• Timbalan perdanan menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini. • terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. • Isu ini mula dibangkitkan pada 21 Jun 2010. • Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.
sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan
peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja. Alasan yang diberikan mengapa UPSR dan PMR di mansuhkan • Memberikan tekanan kepada murid dan guru • Murid bawah umur 12 tahun lebih kepada belajar melalui segala yang dilihat, didengar dan juga yang disentuh serta belajar mengenai perkara yang mereka minat. • Membantutkan untuk mempelajari perkara yang diminati. • Pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar - tidak perlu menghabiskan masa yang banyak untuk peperiksaan dan hanya dinilai melalui SPM sahaja. - guru tidak perlu menghabiskan masa untuk membuat kelas tambahan kerana UPSR dan PMR dimansuhkan. Punca-punca bantahan terhadap pemansuhan UPSR dan PMR • Memantapkan kecemerlangan prestasi dan meningkatkan kualiti pelajar tersebut. • Pendorong kepada pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran. • Bermula daripada peperiksaan UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas dalam pembelajaran seperti membaca, menulis, dan mengira serta dapat menentukan tahap pencapaian pelajar sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. • PMR pula amat penting untuk mereka memasuki ke tingkatan 4 dan 5 di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. • Mengurangkan masalah sosial seperti ponteng kelas dan sikap malas belajar kerana matlamat mereka hanya ingin mencapai kecemerlangan yang secara tidak langsung dan secara tidak langsung mewujudkan persaingan yang sihat antara pelajar.