat
Adat Istiadat
Istiadat
(tempatan)
(tempatan) •• Adat Sejarah
Sejarah
Adat Resam
Resam membentuk &
mentakrif
++ Biografi
Biografi
tersulam •• Individu
Individu
•• Etika
Etika
Kolonial
Kolonial datang
••
•• Keluarg
Keluarg
Etos
Etos aa
(moden)
(moden) •• Etiket
Etiket •• Komunit
Komunit
Struktur
Struktur Sosial
Sosial ii
•• Masyarakat
Masyarakat membentuk &
mentakrif
•• Negara
Negara
Pascakolonial
Pascakolonial Bercampu Etika
Etika Moden
Moden (Adab,
(Adab,
r gaul •• Pasaran
Pasaran
(gabungan)
(gabungan) Adat
Adat Istiadat,
Istiadat, Adat
Adat
Resam,
Resam, Etika,
Etika, Etos,
Etos,
OM
SLIDESMANIA.C

Etiket)
Etiket)
Objektif
Membina kerangka pemikiran
dan analisis penghayatan etika
dan peradaban.

https:/
living- /worldocea
he-str with-the-co nreview.co
g-met ait-of-mala asts/coastam/en/wor-5
ropolis cca-a-
/ historicl-functions/ /
al-ship t
pin
OM
SLIDESMANIA.C
Hasil Pembelajaran
• Menjelaskan konsep etika dan peradaban.
• Membincangkan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban.
• Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara.
OM
SLIDESMANIA.C
Kandungan
1. Pengenalan Etika dan Peradaban.
2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial.
3. Kerangka menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui sejarah, struktur
sosial dan biografi (riwayat).
4. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat individu, keluarga, komuniti, dan
masyarakat (lokal dan global).
5. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks masyarakat, negara dan pasaran.
6. Sumber etika dan peradaban.
OM
SLIDESMANIA.C
1. Pengenalan Etika dan Peradaban
● Etika dan peradaban penting dalam
sesebuah masyarakat supaya:

○ berkeperibadian tinggi;

○ saling menghormati;

○ hidup harmoni;

○ membina negara bangsa

○ kesinambungan dan kelestarian


negara; dan
OM
SLIDESMANIA.C

○ lain-lain.
ETIKA

● Juga dikenali sebagai akhlak, moral, norma kehidupan, sikap, keperibadian, watak dan
keyakinan terhadap sesuatu.
● Etika dibentuk oleh pelbagai kebiasaan, budaya dan sistem nilai yang diyakini oleh
individu dan dikongsi bersama.
● Penghayatan etika dan peradaban yang terbaik oleh individu memanfaatkan dirinya
sendiri, masyarakat, negara dan dunia.
● Individu atau warga sesebuah komuniti, masyarakat atau negara akan menjadi duta
kepada kumpulannya.
● Karya Plato “Republic”merupakan karya paling awal yang secara langsung
membincangkan etika dan peradaban, iaitu pada sekitartahun 380BC.
OM
SLIDESMANIA.C
Etika
• [Bahasa] prinsip moral atau nilai-
nilai akhlak (adat sopan santun dsb)
yg menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan
manusia. ((Kamus Pelajar Edisi
Kedua). https://pre
z i.com/p/v
8t0mlpux
• [Sosiologi] satu standard ln0/nursin
g-ethic/

menyeluruh mengenai benar atau


salah yang menjelaskan apa yang
sebenarnya perlu dilakukan oleh
manusia dalam konteks apa yang
benar, tanggungjawab, manfaat
kepada masyarakat atau sifat baik.
OM
SLIDESMANIA.C

ctim-in-joho r
Sumber: carian perkataan etika di http://prpm.dbp.gov.my e-hel p ed-a n-accident-vi
his-kind-nurs
w w w.worl d ofbuzz.com/t ift/
https:// ght-sh
ending-her-ni
-despite-just-
Ilmuan Ulung Dunia Berkaitan Etika
• Aristotle – diakui pemikir Barat pertama memperkenalkan pelbagai konsep etika
dan peradaban menerusi teori keperibadian mulia.
• Socrates – etika merupakan suatu usaha berterusan dan sistematik untuk memahami
dan melaksanakan konsep serta prinsip moral.
• Thomas Aquinas – ilmuan Barat yang banyak mewarisi karya-karya hebat
Andalusia. Menyatakan etika merupakan satu kebiasaan yang membentuk
tingkahlaku.
• Aya Rand – ilmuan selepas Perang Dunia Kedua yang menyatakan bahawa etika
merupakan ilmu sains untuk mencari cara-cara kehidupan terbaik.
• Abu Nasr al-Farabi – ilmuan abad ke-10 yang diiktiraf paling menguasai ilmu etika
dan peradaban Aristotle selain menjadi pakar dalam pelbagai bidang sains dan
teknologi terutamanya perubatan. Beliau menggabung jalin pandangan ilmuan
terdahulu dengan sumber utama agama Islam.
• Imam Abu Hamid al-Ghazali – menyatakan bahawa etika merupakan satu entiti
OM
SLIDESMANIA.C

yang terdapat dalam hati manusia bagi mendorong manusia bertindak.


• Imam al-Ghazali (abad ke-12) – etika merupakan kepercayaan, keyakinan, pegangan,
sikap, tabiat dan adat kebiasaan yang didasarkan kepada jiwa.
Etika – konsep penyokong

Etos Etiket
● Bahasa – merangkumi sifat atau ciri- ● Bahasa – ditafsirkan sebagai adat atau
ciri sesuatu bangsa, budaya, negara peraturan berkaitan kesopanan tingkah
atau era (Kamus Dewan Edisi Ke4). laku terutamanya dalam kehidupan
● Sosiologi – merupakan usaha manusia sosial atau dalam bidang pekerjaan
membangunkan sesuatu bangsa, tertentu.
budaya atau negara berdasarkan ● Sosiologi – merujuk kepada piawaian
kepada latar individu, keluarga dan berkaitan adat istiadat, tatacara atau
komuniti mengikut sejarah, struktur protokol.
sosial, budaya dan latar geografik. ● Kod etika – merupakan konsep
● Etos bangsa – memperincikan identity berkaitan etiket tetapi merupakan garis
OM
SLIDESMANIA.C

dan jati diri warga bangsa atau negara. panduan tingkahlaku bagi sesebuah
kumpulan.
Etika Menurut Islam
● Islam meletakkan nilai-nilai kemanusiaan, interpersonal dan masyarakat secara adil,
relevan dan damai yang mengikat setiap individu dalam kelompok masyarakatnya.
● Kata dasar bagi Islam dalam bahasa Arab, iaitu ‘salima’ membawa maksud kedamaian,
iaitu dalam konteks etika dan peradaban, setiap individu wajib mewujudkan suasana
damai dalam masyarakatnya.
● Menerusi al-Quran dan al-Hadis, Islam telah menyediakan garis panduan (manual)
lengkap berkaitan etika dan pengamalan etika.
● Setiap perlakuan beretika mesti dimulai dengan niat (matlamat dan objektif) yang baik
(menurut al-Quran dan al-Hadis) dan dilaksanakan (dilakukan) secara teliti dan
berhati-hati. Perlaksanaan perlakuan mesti dilaksanakan secara cekap dan berkesan
mengikut kehendak Tuhan dengan penekanan yang lebih terhadap kualiti dan
kecemerlangan mengikut piawaian hubungan dengan Tuhan dan manusia lain
OM
SLIDESMANIA.C

(komuniti, masyarakat dan negara).


Sinonim Etika
● Akhlak – berasal daripada perkataan ‘khuluq’ yang bererti kepercayaan, keyakinan,
pegangan, sikap, tingkahlaku (tabiat) dan adat kebiasaan. Akhlak pula boleh didefinisikan
sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan bertingkahlaku dan seumpamanya yang
menentukan baik atau buruk, betul atau salah.
● Moral – berasal daripada perkataan ‘mores atau moralitas’ yang membawa maksud
kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menjadi piawaian atau norma
kelompok atau keadaan satu-satu tindakan atau cara perwatakan manusia. Oleh itu, moral
membawa maksud kefahaman atau pengertian mengenai hal yang baik atau tidak baik yang
membentuk satu sistem tingkahlaku yang telah wujud dan diwarisi oleh individu dan
kumpulannya.
● Nilai – membawa maksud sifat perbuatan sama ada baik atau buruk, betul atau salah dan
seumpamanya. Nilai sering dipadankan dengan ganjaran atau dendaan.
OM
SLIDESMANIA.C

● Norma – merupakan piawaian yang mengumpul dan mengatur (menyusun) sesuatu sehingga
membentuk satu sistem.
Teori Etika
Berikut merupakan antara teori etika paling popular:
● Teori Keperibadian Mulia (Aristotle) – menurut teori ini, etika berkaitan
dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang mulia yang boleh
diperolehi oleh manusia menerusi latihan dan seterusnya mengamalkannya
sehingga menjadi tabiat. Menurut teori ini, manusia cenderung mencari
jalan tengah dan bersifat sederhana atau tidak keterlaluan.
● Teori Kemoralan Sosial – teori ini cenderung mengaitkan peraturan
kelompok atau masyarakat dengan konsep etika. Nilai atau peraturan
merupakan ukuran dan persetujuan kelompok bukannya kemahuan
individu. Oleh itu, individu bertanggungjawab mematuhi piawaian moral
OM
SLIDESMANIA.C

sedia ada.
Dimensi Etika
● Bertanggungjawab – setiap tingkahlaku dianggap sebagai
● Amanah – keperluan melaksanakan
● Tepati janji – apabila menerima arahan atau piawaian tertentu
● Tepati masa – setiap tanggungjawab
● Jujur – individu melaksanakan setiap tanggungjawab
● Yakin – betindak atas prinsip ‘berani kerana benar’.
● Berani – keyakinan yang didasarkan kepada kebenaran
● Iltizam (kesungguhan) – malaksanakan setiap tanggungjawab sepenuhnya dan sebaik
mungkin.
● Berkata benar – melakukan kepercayaan sahih
● Ikhlas – melaksanakan setiap tanggungjawab tanpa mengharapkan balasan.
● Berintegriti – melaksanakan setiap tanggungjawab secara telus dan berhati-hati.
OM
SLIDESMANIA.C
Adab

• [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] budi


pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi
bahasa.
• Kurang adab tidak tahu adat; kurang sopan.
• Beradab = baik budi bahasanya; sopan:
Orang yg beradab tidak akan meninggikan
suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya.
• Beradab = telah maju tingkat kehidupannya.
peradaban sistem dan tahap perkembangan
sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan
kebudayaan sesuatu bangsa.
OM
SLIDESMANIA.C

Sumber: carian perkataan adab di http://prpm.dbp.gov.my


Contoh: Adab Bugis
https://www.telukbone.id/pengertian-siri-napesse-dan-siri-n
a-passe/
Sumber: ot.co
terbilang.blogsp
Adat Resam :// mala ys iaku w inan-
http -istiadat-perkah
m/2015/11/adat l
masyarakat.htm

• [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua]


adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu
kaum (daerah dll). (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).
• Contoh: adat resam berkaitan
perkahwinan – merisik, bertunang, majlis
perkahwinan dll.
https://adatresam
mahindu.blogspo perkahwinanaga
at-resam-perkahwt.com/2019/04/ad
u.html inan-agama-hind
OM
SLIDESMANIA.C

https://www.penang
upacara-tradisional -traveltips.com/bm/malaysia/pulau-
Sumber: carian perkataan adat istiadat di http://prpm.dbp.gov.my -perkahwinan-oran pinang/
g-cina.htm
Adat Istiadat

• [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua]


berbagai-bagai adat yang diikut.
• Berbagai-bagai adat dan kebiasaan.
Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu
peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan,
dsb).
• Berbagai-bagai adat (peraturan) yang Sumber:
dituruti. http://www.bernama.com/bm/new
s.php?id=1751843

Sumber: carian perkataan adat istiadat di http://prpm.dbp.gov.my


OM
SLIDESMANIA.C

https://www.indahnyaisla
m.my/2019/07/institusi-ya
ng-di-pertuan-agong-buka
n-sekadar-simbol/
Peradaban

● Peradaban ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat yang dicirikan oleh atau didasarkan kepada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran baik daripada segi sosial, budaya atau cara hidup.
● Peradaban Mesopotamia dan Babylon (Iraq, Iran dan sebahagian Turki) yang berusia lebih 6,000 tahun
merupakan peneraju peradaban dunia kerana memulakan konsep kerajaan dan negara perdandaran dan
pembinaan, undang-undang bertulis dan pelbagai ilmu sains dan teknologi asas.
● Undang-undang Hammurabi diperakui perundangan bertulis yang berjaya memacu pembangunan insani
dan kebendaan Mesopotamia dan Babylon.
● Kata dasar peradaban adalah ‘adab’, iaitu berkaitan etika dan budipekerti.
● Manakala perkataan ‘civilization’ pula didasarkan kepada perkataan ‘civitas’ yang bermaksud bandar
atau kota.
● Tamadun juga sering digunakan, yang membawa maksud kemajuan sesebuah komuniti atau masyarakat.
Ia sinonim dengan perkataan Arab yang lain seperti Hadharah, Madaniyyah, Umran dan Thaqafa. Kata
dasar tamadun ialah maddana, iaitu merujuk kepada perbuatan membuka perbandaran atau sifat
pembangunan terutamanya perbandaran. Istilah ini juga turut menimbulkan istilah madani (Arab) dan
OM
SLIDESMANIA.C

modern (English)
Tokoh-tokoh Akademik Peradaban

● Hammurabi, raja keempat Mesopotamia dan Babylon yang menguasai pelbagai bidang ilmu seperti
perundangan, fizik, astronomi, falsafah dan sebagainya.
● Plato (Greek) menerusi The Republic telah memperkenalkan konsep pembandaran terutamanya daripada segi
bentuk dan jenis masyarakat yang mampu mencapai tahap pembangunan tertentu.
● Socrates dan Aristotle merupakan tokoh peradaban meneruskan dan mengembang ilmu peradaban Plato.
● Hornby dan Pornwell (1972) telah mentakrifkan peradaban sebagai usaha meningkatkan pencapaian hidup
dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu sains.
● Toynbee (1972) menyatakan peradaban sebagai satu bentuk pemikiran dan gaya kebudayaan yang
melahirkan institusi sosial, politik, undang-undang, agama dan akhlak.
● Farmer mentakrif peradaban sebagai satu unit budaya hasil perkongsian norma-norma sosial.
● Ibnu Khaldun diakui ilmuan paling menguasai ilmu peradaban Yunani dan Rome yang disesuaikan dengan
kehendak agama Islamm.
● Abu al-A’la al-Maududi menyatakan peradaban merujuk kepada segala pencapaian sesuatu bangsa.
● Sayyid Qutb mendefinisikan peradaban sebagai tahap kemajuan kehidupan berteraskan nilai moral.
OM
SLIDESMANIA.C

● Abu Nasr al-Farabi mentakrifkan peradaban sebagai pencapaian penempatan dan perbandaran yang
berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islamiah.
Kepentingan Etika dan Peradaban

Seperti yang dinyatakan dalam bahagian awal, penghayatan etika dan peradaban
yang baik dan berkesan bukan sahaja memanfaatkan individu tetapi juga memanfaat
kumpulannya seperti keluarga, masyarakat dan negaranya. Berikut merupakan
senarai ciri-ciri individu atau warga yang terbaik:
● Berkeperibadian tinggi
● Saling menghormati
● Hidup harmoni
● Pembinaan dan pengukuhan negara bangsa
● Individu yang bertanggungjawab
● Individu yang mementingkan amanah
● Individu yang berani
OM
SLIDESMANIA.C

● Individu yang rajin dan tekun


Model Kitaran Peradaban

● Model Kitaran Peradaban Ibnu Khaldun (1380an) menyatakan bahawa setiap


peradaban akan melalui tiga fasa utama, peringkat permulaan (pengadunan),
pengembangan (kemajuan) dan kemerosotan. Jangkamasa normal yang diambil
bagi setiap peradaban melengkapkan kitaran peradaban sekitar 100 tahun kecuali
bagi negara atau peradaban yang dapat melaksanakan usaha pemulihan ketika
diambang kemerosotan. Kerajaan Melayu Melaka melengkapkan kitaran selama
lebih kurang 120 tahun sebelum dijajah oleh Portugis (Feringgi) pada 1511.
● Model Kitaran Peradaban Carroll Quigley (1960) menyenaraikan tujuh tahap
kitaran peradaban, iaitu pengadunan, kelahiran, pengembangan, konflik, empayar
dunia, kemerosotan dan penjajahan. Bagaimanapun, ramai karyawan sejarah dan
peradaban menyatakan bahawa model ini dibangunkan berdasarkan kepada
OM
SLIDESMANIA.C

model Ibnu Khaldun.


Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial
• Sebelum kedatangan kolonial
telah wujud etika dalam
masyarakat yang disebut
adab, adat istiadat dan adat
resam.
• Proses migrasi dalam
Kepulauan Melayu dan luar
Kepulauan Melayu menjadikan
adab, adat istiadat, dan adat Wilayah Alam Melayu

resam bercampur baur akibat


proses pinjam meminjam dan
OM
SLIDESMANIA.C

tersulam dalam masyarakat.


Sumber: https://www.lembagaperadabanmelayu.org/
Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial
● Prakolonial – zaman negara ini •• Adab
Adab
Prakolonial
Prakolonial telah ada
•• Adat
Adat Resam
Resam
belum dikenali sebagai Malaysia (tradisional)
(tradisional) •• Adat
Adat Istiadat
Istiadat
dan belum dijajah.
● Etika telah terjelma dalam tingkah
laku serta kehidupan seharian,
formal atau tidak formal, disebut
sebagai adab, adat resam dan adat
istiadat.
OM
SLIDESMANIA.C
Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial
● Kolonial – zaman negara kita • Etika
datang
dijajah. Kolonial • Etos
• Etiket
● Etika dibawa dalam bentuk
berpakaian, percakapan,
pentadbiran, ketuanan dll.
● Cara makan, memberi tabik
hormat, dll
OM
SLIDESMANIA.C
Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial
● Zaman Pascakolonial merupakan era Pascakolonia Etika Moden
Bercampu
(Adab, Adat
moden. l r gaul
Istiadat, Adat
● Masyarakat telah menerima variasi (moden)
Resam, Etika,
dan percampuran versi etika secara Etos, Etiket)

langsung atau melalui teknologi.


● Nilai etika bercampur baur ini wujud
dalam persekitaran formal dan tidak
formal kehidupan kita.
● Kerisauan kita ialah budi pekerti,
tingkah laku dan budi bahasa kita
merosot disebabkan kegagalan kita
OM
SLIDESMANIA.C

mempelajari dan menghayati E&P


negara kita.
Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (Riwayat)

● Tahap penghayatan etika dan peradaban


adalah berbeza dan dipengaruhi oleh
perkembangan sejarah, struktur sosial
dan biografi masyarakat berkenaan.
OM
SLIDESMANIA.C
Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (Riwayat)

● Tahap penghayatan etika dan


peradaban adalah berbeza
dan dipengaruhi oleh
perkembangan sejarah,
struktur sosial dan
biografi masyarakat
berkenaan.
OM
SLIDESMANIA.C
Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia
melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (Riwayat)
● Tahap penghayatan etika dan
peradaban adalah berbeza dan
dipengaruhi oleh perkembangan
sejarah, struktur sosial dan

biografi masyarakat
berkenaan.
OM
SLIDESMANIA.C
Kluster Penghayatan Etika dan Peradaban
Kluster penghayatan etika dan peradaban empat peringkat utama, iaitu:
● Individu – merupakan unit asas yang membentuk tiga kluster lain. Ia sering dikenali sebagai ahli, warga atau
rakyat kepada kluster lain. Tahap penghayatan bagi kluster-kluster seterusnya direfleksikan oleh tahap
penghayatan etika dan peradaban oleh setiap individu.
● Keluarga – merupakan kumpulan paling asas dibentuk oleh beberapa indiividu. Bilangan paling asas adalah
dua individu atau lebih dikenali pasangan suami isteri. Kebiasaannya, sesebuah keluarga bersifat evolusi, iaitu
keahliannya akan meningkat dengan kehadiran generasi seterusnya seperti anak, cucu, cicit dan generasi yang
seterusnya. Ini dapat dilihat daripada keluarga nabi Adam a.s. dan Hawa a.s., daripada sepasang suami isteri
menjadi sehingga sekarang menjadi keluarga kehidupan lebih daripada 7 bilion manusia.
● Komuniti – merupakan kumpulan sekunder yang diwujudkan oleh beberapa keluarga sama ada mengikut
genetik, geografik, lokaliti dan sebagainya. Komuniti juga turut dikenali sebagai masyarakat.
● Negara – negara merupakan konsep kluster teratas yang diwujudkan oleh peradaban Mesopotamia dan
Babylon. Setiap unit kluster sebelum ini akan mendokong dan membawa identiti tahap penghayatan etika dan
peradaban. Individu berbangsa Jepun (negara) atau negara tertentu masing-masing boleh dikenalpasti secara
jelas berdasarkan tingkahlaku mereka kerana pengaruh tahap penghayatan etika dan peradaban yang
OM
SLIDESMANIA.C

berbeza.
Sumber Etika dan Peradaban
Setiap perlakuan atau tingkahlaku etika dan peradaban perlu diberikan ganjaran atau dendaan. Oleh itu,
setiap perlakuan itu perlu dinilai berdasarkan kepada tiga sumber etika dan peradaban yang utama:
● Undang-undang – juga dikenali sebagai peraturan dan hukum. Selain itu, ia mungkin dinamakan
sebagai perundangan, perlembagaan, piawaian, prosedur dan sebagainya. Kod Hammurabi diiktiraf
sebagai undang-undang nukilan manusia yang pertama dan masih dijadikan asas perundangan moden.
Setiap undang-undang akan dikomunikasikan kepada warga atau ahli masyarakat untuk diikuti dan
dipatuhi.
● Amalan harian – juga dikenali sebagai adat, tabiat, ikutan atau kebiasaan. Kewujudan sumber ini
berlaku akibat perulangan dengan diikuti pemberian ganjaran atau dendaan untuk pengukuhan atau
pengelakan sesuatu perlakuan.
● Kepercayaan – merangkumi norma dan nilai yang dikongsi bersama menerusi adat atau agama. Adat
merupakan amalan atau tingkahlaku yang dilazimkan oleh individu dan masyarakat. Agama pula
merupakan sumber perundangan yang disediakan oleh Tuhan. Bagaimanapun, akibat pengaruh sikap
OM
SLIDESMANIA.C

mengambil mudah, kebanyakan manusia mencampur adukkan antara adat dan agama.
Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks
Masyarakat, Negara dan Pasaran

Masyarakat & Negara


OM
SLIDESMANIA.C

Pasaran

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen31 halaman
    Bab 5
    Kavitha
    Belum ada peringkat
  • Bab 7
    Bab 7
    Dokumen27 halaman
    Bab 7
    Kavitha
    Belum ada peringkat
  • Bab 2
    Bab 2
    Dokumen28 halaman
    Bab 2
    Kavitha
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen16 halaman
    Bab 3
    Kavitha
    Belum ada peringkat