Anda di halaman 1dari 17

TEKS KHUTBAH JUMAAT

“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
28 JANUARI 2022 |
25 JAMADIL AKHIR
1433
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi
yang bersifat sebagai pelaksana dan penegak agama.
Oleh yang demikian,
kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT
tanggungjawab dan amanah
sebagai taklif untuk ditunaikan.

1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Manusia merupakan khalifah Allah di muka bumi
yang bersifat sebagai pelaksana dan penegak agama.
Oleh yang demikian,
kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT
tanggungjawab dan amanah
sebagai taklif untuk ditunaikan.

1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Malangnya ramai di kalangan kita yang
memandang sepi nilai tanggungjawab yang telah
diberikan. Hal ini menjadi punca percampuran
antara perkara yang haram dengan perkara yang
halal tanpa disedari.
1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Tidakkah kita sedar bahawa perkara haram tetap
haram hukumnya sekalipun pelakunya mempunyai
niat yang suci. Sebagai agama yang tegas, Islam
tidak pernah merestui sesuatu yang haram
walaupun perkara yang haram itu dijadikan wasilah
untuk tujuan yang mulia.
1
“AMANAH YANG
Kita juga berasa amat sedihDIKHIANATI”
dan bimbang kerana ada
manusia yang menjadikan tanggungjawab yang ada pada
dirinya sebagai salah satu jalan pintas untuk mengecap
kehidupan yang mewah atau dalam erti kata yang lain
mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat.
Kebiasaannya orang yang melakukan budaya keji ini
tidak mempedulikan kesan buruk yang akan terjadi,
sebaliknya mereka hanya mengutamakan keuntungan
diri mereka. 1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”

Maksudnya: Wahai orang yang beriman,


janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-
Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah
yang diberikan sedangkan kamu mengetahui
perbuatan tersebut. 1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”

Jenayah khianat ini berpunca daripada sifat tamak


terhadap kemewahan dunia sehingga sanggup
mengorbankan integriti untuk memperoleh habuan
tertentu.
1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
antara amanah yang sewajibnya dijaga ialah nikmat yang
diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya seperti
nikmat umur, kesihatan, harta, zuriat dan pelbagai lagi.
Jika setiap amanah ini dipandang remah, maka
nantikanlah kerosakan yang mengundang kemurkaan
Allah SWT.

1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
َ ُ َ ‫َأْل‬
ُ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ ْ َ ْ
َ َ ْ ُ
‫ كيف ِإ ضاعتها ؟‬: ‫ قال‬. ‫ض ِّي َعت ا َمانة فانت ِظر الساعة‬
َ ‫ِإ ذا‬
َ َ َّ ْ َ ْ َ ْ ‫َ َ َ ُ ّ َ َأْل ْ ُ َ َ ْ َأ‬
.‫ ِإ ذا و ِسد ا مر ِإ لى غي ِر ه ِل ِه فانت ِظر الساعة‬: ‫قال‬
“Sekiranya sesuatu amanah itu disia-siakan, maka tunggulah akan
berlakunya saat kehancuran. Lalu Sahabat bertanya: Apakah yang engkau
maksudkan dengan mensia-siakan amanah wahai Rasulullah? Rasulullah
menjawab: Sekiranya sesuatu urusan diberikan kepada orang yang bukan
ahlinya iaitu yang tidak berkelayakan, maka tunggulah saat
kehancuran.” (Hadis riwayat al-Bukhari). 1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
hadis ini bukan sahaja menggambarkan kerosakan akhlak
dan integriti ummah akhir zaman, bahkan turut
membabitkan golongan penipu dan pendusta diberikan
amanah untuk menerajui apa jua bentuk kepimpinan.
Baginda SAW mengingatkan kita bahawa kepimpinan
ialah amanah dan amanah yang diberikan kepada
golongan yang salah akan menyebabkan kemusnahan
dan kemudaratan.
1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Ingatlah, pengkhianatan terhadap amanah berpunca
daripada sikap tamak manusia itu sendiri. Sikap tamak
inilah yang mengheret manusia untuk melakukan apa
sahaja asalkan dapat memenuhi keinginan nafsu. Mereka
sanggup mengumpulkan harta melalui amalan riba,
rasuah, perjudian ataupun apa-apa amalan yang terlarang
sehingga sanggup mengetepikan syariat.
1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
meneladani sikap sahabat Nabi SAW yang bernama Abu
Ubaydah al-Jarrah r.a.. Dalam kitab Hayah al-Sahabah
merakamkan kisah yang berlaku di Saqifah Bani Sa’idah
apabila Abu Ubaydah al-Jarrah r.a. enggan menerima
jawatan khalifah sebaliknya mengutamakan Sayidina
Abu Bakar r.a. dan Sayidina Umar r.a.. Beliau menolak
jawatan tersebut kerana khuatir tidak dapat menunaikan
amanah dengan sewajarnya.
1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Abu Ubaydah al-Jarrah r.a. bukan sahaja digelar
oleh Rasulullah SAW sebagai aminul ummah atau
pemegang amanah umat, bahkan telah diberikan
khabar gembira kerana tergolong dalam kalangan
sepuluh orang yang dijamin syurga.

1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
Bersama-sama kita mengamalkan doa yang telah diajarkan
oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:
ْ ُّ َ َ َ َ ُ ‫َّ ُ َّ َأ ْ َأ ُ َ َّ َ َ َأْل ْ َ َأ ْ َأ‬
‫ و س لك ع ِزيمة الرش ِد‬،‫اللهم ِإ ِّني س لك الثبات ِفي ا م ِر‬
“Ya Allah, “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keteguhan
hati dalam urusan agama ini dan keazaman yang kuat
untuk mengikuti kebenaran. (Riwayat Tirmizi)
1
“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
jangan kita mensia-siakan peluang yang diberikan
dengan mengkhianati amanah umur, harta dan kesihatan
yang dipinjamkan oleh Allah SWT ini. Semoga kita
menjadi manusia yang mendapat pemeliharaan Allah
SWT di dunia dan akhirat.
1
TEKS KHUTBAH JUMAAT

“AMANAH YANG
DIKHIANATI”
28 JANUARI 2022 |
25 JAMADIL AKHIR
1433

Anda mungkin juga menyukai