Anda di halaman 1dari 18

SYAIR DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

SUMATERA UTARA:
KAJIAN DALAM KONTEKS SOSIOBUDAYA DAN STRUKUR

Oleh:
Muhammad Takari bin Jilin Syahrial
Fadlin bin Muhammad Dja’far

UNIVERSITI MALAYA
2007
POKOK PERMASALAHAN KAJIAN

(1) syair dalam konteks sosiobudaya masyarakat


Melayu di Sumatera Utara;

(2) struktur syair, yang meliputi tema, norma-norma,


persajakan, baris, melodi dan ritme dan sejenisnya.
DUNIA MELAYU, 350 juta jiwa, bahasa nomor 5 terbesar dunia,
monogenesis Asia Tenggara, dan diaspora di merata Dunia.
Secara kultural disebut Melayu Polinesia atau Melayu Austronesia.
Pendahuluan
Sumatera Utara berpenduduk
12.8 juta jiwa.
Kesenian Melayu di Sumatera
Utara
Etnik natif: Karo, Pakpak-
Lagu (Muzik Vokal): 239 buah
Dairi, Simalungun, Batak
Toba, Mandailing-Angkola, Tari: 50 buah (9 tari wajib
Nias dan Melayu. Melayu)
Etnik Pendatang Nusantara: Senandung, mak inang, lagu dua,
Aceh, Minangkabau, Banjar, zapin.
Sunda, Jawa dan lainnya.
Budaya sebagai asas komunikasi,
Etnik Pendatang Dunia: di dalamnya terkandung sistem
Tamil, Hindustani, Sikh, nilai dan norma masyarakat,
Hokkian, Hakka, Kwong Fu, ekspresi idea dan perasaan.
Khek dan lainnya. Fungsi dan bentuk komunikasi
berhubung erat dengan
kebudayaan.
PENDUDUK SUMATERA UTARA (MULTIETNIK)
DI SETIAP KABUPATEN/KOTA
Luas Tahun 1990 Tahun 2000
wilayah Jumlah Kepadatan Jumlah Kepadatan
Kabupaten (km2) Penduduk Penduduk Penduduk Penduduk
Nias 5,318 589,184 110.8 688,4 129.4
Mandailing Natal 6,134 -   372,4 60.7
Tapanuli Selatan 11,677 954,332 81.73 753,3 64.51
Tapanuli Tengah 2,188 214,467 98.02 256,6 117.3
Tapanuli Utara 6,063 695,777 114.76 424,4 69.99
Toba Samosir 3,44 -   302,9 88.06
Labuhan Batu 9,323 733,521 78.68 906,6 97.2
Asahan 4,581 884,594 193.1 957,5 209
Simalungun 4,369 805,365 184.34 869 198.9
Dairi 3,146 276,98 88.04 302 96
Karo 2,127 257,981 121.29 286,3 134.6
Deli Serdang 4,339 1,602,749 369.38 1,920,000 442.5
Langkat 6,262 812,229 129.71 889,5 142
Sibolga 11 71,895 6,635.91 81 7,363.60
Tanjung Balai 58 108,202 1,865.55 117,3 2,022.40
Pematang Siantar 70 219,328 3,133.26 237,9 3,398.60
Tebing Tinggi 31 116,767 3,766.67 138,4 4,464.50
Medan 265 1,730,752 6,531.14 2,028,300 7,654.00
Binjai 90 181,904 2,021.15 222,3 2,470.00
Sumatera Utara 71,68 10,256,027   11,754,100 164
GAMBARAN SOSIOBUDAYA
4 STRATIFIKASI ADAT:
1. ADAT YANG SEBENAR ADAT
2. ADAT YANG DIADATKAN
3. ADAT YANG TERADAT
4. ADAT ISTIADAT.

STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT


TENGKU, SYAID, RAJA, WAN, DATUK, DAENG, KAJA, ENCIK,
RAKYAT AWAM

TERCERMIN DALAM SYAIR (CONTOH SYAIR PUTERI HIJAU


MENCERMINAKAN SISTEM KEBANGSAWANAN DAN SISTEM
KEPERCAYAAN ATAU KOSMOLOGI MELAYU)
GAMBARAN SOSIOBUDAYA
4 STRATIFIKASI ADAT:
1. ADAT YANG SEBENAR ADAT
2. ADAT YANG DIADATKAN
3. ADAT YANG TERADAT
4. ADAT ISTIADAT.

STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT


TENGKU, SYAID, RAJA, WAN, DATUK, DAENG, KAJA, ENCIK,
RAKYAT AWAM

TERCERMIN DALAM SYAIR (CONTOH SYAIR PUTERI HIJAU


MENCERMINAKAN SISTEM KEBANGSAWANAN DAN SISTEM
KEPERCAYAAN ATAU KOSMOLOGI MELAYU)
GAMBARAN SOSIOBUDAYA
4 STRATIFIKASI ADAT:
1.ADAT YANG SEBENAR ADAT
2.ADAT YANG DIADATKAN
3.ADAT YANG TERADAT
4.ADAT ISTIADAT.

STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT: TENGKU, SYAID, RAJA, WAN,


DATUK, DAENG, KAJA, ENCIK RAKYAT AWAM

KESULTANAN: DELI, SERDANG, LANGKAT, ASAHAN, KOTA PINANG,


KUALUH, MERBAU.

TERCERMIN DALAM SYAIR (CONTOH SYAIR PUTERI HIJAU


MENCERMINAKAN SISTEM KEBANGSAWANAN DAN SISTEM
KEPERCAYAAN ATAU KOSMOLOGI MELAYU)
SASTRA TRADISI MELAYU SUMATERA UTARA

1. Karya sastera yang berbentuk legenda: (a) Datuk Megang; (b)


Terjadinya Bukit Tinggi Raja; (c) Asal Mula Pantai Cermin; (d)
Permata Bertuah dari Serdang Putih; (e) Lubuk Pakam atau Lubuk
Pualam; (f) Asal Mula Terjadinya Danau Laut Tador dan lain-lain.

2. Karya sastera berbentuk mite; (a) Sumpah Sakti Suku Melayu;


(b) Tuai dengan Tujuh Puteri dan lainnya.

3. Karya sastera berbentuk fabel: (a) Kucing dengan Harimau; (b)


Ular Piar dan Ular Tedung; (c) Kuau dengan Gagak dan lain-lain.

4. Selain dari karya sastera di atas, dijumpai pula karya sastera


berbentuk puisi nyanyian rakyat, yang sering dikategorikan sebagai
senandung atau sinandung, terdiri dari: (a) senandung ibu atau
senandung nasib; (b) senandung anak; (c) senandung nelayan; (d)
senandung muda-mudi; (e) senandung hiburan dan (f) senandung
dabus.
SYAIR:
Daripada bentuk kata atau istilahnya jelas bahawa kata ini berasal
daripada bahasa Arab. Kamus al‑Mabmudiyah (1934) karangan Syed Mahmud
ibni Almarhum Abdul Qadir al‑Hindi memberikan makna kata syair sebagai
"karangan empat baris yang sama sajak (s‑j‑?) pada akhir keempat ‑empat ayat
dan sama pertimbangan perkataannya" (Syed Mahmud, 1934:159). Daripada
konteks­nya kita faharmi apa yang dimaksudkan dengan sajak (s‑j‑?) ialah
persamaan bunyi di akhir tiap‑tiap baris atau rawi. Tentu sahaja keterangan
yang terdapat dalam Kamus Al-Mahmudiyah sangat ringkas, kerana penyusun
kamus ini menyedari bahawa semua orang Melayu pasti tahu apa itu syair (Siti
Hawa Haji Salleh 2005:1).
Lebih lanjut mengikut Harun Mat Piah para pengkaji yang meneliti syair
sepakat menyatakan baawa kata syair berasal dariada bahasa Arab sy’r yang
umumnya merujuk kepada pengertian puisi dalam apa-apa jua jenisnya seperti
yang difahami dalam istilah Inggeris poem atau poetry (Harun Mat Piah
1989:210).
Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu (1962 dan sebelumnya)
menyatakan bahawa penulisan syair tidaklah terkongkong pada monorima
sahaja. Beliau mengemukakan beberapa contoh yang memperlihatkan variasi
yan berbeza, seperti syair dua baris serangkap berima a/b, a/b, a/b, dan
seterusnya; syair tiga baris serangkap dengan rima a/a/b, a/a/b, dan seterusnya;
syair empat baris serangkap berima a/a/a/b, c/c/c/d, dan seterusnya.
Sampai disini sja’irpun tammat,
Sadjaknya banjak a’ betul amat,
Mengarangkan dia habislah tjermat,
Pinggang dan tengkuk rasanja lumat.
 
Sedikit sadja saja pohonkan,
Membatja sja’ir hendaklah lagukan,
Supaja gembira jang mendengarkan’
Paedahnja banjak tentu didapatkan.
(A. Rahman 1962:92)
KESIMPULAN
Bahawa masyarakat Melayu di Sumatera Utara memiliki hubungan kultural dengan masyarakat
Melayu lainnya seperti di Semenanjung Malaysia, Riau dan Kalimantan. Selain itu meskipun secara etnik
selalu dipandang kecil, iaitu nomor empat atau lima dari sejumlah etnik di Sumatera Utara, namun jika
merujuk kepada kebudayaan Islam atau kebudayaan yang universal etnik-etnik di Sumatera Utara
dikategorikan sebagai Melayu, atau kadang mengelempokkan etniknya sebagai Melayu. Masyarakat Melayu
menggunakan bahasa, adat, norma-norma, etika dan falsafah Melayu, yang berasaskan konsep adat bersendi
syarak, syarak bersendi kitabullah.
Masyarakat Melayu Sumatera Utara memiliki turai atau struktur sosial yang juga dipakai di
belahan Dunia Melayu lainnya, namun ada pula yang khas ada di kawasan ini. Stuktur sosial ini juga
memberikan dampak kepada eksistensi kesenian dan sastera, seperti syair. Fungsi syair adalah untuk
enkulturasi nilai-nilai dan falsafah Melayu. Syair mentransmisikan cerita rakyat (folklor) Melayu, dan syair
berfungsi untuk kontinuiti dan perubahan kebudayaan Melayu secara umum.
Syair adalah salah satu karya sastera tradisional Melayu yang juga terdapat di Sumatera Utara.
Syair ini ditandai dengan tujuan utamanya bercerita atau mengisahkan sesuatu. Sehingga sebahagian besar
syair di Sumatera Utara berasas kepada cerita rakyat (folklor). Secara struktural terdiri dari bait-bait atau
rangkap yang setiap baitnya terdiri dari empat baris, setiap baris mengandung isi. Tidak seperti pantun yang
memakai sampiran (pembayang). Syair berasas kepada monorima. Dalam kasus Syair Puteri Hijau misalnya,
bahagian rima ini didominasi oleh huruf vokal a, dan sedikit memakai huruf mati. Selain ciri sastera itu,
ternyata yang tak kalah pentingnya adalah struktur muzikal Melodinya berasas kepada Lagu Selendang
Delima, yang tediri dari bentuk X, A, B, B’ dan C, yang diulang-ulang. Bentuk X adalah melodi penyelang
antara rangkap syair yang satu ke rangkap syair berikutnya. Bentuk A, B, B’, dan C adalah isi syair. Tangga
nada yang dipergunakan adalah minor dan derivatnya, dan sedikit dibumbui oleh maqam dari Asia Barat.
Ini menunjukkan bahawa seniman Melayu itu sangat kreatif dalam mengadun sistem muzik dunia yang
dijumpainya. Rentak yang digunakan adalah inang dan meter bebas. Alat-alat muzik yang lazim digunakan
mengiringi syair adalah yang utama akordion, kemudian biola, gedang dan tawak-tawak atau gong. Nada
dasar yang digunakan biasanya untuk penyanyi laki-laki adalah E atau D, sementara untuk waita adalah G
atau A. Demikian kira-kira simpulan kami mengenai konteks sosial dan struktur sastera serta muzik dalam
syair Melayu Sumatera Utara.

Anda mungkin juga menyukai