Anda di halaman 1dari 6

1.Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

A Raja
B Pembesar
C Undang-undang
D Wilayah pengaruh

2.Apakah yang menyebabkan rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah?

A Takut ditimpa tulah


B Takut dibuang negeri
C Dikenakan hukuman sebat
D Tidak dibenarkan berdagang

3.Apakah faktor yang mendorong kedatangan Jepun ke negara kita?

A Menguji kekuatan dan keberanian tentera Jepun


B Rakyat negara kita bekerjasama dengan tentera Jepun
C Kedudukan strategik Tanah Melayu untuk kepentingan Jepun
D Membebaskan negara di rantau Asia Tenggara daripada cengkaman penjajah
.
4 Apakah tindakan anda, sekiranya turut terlibat dalam Pertubuhan-pertubuhan Melayu sebagai tindak balas menentang Malayan Union (MU)?

A Menganjurkan demonstrasi
B Menghantar telegram ke London
C Melancarkan revolusi bersenjata
D Mengemukakan kes MU ke mahkamah Tinggi England

5.Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Kebebasan berpolitik
B Menguasai pentadbiran
C Menentukan kerakyatan
D Kedudukan istimewa dilindungi
• 5.Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu.
1 April 1946 1 Februari 1948
Malayan Union PTM

Apakah faktor yang menyebabkan perubahan pentadbiran tersebut?

I Memupuk perpaduan kaum


II Mengamalkan prinsip demokrasi
III Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO
IV Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7Berikut adalah jawatankuasa yang ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran
kemerdekaan negara

• Jawatankuasa persediaan fizikal

Apakah persedian yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut?


I. Pembinaan stadium
II. Menggubal rukun negara
III. Membina pintu gerbang
IV. Memperkenalkan lagu kebangsaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Berikut adalah situasi kuasa pengampuanan
Seorang pesalah dari makamah tentera memohon agar hukuman ke atas dirinya diampunkan
dan ditangguhkan

8.Siapakah yang layak mempertimbangkan surat rayuan tersebut?


A. Makamah tinggi
B. Makamah rayuan
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Dewan perundangan Negeri

9.Maklumat berikut adalah Prinsip Rukun Negara ketiga.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Bagaimanakah prinsip tersebut dipraktiskan?


A. Perlembagaan negara tidak boleh dipinda
B. Undang-undang bercangah perlembagaan terbatal
C. Badan perlaksana sahaja boleh meluluskan perlembagaan
D. Badan perundangan bertindak atas nasihat Perdana Menteri
10.Jadual menunjukkan kegiatan ekonomi dan petempatan kaum di bawah pentadbiran british
Apakah kesan daripada situasi tersebut?

• Kaum Perkerjaan Petempatan


• Melayu Petani Kampung/pendalaman
• Cina Pelombong Bandar
• India Buruh ladang Estet

A. Perbezaan ideologi
B. Kurang interaksi
C. Pengkhususan perkerjaan
D. Memajukan ekonomi

Anda mungkin juga menyukai