Anda di halaman 1dari 10

Catatan

Pendahuluan
20 April 2018 – mengadakan aktiviti perkhemahan – 3:00 petang
– berkumpul di tapak perhimpunan sekolah – bertolak ke Hutan
Lipur Perdik, Hulu Langat, Selangor – menaiki bas

20 April 2018
Persatuan Pengakap sekolah saya telah mengadakan
aktiviti perkhemahan. Pada pukul 3:00 petang, para
peserta berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.
Setengah jam kemudian, kami bertolak ke Hutan Lipur,
Hulu Langat, Selangor dengan menaiki bas.
Isi-isi Penting
(a) 20 April 2018 – guru pembimbing memberikan
taklimat ringkas – mendirikan khemah -menjalankan
latihan pertolongan cemas
 
Sebaik-baik sahaja tiba di sana, guru pebimbing Cikgu
Lee memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas itu,
kami mendirikan khemah bersama-sama. Pada waktu
malam, kami menjalankan latihan pertolongan cemas.
(b) 21 April 2018 – pukul 7:00 pagi – senaman pagi –
bersarapan bersama-sama – aktiviti meredah hutan –
mencatat nama tumbuh-tumbuhan
21 April 2018

Pada pukul 7:00 pagi, kami melakukan senaman pagi yang


diketuai oleh Cikgu Tan. Kemudian, kami bersarapan
bersama-sama. Setelah itu, kami melakukan aktiviti
meredah hutan. Kami mencatat nama tumbuh-tumbuhan
yang ditemukan di dalam hutan.
(c) petang – latihan ikatan – cara-cara melakukan ikatan
yang betul – malam kebudayaan -persembahan yang unik
– terhibur dan gembira sekali
 
Pada waktu petang, kami menjalankan latihan ikatan.
Cikgu Tan mengajar kami cara-cara melakukan ikatan yang
betul. Pada waktu malam, kami mengadakan aktiviti malam
kebudayaan. Para peserta memberikan persembahan yang
unik. Kami terhibur dan gembira sekali.
(d) 22 April 2018 – latihan kawad kaki -bersungguh-
sungguh – kami berehat di khemah masing-masing

22 April 2018

Pagi ini, selepas bersarapan, kami melakukan latihan


kawad kaki. Kami bersungguh-sungguh melakukan
aktiviti tersebut. Selepas itu, kami berehat di khemah
masing-masing.
Penutup
membersihkan tapak perkhemahan – bersiap-siap untuk
pulang ke sekolah – tiba di sekolah – berasa seronok
sekali
Pada pukul lima petang, Cikgu Lim mengarahkan kami
membersihkan tapak perkhemahan. Kami menanggalkan
khemah dan bersiap-siap untuk pulang ke sekolah. Dua
jam kemudian, kami pun tiba di sekolah. Walaupun
berasa penat, tetapi kami berasa seronok sekali.

Anda mungkin juga menyukai