Anda di halaman 1dari 1

Rabu Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit 8/9/2021

Aku sebatang pokok kelapa sawit. Aku hidup subur bersama-sama dengan
rakanku di sebuah ladang yang luas. Aku banyak berbakti kepada
peladang. Aku memberikan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di
negara ini.

Aku mengeluarkan buah daripada pokok kelapa sawit. Aku berbuah


sangat lebat kerana pekerja saya memberikan baja yang banyak. Aku
dikait oleh peladang sekiranya buah masak. Aku dikumpulkan di tepi jalan.

Aku dinaikkan ke dalam lori. Selepas itu, aku dihantar ke kilang. Aku
dikumpulkan bersama-sama kawan-kawanku. Kemudian, aku dimasukkan
ke dalam kilang.

Produk utama aku ialah minyak masak. Aku dijual di pasar raya
Mydin. Aku dibeli oleh seorang wanita. Aku digunakan untuk menggoreng
makanan seperti ikan, ayam dan lain-lain lagi.

Aku diproses menjadi pelbagai produk. Aku banyak kegunaan seperti


minyak masak, marjerin, sabun dan lilin.

Aku berasa bangga kerana dapat membantu kehidupan manusia.


Selain menghasilkan pelbagai barangan kegunaan harian, aku juga
mampu memberikan peluang pekerjaan kepada manusia. Ekonomi Negara
juga akan meningkat.

Anda mungkin juga menyukai