Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH MEMBACA

DISAMPAIKAN OLEH
PUAN KHASIDAH BINTI MOKHTAR
PENOLONG KANAN KURIKULUM SKDTHO
PENGENALAN

Terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan .

 Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan


pembelajaran bahasa.

 Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah

kaedah abjad

kaedah fonetik

kaedah pandang sebut

kaedah suku kata (cerakinan)


KAEDAH ABJAD
 Guru memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu.
 Vokal : a,  e, i, o, u
 Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w
 Nama-nama abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid.
 Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan.
 Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf.

 Contoh : ‘a’ untuk api ‘b’ untuk batu


Kelebihan Kaedah Abjad.
Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa
Melayu.
Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik,
murid dapat membaca perkataan baharu.
Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.
Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran
membaca.

Kelemahan Kaedah Abjad.


Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak
memahaminya.
Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara
membaca sambil mengeja.
Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika
tidak diulang kali dalam bilik darjah.
Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan
kurang penghayatan.
KAEDAH FONETIK
 Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf.

 Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.


Kelebihan Kaedah Fonetik.
Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
Murid dapat mengurangkan beban memori.
Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Keburukan Kaedah Fonetik.


Tidak sesuai dengan semua murid.
Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan
mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.
KAEDAH PANDANG SEBUT
 Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang
ditunjukkan oleh guru.

 Kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks.

 Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan

 Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan


tersebut.

 Murid menyebut berulang kali perkataan tersebut.


Kelebihan Kaedah Pandang Sebut
Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat
dijimatkan.
Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya
Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran
membaca.

Kelemahan Kaedah Pandang Sebut


Murid tidak pandai mengeja.
Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan.

Perbendaharaan kata murid terbatas

Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai.


KAEDAH SUKU KATA
 Suku kata merupakan ujaran terkecil dari sebuah kata yang
didengarkan pada kehadiran vokal.

 Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu buah vokal


dan konsonan.

Jenis-jenis suku kata.


i)             Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K (sos)
ii)            Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (api)
iii)           Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + KV + KV  (kereta)
iv)            Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + V + KV+KV (suasana)
Kelebihan Kaedah Suku Kata
Murid-murid dapat mengeja dengan baik kerana dilatih untuk mengeja bagi tiap-
tiap perkataan yang dibaca.
Guru tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan ini
memudahkan guru-guru menjalankan tugasnya.

Keburukan Kaedah Suku Kata


Murid tidak lancar membaca kerana lebih fokus kepada huruf.
Terlalu mementingkan ejaan hingga menyebabkan fahaman tidak berjaya
diperoleh
Kanak-kanak mudah keliru kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi huruf-
huruf tersebut.
RUMUSAN
 Setiap kaedah bacaan awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan
dan kelebihannya yang tersendiri.

 Ia terpulang untuk memilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan keupayaan anak-anak kita.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai