Anda di halaman 1dari 2

Minggu 1 7-1-2011

Elemen-elemen Asas Pembentukan Tamadun (Objektif Tamadun):


1. Penempatan manusia di satu tempat atau beberapa pusat Bandar yang
strategic.
2. Hayat penghidupan yang stabil dan panjang.
3. Wujud organisasi dan institusi sosial dalam pelbagai bidang yang teratur dan
sistematik.
4. Terdapatnya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan system
tulisan tersendiri yang berfungsi untuk komunikasi, perakaman, penyampaian
dan pewaris khazanah ilmunya.
5. Terdapatnya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal
perlakuan dan tindak-tanduk masyarakatnya.
6. Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan.
Ciri-ciri Tamadun
1. Unsur pertama yang membezakan suatu tamadun dengan tamadun yang lain
ialah pandangan semesta.
2. Tamadun manusia dibahagikan kepada 4 ciri:-
i. Tamadun materialistik
ii. Tamadun intelektual
iii. Tamadun mistik
iv. Tamadun berasaskan wahyu
3. Dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap
peningkatannya boleh diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu:
i. Pencapaian fizikal
ii. Pencapaian intelektual
4. Darcy Roberio memberikan 9 ciri tamadun yang masih dalam proses
perkembangan:
i. Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu
dalam bidang pertanian.
ii. Bermulanya aktiviti penternakan dan pengkhususan krja berasaskan
kelompok kemahiran.
Minggu 1 7-1-2011
iii. Pertumbuhan kota dan negar, wujud status sosial,
menggunakansistem pengairan untuk pertanian, penggunaan
peralatan tembaga dan gangsa serta wujud sistem tulisan, angka dan
Kalendar.
iv. Penggunaan system pengairan secara meluas.
v. Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu,
perkembangan perkapalan dan perkembangan mata wang syiling
sebagai perantaraan perdagangan.
vi. Revolusi penternakan.
vii. Revolusi perdagangan.
viii. Revolusi teknologi.
ix. Revolusi perindustrian.
5. Edward L. Farmers dalam bukunya Comparative History of Civilization in Asia
memberikan tuuh ciri utama tamadun, iaitu:
i. Petempatan kekal.
ii. Revolusi pertanian.
iii. Stratifikasi sosial.
iv. Kewujudan agama.
v. Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi.
vi. Urbanisasi.
vii. Sistem tulisan.

Anda mungkin juga menyukai