Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MELAYU

Minggu 4
BM PENULISAN
Bahagian B : Ulasan
Objektif Pembelajaran
Murid dapat membina ulasan dengan baik.
Kriteria Kejayaan
1. Murid dapat membina 2 daripada 6 rangka
ulasan dengan baik.
Pengenalan
1. 50 hingga 80 patah perkataan.
2. Boleh buat dalam 1 perenggan sahaja
atau 3 perenggan.
3. Bahan rangsangan – grafik atau bukan
grafik;
 Bahan grafik – gambar bersiri, gambar
tunggal, carta, iklan, poster,peta pemikiran,
peta minda dan sebagainya.
 Bahan bukan grafik –petikan cerita, dialog,
surat, rencana, laporan dan sebagainya
CONTOH JAWAPAN 1 PERENGGAN
Rajah menunjukkan tentang cara-cara menghormati ibu bapa.
Antaranya, kita hendaklah bersalaman dengan ibu bapa supaya
kita dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang. Selain itu,
kita perlulah bersopan santun ketika bercakap dengan ibu bapa
agar menjadi anak yang taat serta berbudi pekerti mulia. Di
samping itu, kita mestilah menolong ibu bapa melakukan kerja-
kerja rumah untuk meringankan beban mereka. Akhir sekali,
kita perlu membalas jasa dan budi ibu bapa kita demi
menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Kesimpulannya,
kita mestilah menghormati ibu bapa kerana mereka
merupakan orang yang sangat mulia dan banyak berjasa
kepada kita.
CONTOH JAWAPAN 3 PERENGGAN
Rajah menunjukkan tentang cara-cara menghormati ibu bapa.

Antaranya, kita hendaklah bersalaman dengan ibu bapa


supaya kita dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang.
Selain itu, kita perlulah bersopan santun ketika bercakap dengan
ibu bapa agar menjadi anak yang taat serta berbudi pekerti mulia.
Di samping itu, kita mestilah menolong ibu bapa melakukan
kerja-kerja rumah untuk meringankan beban mereka. Akhir
sekali, kita perlu membalas jasa dan budi ibu bapa kita demi
menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Kesimpulannya, kita mestilah menghormati ibu bapa kerana


mereka merupakan orang yang sangat mulia dan banyak berjasa
kepada kita.
Rangka Ulasan

• Salin semula soalan tetapi kena ubah sedikit perkataan.


Pendahuluan • ____ menunjukkan tentang ___________________.

• Penanda wacana + kata bantu + isi tersurat 1 + kata hubung + isi tersirat 1.
Isi 1

• Penanda wacana + kata bantu + isi tersurat 2 + kata hubung + isi tersirat 2.
Isi 2

• Penanda wacana + kata bantu + isi tersurat 3 + kata hubung + isi tersirat 3 .
Isi 3

• Penanda wacana + kata bantu + isi tersurat 4+ kata hubung + isi tersirat 4 .
Isi 4

• Penanda wacana + kata bantu + salin sedikit kata kunci kehendak soalan + kata
Penutup hubung + isi tersirat .
Jadual Ulasan

Kata
Penanda Wacana Kata Bantu Isi Tersurat Isi Tersirat
Hubung
G/ Gambar
R/ Rajah __
P Petikan

A Antaranya, kita 1 1
hendaklah S–
perlulah supaya/
S Selain itu, kita mestilah 2 sambil 2

U- untuk
D Di samping itu, dapat 3 3
kita boleh K–
kerana/
A Akhir sekali, kita 4 Ketika 4

A – agar/
K Kesimpulannya,
kita Akan

D – dan/
demi
Kata Bantu
Jika arahan soalan minta kamu menulis
Cara-cara / langkah-langkah/ KOSONG Faedah-faedah / kelebihan
hendaklah
perlulah boleh
mestilah dapat

Jika arahan soalan minta kamu menulis


PUNCA-PUNCA / FAKTOR-FAKTOR
JANGAN TULIS KATA BANTU
Contoh soalan
KENAL PASTI RANGKA ULASAN
Rajah menunjukkan tentang cara-cara menghormati ibu bapa.

Antaranya, kita hendaklah (tersurat 1) bersalaman dengan ibu


bapa supaya (tersirat 1) kita dapat mengeratkan lagi hubungan
kasih sayang. Selain itu, kita perlulah (tersurat 2) bersopan santun
ketika bercakap dengan ibu bapa agar (tersirat 2) menjadi anak
yang taat serta berbudi pekerti mulia. Di samping itu, kita
mestilah (tersurat 3) menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja
rumah untuk (tersirat 3) meringankan beban mereka. Akhir
sekali, kita perlu (tersurat 4)membalas jasa dan budi ibu bapa kita
demi (tersirat 4) menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Kesimpulannya, kita mestilah menghormati ibu bapa kerana


mereka merupakan orang yang sangat mulia dan banyak berjasa
kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai