Anda di halaman 1dari 18

TEKS KHUTBAH JUMAAT

“KEHADIRAN RAJAB
MEMBERIKAN PERINGATAN”
4 FEBRUARI 2022 |
2 RAJAB 1433
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Bulan Rajab kembali tiba. Kita wajib bersyukur kerana


Allah SWT masih memanjangkan usia kita sampai ke saat
ini untuk meneruskan amalan. Bulan Rajab adalah salah
satu daripada bulan yang istimewa untuk umat Islam.
Hal ini disebabkan bulan Rajab ialah bulan yang haram
atau mempunyai larangan yang khusus di sisi Allah
SWT. 1
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu


Bakrah radiallahuanhu:
ٌ َ َ َ ٌ ُ ُ ٌ َ َ ْ ‫َّ َ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ ً ْ َ َأ‬ َ ْ ‫َ َأل‬ َ َ َّ َّ َ َ َ َ ْ َ ‫َّ َ ُ َ ْ ْ َ َ َ َ َ ْ َئ‬
ُ ‫الل‬
‫ ث ال ث ة‬، ‫ ِم ن ه ا رب ع ة ح رم‬،‫ الس ن ة اث ن ا ع ش ر ش ه را‬، ‫ات وا رض‬ ِ ‫و‬ ‫م‬ ‫الس‬ ‫ه‬ ‫الزم ان ق د اس ت د ار ك ه ي ِت ِه ي وم خ ل ق‬
َ‫ َّال ذ ي َب ْي َن ُج َم َاد ى َو َش ْع َب ان‬، ‫ض َر‬ َ ‫ َو َر َج ُب ُم‬، ‫الق ْع َد ة َو ُذ و الح َّج ة َواملُ َح َّر ُم‬
َ ُ ٌ َ ََُ
‫ ذ و‬: ‫م ت و ِال ي ات‬
ِ ِ ِ ِ

Maksudnya: Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah


SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua
belas bulan. Daripada dua belas bulan itu ada empat bulan yang
haram atau iaitu tiga bulan yang mengikut turutan iaitu Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharram. Bulan yang keempat ialah Rajab Mudhor
yang terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari). 2
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Hadis ini menjelaskan bahawa Islam tidak melakukan sebarang


perubahan terhadap peredaran bulan dalam setahun qamariyah.
Islam mengekalkan bilangan bulan sebagaimana yang telah
diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Mengapakah Rajab dinamakan
sebagai Rajab Mudhor? Mudhor adalah salah satu kabilah Arab
yang mempunyai kaitan dengan susur-galur keturunan Rasulullah
SAW. Kabilah Mudhor sangat kuat berpegang pada pantang-larang
bulan Rajab dan menjaga kesuciannya.
3
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Shaikh Atiyyah Saqr menukilkan pandangan Ibn Hajar al-‘Asqalani


bahawa tidak terdapat hadis yang khusus tentang kelebihan bulan
Rajab sama ada hadis yang bertaraf sahih atau hasan. Walaupun
tiada hadis yang khusus tentang kelebihan bulan Rajab, bukanlah
bermakna kita tidak boleh melakukan sebarang amalan. Ganjaran
yang diperoleh oleh orang yang melakukan amalan soleh pada
bulan Rajab akan digandakan oleh Allah SWT, sama seperti bulan-
bulan haram yang lain.
4
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Selain itu, dalam Lataif al-Ma’arif juga ada menyatakan


bahawa bulan Rajab bukan sekadar memberikan kelebihan
untuk beramal soleh tetapi dosa juga turut digandakan. Oleh
itu, berusahalah untuk mengurangkan maksiat supaya dosa
kita tidak bertambah pada bulan yang suci ini.

5
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Pelbagai peristiwa berlaku dalam bulan Rajab ini. Antara yang


paling agung dan juga sebagai mukjizat Nabi SAW ialah peristiwa
Isra’ dan Mikraj. Pada malam Isra’ dan Mikraj, Rasulullah SAW
menerima perintah penunaian solat lima waktu daripada Allah SWT.
Oleh itu, kedatangan bulan Rajab ini mengingatkan kembali betapa
perlunya kita melakukan muhasabah terhadap solat yang kita
lakukan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian khususnya
untuk ibadah solat ialah: 6
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Pertama: Cara mengambil wuduk. Ada orang yang kurang


cermat sewaktu mengambil wuduk sehingga menyebabkan ada
anggota yang tidak dibasuh dengan sempurna. Selain itu, ada
juga yang melakukan pembaziran air sedangkan Rasulullah
SAW mengajar kita supaya berjimat-cermat sewaktu berwuduk
sekalipun berwuduk dalam air sungai yang mengalir.

7
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Kedua: Pembacaan surah al-Fatihah. Ada segelintir


orang yang membaca surah al-Fatihah terlalu laju
sehingga melanggar hukum tajwidnya sedangkan
membaca surah al-Fatihah termasuk dalam salah satu
rukun solat.

8
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Ketiga: Pergerakan dalam solat. Ada orang yang solat sambil


menggoyangkan badan dan menggerakkan anggota tanpa sebab
yang dibenarkan. Hal ini sepatutnya boleh dielakkan kerana
kekhusyukan anggota badan melambangkan kekhusyukan hati
seseorang.

9
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”
Keempat: Perihal masbuq dan muwafiq. Makmum muwafiq ialah orang yang
berjemaah bersama imam dan sempat menghabiskan bacaan surah al-
Fatihah ketika imam masih berdiri atau qiyam. Masbuk pula ialah makmum
yang solat berjemaah bersama imam, tetapi dia tidak sempat menghabiskan
bacaan surah al-Fatihah ketika imam masih berdiri atau qiyam. Contohnya,
makmum lewat hadir berjemaah sedangkan imam sudah hampir selesai
membaca surah selepas surah al-Fatihah. Maka makmum ini dinamakan
masbuq. Untuk makmum yang masbuq ada hukum yang khusus yang perlu
dipelajari. 10
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Kelima: Aurat ketika solat. Ada orang yang bersolat tetapi dia
kurang cermat tentang pakaiannya. Misalnya, ada segelintir
kaum lelaki yang solat tetapi auratnya terbuka tanpa disedari
sewaktu bersujud. Sepatutnya pilihlah pakaian yang sesuai
sewaktu solat agar aurat dapat ditutup dengan sempurna.

11
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Keenam: Solat dalam keadaan bergopoh-gapah. Ada orang yang sengaja


meninggalkan bacaan dan perbuatan yang sunat dalam solat seperti
membaca doa iftitah, surah selepas surah al-Fatihah dalam rakaat yang
pertama dan kedua, mengangkat kedua-dua tangan ketika iktidal, membaca
selawat kepada Nabi Ibrahim alaihissalam ketika tasyahud akhir dan
sebagainya. Alasannya, sebab “nak cepat.” Yang peliknya, segelintir
manusia yang solat dalam keadaan laju ini menggunakan alasan “nak
cepat” ketika berdepan dengan Allah SWT tetapi dia boleh pula bersikap
tenang untuk urusan duniawinya. 12
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Ketujuh: Memandang enteng amalan rukhsah solat atau


kelonggaran penunaian solat untuk golongan yang sakit dan
musafir. Maksudnya di sini, ada segelintir umat Islam yang
masih tidak faham syarat mengqasarkan solat atau
menghimpunkan solat. Hal ini menyebabkan dia mengabaikan
solat sewaktu sakit atau musafir tanpa rasa bersalah.

13
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Kelapan: Mengaitkan solat dengan perkara mungkar dengan


tujuan menyindir dan melawak. Ujaran seperti “solat tak tinggal,
tapi asyik mencaci orang lain”, “rajin ke masjid solat berjemaah,
tapi suka mengumpat orang” dan sebagainya hendaklah
diujarkan secara berhati-hati. Hal ini disebabkan ujaran seperti
ini mungkin boleh melemahkan semangat segelintir orang yang
solat sehingga menyebabkan dia mengabaikannya terus.
14
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Mengakhiri khutbah, mimbar yang mulia ini ingin menyeru


marilah kita menjadikan bulan Rajab yang dirahmati Allah SWT
ini sebagai dorongan untuk melakukan penghijrahan diri dan
keluarga untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Selagi kita
masih bernafas, selagi tulah kita masih ada peluang untuk
memperbaiki.
15
“KEHADIRAN RAJAB MEMBERIKAN PERINGATAN”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Sesungguhnya penghisaban pertama untuk hamba
Allah SWT pada hari kiamat adalah yang berkaitan solat.
Jika solatnya sempurna, maka beruntung dan berjayalah
dia. Jika solatnya rosak, maka kecewa dan rugilah dia.”

16
TEKS KHUTBAH JUMAAT

“KEHADIRAN RAJAB
MEMBERIKAN PERINGATAN”
4 FEBRUARI 2022 |
2 RAJAB 1433

Anda mungkin juga menyukai