Anda di halaman 1dari 28

Bab 2

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN


Konsep etika dan peradaban adalah
cerminan bagi sesebuah negara bagi
mencapai taraf kemajuan yang
diidamkan sama ada dari sudut
fizikal mahupun spiritual.
Etika adalah merujuk kepada
falsafah moral yang merupakan
satu cabang dalam bidang
falsafah yang melibatkan
menyusun, memperkemaskan,
mengemukakan dan
mencadangkan kelakuan yang
betul dan salah.
Peradaban pula merupakan
kemajuan sosial dan kebudayaan
sesuatu bangsa
KONSEP ETIKA
Etika merujuk kepada istilah Yunani iaitu
ethos dan etikos yang membawa maksud
sifat, watak, kelaziman, terbiasa, tempat
yang selalu terbiasa, cara hidup atau budaya
Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud
akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika.
Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud
kepercayaan, keyakinan ataupun telahan
terhadap sesuatu perkara sama ada ianya
benar, salah, baik atau buruk.

Justeru maksud etika adalah


merupakan prinsip moral
atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang
individuatau sesuatu
kumpulan manusia
Pembahagian • Etika deskriptif ia adalah suatu

Etika disiplin yang membicarakan sistem


Etika terbahagi kepada dua moral yang dipegang oleh individu
kategori iaitu; atau golongan tertentu.
i. Deskriptif.
ii.Normatif. • Etika normatif pula meneliti,
menilai, mengkritik, mengomentar
dan membuat keputusan terhadap
sistem moral yang sedia ada.
KONSEP PERADABAN
Peradaban (civilization) atau
tamadun berasal dari kata
maddana yang bererti
peradaban dan perbaikan
dalam budaya sosial. Istilah
peradaban atau civilization
pada awal kemunculannya
dikaitkan dengan proses
pembuatan undang-undang,
•Justeru istilah peradaban merujuk kepada tingkatan kemajuan
kehakiman, keteraturan, pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau
institusi polis atau peradaban masyarakat, atau keadaan masyarakat manusia yang dicirikan
secara am yang menjadi ciri- oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta
ciri masyarakat yang beradab. perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-
lain);
Sambungan
KOMPONEN ETIKA;
Peradaban merujuk kepada pencapaian
sesuatu masyarakat yang merangkumi aspek
rohani, intelek, emosi, dan jasmani. • (i) Objek yang merujuk kepada
Pembangunan sesebuah peradaban atau
tamadun sudah pasti ianya mencakupi bidang perbuatan manusia.
ilmu pengetahuan, kepercayaan agama,
akhlak dan sahsiah, pentadbiran, undang-
undang, kesenian, perbandaran, • (ii) Sumber yang berasal dari fikiran
pembangunan sains dan teknologi dan adat
resam dan falsafah.
SIA
• (iii) Fungsi sebagai penilai
perbuatan manusia.
• (iv) Sifat yang berubah-ubah sesuai
dengan tuntutan zaman.
Sambungan
Komponen peradaban;

• (i) Perkembangan teknologi pertanian, pengairan dan


penternakan secara meluas.
• (ii) Perkembangan teknologi logam dan perkapalan.
• (iii) Pertumbuhan kota dan negara yang tersusun rapi.

• (iv) Pembahagian kerja yang makin kompleks.


(VI) PERKEMBANGAN SISTEM
TULISAN, ANGKA, DAN KALENDER. • (v) Perkembangan perdagangan dan penggunaan wang
(VII) PERKEMBANGAN KESENIAN syiling.
D A N S E N I B I N A YA N G I S T I M E WA .

(VIII) KEWUJUDAN BENTUK


A G A M A YA N G T I N G G I .

(IX) PERKEMBANGAN SISTEM


UNDANG-UNDANG
KEPENTINGAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA
*Etika dan peradaban merupakan dasar kehidupan kepada
masyarakat yang hidup berbangsa dan bernegara. Etika
adalah kayu ukur terhadap peradaban sesuatu bangsa.
*Suatu bangsa dikatakan mempunyai peradaban yang
tinggi ditentukan oleh bagaimana warga bangsa bertindak
sesuai dengan aturan yang disepakati bersama.
*Bagi bangsa timur seperti Malaysia, etika dan peradaban
telah mendarah daging dalam kehidupan mereka kerana
penerapan nilai-nilai murni yang melahirkan
penghormatan terhadap nilai kebaikan, kemanusiaan, dan
keadilan yang sejagat.
*Bagi negara Malaysia yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum sudah tentu memerlukan kepada nilai
etika dan peradaban yang mencorakkan kehidupan
masyarakatnya sama ada dari sudut pembangunan sahsiah
diri, ekonomi, politik, sosial dan kemajuan teknologi.
ETIKA DAN PERADABAN TIMUR
*Etika dan peradaban timur merujuk kepada
masyarakat dari tamadun peribumi, tamadun
Melayu, tamadun Islam, tamadun Jepun,
tamadun China dan tamadun India (iaitu
masyarakat Islam dan Asia).

*Masyarakat timur lebih berorientasikan


agama sebagai pegangan hidup dalam
mencorakkan perilaku mereka.

*Kepelbagaian kepercayaan yang wujud


dalam masyarakat timur menggambarkan
persamaan nilai dalam kepelbagaian agama
yang wujud.
Sambungan

Konsep nilai etika dan peradaban yang


diterapkan adalah merangkumi sistem
kehidupan yang bermula dari perubahan
hidup berkeluarga seterusnya
bermasyarakat dan akhirnya kepada
bernegara.

Semua konsep kepercayaan yang dianuti


merangkumi kehidupan sosial, politik
dan ekonomi.
ETIKA DAN PERADABAN BARAT
*Etika dan peradaban Barat pula merujuk kepada
masyarakat bukan Asia yang dikenali sebagai
masyarakat Barat yang turut merangkumi
Amerika Syarikat dan Eropah.
*Barat tidak melihat agama sebagai salah satu
orientasi yang mengurus kehidupan dan cara
berfikir manusia.
*Kebanyakan pemikir Barat menolak peranan
agama ataupun perkara-perkara yang berkaitan
dengan kepercayaan agama dalam membentuk
nilai-nilai etika dan peradaban.
*Mereka lebih berpegang kepada teori-teori
ciptaan yang berasaskan kepada sentimen dan
pandangan yang bersifat kemanusiaan semata-
mata.
Sambungan

*Teori-teori etika dan peradaban yang dicipta


mereka lebih melihat kepada potensi lahiriah
manusia semata-mata dan penilaian yang dilakukan
adalah berdasarkan penerimaan logik akal sahaja
*Karl Marx menolak fungsi agama dalam semua
persoalan etika dan peradaban. Beliau juga tidak
menerima sebarang persoalan-persoalan yang
berkait rapat dengan pembangunan manusia ada
kaitan dengan agama.
*Malah baginya agama adalah penghalang kepada
kemajuan dan kebebasan manusia.
*Mereka lebih cenderung membatas ajaran agama
pada kehidupan peribadi semata-mata dan tidak ada
kaitan dengan kehidupan sosial.
Sambungan
*Falsafah moral Barat boleh dikategorikan kepada dua
asas.
*Pertama, sistem falsafah moral yang berasaskan
sekularisme yang membataskan aplikasi nilai moral
pada urusan individu sahaja.
*Kedua, sistem falsafah moral yang menolak
kepercayaan agama dan hari akhirat.
*Akibatnya, pengukuran baik-buruk, benar-salah
semata-mata dilakukan melalui akal fikiran dan
pengalaman manusia.
*Masyarakat Barat pada akhirnya menganggap nilai-
nilai agama merupakan fenomena subjektif yang
dialami oleh diri individu itu sendiri dan tidak bersifat
universal
*Konsep nilai dan moral dalam Peradaban Barat akan
terus berubah sesuai dengan tuntutan zaman akibat
pemisahan hidup dan kaitannya dengan agama.
ETIKA DAN PERADABAN MENURUT
ISLAM
*Etika dan peradaban Islam berkembang
seiring antara material dan juga spiritual.
*Maka dapat difahami bahawa etika dan
peradaban Islam membawa erti kemajuan yang
dicapai oleh masyarakat muslim sama ada
dalam bidang kerohanian atau kebendaan yang
mempunyai nilai akhlak dan budi pekerti yang
tinggi dengan berpandukan kepada sumber
ajaran Islam bagi memenuhi amanah Allah
sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi
demi kebahagiaan mereka di dunia dan
akhirat.
Sambungan
*Dalam Islam masyarakat yang dibentuk
adalah mengambil kira dua unsur penting
iaitu rohani dan jasmani.
*Ianya akan melahirkan masyarakat yang
mempunyai peribadi yang mulia dengan
ketinggian akhlak serta budi pekerti yang
baik
*Pengutusan rasul sebagai pembimbing
kepada umat manusia adalah sebagai
panduan yang jelas.
*Matlamat kehidupan manusia adalah untuk
membangunkan dua nilai iaitu etika dan
peradaban yang akan melahirkan kejayaan
hidup di dunia dan akhirat.
*Apabila matlamat yang betul diletakkan
dalam kehidupan seseorang insan maka akan
lahirlah manusia yang beradab dalam
membangunkan kehidupan mereka.
Sambungan
Nilai kehidupan seseorang insan mempunyai hubungan
yang erat dengan:
(i) Moral iaitu nilai-nilai dalam masyarakat yang
dikaitkan hubungannya dengan kesusilaan.
(ii) Norma iaitu aturan, ukuran atau pedoman yang
dipergunakan dalam menentukan sesuatu yang baik atau
salah.
(iii) Etika iaitu nilai-nilai dan norma moral tentang apa
yang baik dan buruk yang menjadi pegangan dalam
mengatur tingkah laku manusia.
(iv) Estetika iaitu merujuk kepada setiap yang
berhubungan dengan segala sesuatu yang mencakupi
keindahan, kesatuan, keselarasan dan kebalikan.
(v) Adab iaitu nilai-nilai budi pekerti yang mulia dalam
kehidupan.
Sambungan
Konsep etika dan peradaban dalam Islam adalah merupakan
perkembangan yang mencapai suatu tingkatan tertentu yang perlu
diperoleh oleh manusia yang mencakupi keseluruhan kehidupan sosial,
ekonomi dan politik. Perubahan yang berlaku kepada kehidupan manusia
boleh dikategorikan kepada dua keadaan:

(i) Nilai Ilahi yang terbentuk dari dasar takwa, iman dan keadilan yang
sudah termaktub di dalam wahyu Ilahi, nilai ini selamanya tidak
mengalami perubahan.

(ii) Nilai insani yang lahir atas kesepakatan manusia serta hidup dan
berkembang dari peradaban manusia. Nilai-nilai insani yang sebati dalam
kehidupan masyarakat serta diwarisi dan sentiasa mengikat anggota
masyarakat memiliki kecenderungan mempertahankannya daripada
berlakunya perubahan tata nilai kehidupan sehingga sering menjadi
perkara utama dalam perkembangan peradaban dan kemajuan manusia.
Sikap Islam dalam menentukan sesuatu nilai dan
peradaban dalam sesuatu masyarakat dapat dilihat
pada lima kategori

(i) Memelihara unsur-unsur nilai dan norma peradaban


yang sudah mantap dan positif.
(ii) Menghilangkan unsur-unsur nilai dan norma
peradaban yang negatif.
(iii) Menggalakkan perubahan unsur-unsur nilai dan
norma peradaban baru yang belum ada dan yang
dianggap positif.
(iv) Bersikap receptive, selective, digestivse,
assimilative, dan transmissive,
(v) Menyelenggarakan penyucian nilai dan norma
peradaban yang seiring dengan nilai-nilai dan norma-
norma yang diperakui oleh Islam.
PERANAN AGAMA TERHADAP
ETIKA DAN PERADABAN

Agama memainkan peranan penting


dalam mencorakkan etika dan
peradaban manusia

Dalam sejarah timur dan barat


manusia membangun dan maju
adalah berdasarkan peranan agama
dalam membentuk kehidupan
mereka sama ada tingkah laku,
akhlak, moral dan peradaban
Peranan Agama kepada Manusia

*Setiap agama mempunyai fungsinya yang tersendiri.


*Semua unsur dan entiti yang membentuk masyarakat
di dunia ini mempunyai agama dan kepercayaan.
*Kepercayaan kepada agama merupakan sifat
universal bagi seluruh umat manusia sama ada
manusia di zaman moden mahupun primitif.
*Kecenderungan dan naluri semula jadi, manusia
mempraktikkan agama disebabkan warisan
kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan,
mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari
jawapan pada persoalan yang sukar dijawab.
*Warisan kebudayaan merupakan faktor yang utama
bagi menentukan agama seseorang.
*Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting
kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan
di akhirat kepada penganut yang patuh dan taat
kepada ajaran agama masing-masing.

*Faktor lain yang merupakan salah satu perkara


penting adalah kerana agama merupakan jawapan
terhadap persoalan kehidupan yang sukar dijawab
dengan akal semata-mata.

*Persoalan mengenai manusia, hakikat diri, alam


sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat
dijangkau oleh akal fikiran dapat dijawab oleh agama
sebagai pegangan hidup.
Sabungan

*Tidak kira apa pun tamadun


manusia di dunia ini, agama
berperanan sebagai berikut:
1. Asas pembentukan nilai-nilai
murni
2. Pembentukan dan
pembangunan tamadun manusia
3. Mencerminkan budaya dan
warisan sesuatu bangsa
4. Lambang perpaduan
5. Menaikkan semangat
kebangsaan
ISU-ISU ETIKA DAN PERADABAN

*Dalam memperkatakan isu-isu etika dan


peradaban timbul beberapa persoalan pokok
yang membantut perkembangan serta
pembangunan peradaban manusia.

*Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh


masyarakat dunia pada hari ini berpunca
daripada proses globalisasi yang melanda
seluruh dunia.

Rudyard Kipling pernah mengungkapkan kata-


kata bahawa:

“East is East and West is West, never the twins


can meet”.
Sambungan

*Perubahan yang berlaku akibat arus


globalisasi menimbulkan banyak masalah,
terutama sekali apabila perubahan tersebut
bertentangan dengan nilai-nilai budaya
Timur.
*Perubahan-perubahan akibat globalisasi
ini mengambil perhatian ramai apabila
didapati bahawa sebahagian besar daripada
perubahan ini berkaitan dengan budaya
dan hegemoni Barat.
*Konsep hegemoni yang merujuk kepada
penguasaan menyeluruh ataupun
kepimpinan satu-satu negara ataupun
kumpulan dan sebagainya ke atas negara
atau kumpulan yang lain.
*Apabila penguasaan ini berlaku maka ia
akan mempengaruhi sistem sosial, politik,
ekonomi sesebuah Negara.
Sambungan

Secara tidak langsung nilai etika dan


peradaban yang telah membudaya dan
sebati dalam masyarakat tersebut akan
berubah.
*Ianya akan menghilangkan nilai-nilai
ketimuran yang penuh dengan adab,
tatasusila dan jati diri
*Hasil daripada penguasaan tersebut
meninggalkan kesan yang mendalam dan
turut dirasai terhadap perubahan fizikal
dan pemikiran.
*Dari segi fizikal umat Islam, Buddha dan
Hindu di timur turut terkesan dan
menerima corak hidup barat yang tidak
selari dengan tuntutan agama dan
kebudayaan timur.
Sambungan

*Penguasaan terhadap pemikiran juga


menampakkan sikap serta penerimaan masyarakat
timur terhadap idealisme Barat seperti
sekularisme, sosialisme dan kapitalisme dan
sebagainya yang telah menjadi anutan sebahagian
besar masyarakat Islam dan timur.

*Krisis yang melanda pemikiran ini turut


menampakkan sarjana-sarjana timur sendiri
melakukan interpretasi terhadap agama mereka
berdasarkan mode pemikiran Barat
Sambungan
*Penguasaan ke atas fizikal dan
pemikiran sebenarnya berlaku antara
sedar dan tidak disebabkan generasi
kini menerima seadanya sistem
kehidupan yang lebih famous
(glamour) tanpa menyelidikinya
berdasarkan keintelektualan yang
berpaksikan kepada ilmu dalam
menilai kebaikan dan keburukan
sesuatu pengaruh yang menguasai
mereka.
*Masyarakat yang dikatakan beradab,
berakhlak mulia, berbudi bahasa,
bersopan santun akan kembali kepada
keadaan masyarakat yang ganas, liar
dan barbarian
Sambungan
*Justeru, maksud yang ingin dicapai melalui
peradaban yang merujuk kepada keadaan serta
tingkatan kemajuan pada kehidupan jasmani dan
rohani sesuatu bangsa atau masyarakat yang telah
mencapai taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup
tidak mencapai matlamat yang dikehendaki.

*Malaysia yang juga merupakan sebuah negara


bermasyarakat majmuk tidak akan dapat mencapai
hasrat sebagai sebuah negara bangsa, bertamadun dan
berperadaban jika nilai etika dan peradaban tidak
dijadikan panduan dalam memacu negara ke arah
masyarakat yang mendukung nilai budaya yang tinggi,
bersatu padu dan berintegriti.
Kesimpulan

*Nilai-nilai ketimuran yang diasaskan dalam kehidupan


masyarakat yang mengambil kira etika dan peradaban, pasti
akan melahirkan generasi manusia yang mencapai taraf
tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

*Oleh yang demikian, etika dan peradaban adalah suatu yang


mesti berseiring dalam kehidupan manusia yang
bermasyarakat kerana dengannya akan melahirkan
pembangunan material dan spiritual yang seimbang dalam
kehidupan manusia.

*Jaminan keamanan terhadap perpaduan antara kaum juga


dapat direalisasikan apabila setiap kaum menjadikan nilai-
nilai ketimuran sebagai suatu yang penting dalam membina
negara berasaskan masyarakat majmuk yang berbagai latar
belakang.

Anda mungkin juga menyukai