Anda di halaman 1dari 18

AKHLAK REMAJA MASA KINI

NAMA AHLI KUMPULAN:


AMIRA LIYANA BT ABD MANAP
FILZAH NUR’ AQILAH BT FAUDZI
NUR AMIRA BT RAHIM
NURUL DARLEENA
ISTILAH

 KERUNTUHAN
 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga keruntuhan
bermaksud kejatuhan, kerosakan, dan kerobohan .
 Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga
meliputi rosaknya akhlak remaja apabila mereka
melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang
daripada ajaran agama Islam dan budaya
masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas,
lari dari rumah dan lain-lain.
ISTILAH

• Akhlak
• Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2000: 21), akhlak memberi maksud
budi pekerti, kelakuan, tingkah
laku manusia dan tabiat samada
baik atau jahat.
ISTILAH
• Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1121),
remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan
sudah cukup umur untuk berkahwin.

• Remaja yang dimaksudkan ini ialah remaja Melayu yang


beragama Islam yang tinggal dinegara ini. Remaja yang
diperkatakan dalam kajian ini ialah semua golongan remaja
yang terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif
sehingga rosak akhlak mereka. Akhlak remaja menjadi rosak
apabila mereka terjebak dengan perlakuan-perlakuan di luar
batas kesusilaan masyarakat seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini.
3 SIFAT REMAJA:
• INGIN TAHU

• INGIN CUBA

• INGIN MELAKUKAN
AKHLAK REMAJA MASA KINI
 Samseng dan
gangsterisme
 Ponteng sekolah
 Black metal
 Dadah
 Merokok
 Lari dari rumah
 Mencuri
FAKTOR KERUNTUHAN AHKLAK
REMAJA
KEMEROSOTAN DARI SEGI ASUHAN,
DIDIKAN, BIMBINGAN SERTA KAWALAN
OLEH IBU BAPA ATAU PENJAGA
Ibu bapa sering kali alpa dalam memainkan
peranan untuk mengasuh anak-anak.Mereka
hanya mengejar keduniaan tanpa memikirkan
perasaan anak.Ini membuatkan anak-anak
mencari inisiatif lain untuk berseronok seperti
melepak.
KELUARGA YANG TERLALU MEWAH CARA
HIDUPNYA JUGA MENYEBABKAN
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak kerap memberikan
wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
remaja lain yang bersuka-suka. Kesan
pergaulan bebas dan terpengaruh dengan
rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan
memburukkan lagi keadaan
KURANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA
AGAMA ISLAM
Remaja kurang mendekatkan diri terhadap
agama dan lebih kepada urusan duniawi
kebiasaannya kerana ;
 dipengaruhi oleh rakan sebaya yang juga
kurang didikan dalam agama.
 Kurang didikan daripada ibu bapa.
 DIRI SENDIRI ; tidak berminat dalam
mempelajari ilmu Agama Islam.
PERPISAHAN IBU BAPA, PERTENGKARAN
YANG KERAP BERLAKU DALAM
KELUARGA,
SUASANA RUMAH TANGGA YANG TIDAK
HARMONIS DAN TENTERAM

Masalah rumah tangga ibu bapa


menyebabkan anak tertekan lalu cuba
untuk melepaskan tekanan dengan mencuba
sesuatu benda yang baru
KAEDAH MENGATASINYA:

PERANAN IBU BAPA


Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
amat penting.Ibu bapa harus memantau
pergerakan anak-anak dari semasa ke
semasa.Ibu bapa juga perlu mengetahui
masalah yang dihadapi oleh anak.Ibu bapa
juga harus manasihati dan mendidik anak ke
arah kebaikan.
PENDEKATAN AKADEMIK.

Ini boleh dilakukan dengan menambahkan


aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan
separa akademik seperti kegiatan
ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan
teknik pengajaran luar kelas.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah


memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibubapa, penjaga dan
guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-
pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap
terbuka dan positif.
KAUNSELING DIPERINGKAT
SEKOLAH
Kaunseling di peringkat sekolah adalah
penting dalam membantu remaja mengatasi
masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik
dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.
Latihan Amali Dan Amalan-Amalan
Menjernihkan Batin
Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan tetapi juga
pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan perlaksanaan
yang berterusan. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan
kerana arahan namun lama kelamaan ia akan menjadi
kebiasaan. Manusia sememangnya berupaya memperolehi
akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah
s.a.w. bersabda (maksudnya) :
"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur
7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika
umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.
KESIMPULANNYA:
• Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah
berganding
bahu dan bekerjasama dalam memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para
pelajar daripada terjerumus ke kancah yang
negatif.Ibu bapa haruslah mendidik anak agar
mereka menjadi seseorang yang mempunyai
akhlak yang tinggi.Mencegah lebih baik
daripada merawat.
KESEMPURNAAN PERKEMBANGAN AKHLAK
BERKAITAN DENGAN KESEMPURNAAN
PERKEMBANGAN AKAL , KEJIWAAN & SOSIAL.

Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda :


"Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan
kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka
jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah
pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik.
Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian
melakukan."
SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai