Anda di halaman 1dari 29

SKAG1233: MANUSIA DAN CABARAN GLOBAL

TOPIK 2 :
PERUBAHAN KEPENDUDUKAN &
PERSEKITARAN
Pengenalan
 Penduduk dunia mengalami perubahan dari segi saiz, taburan, struktur, serta trend dan pola
dinamiknya (lahir, mati, hijrah).
 Globalisasi telah membawa perubahan kepada persekitaran (lokal dan global) dan gaya hidup
masyarakat dunia sehingga penduduk berhadapan dengan pelbagai cabaran kependudukan yang
tidak optimum dan tidak seimbang.
 Ketidakseimbangan penduduk dan sumber mewujudkan gejala kemiskinan, penyakit, perebutan
sumber / perang, masalah kualiti hidup dan sebagainya.
 Perancangan kependudukan adalah asas kepada pembangunan nasional, wilayah dan global.
Kandungan Kuliah:

i. Trend dan pola penduduk dunia (dan Malaysia)


ii. Ketidakseimbangan saiz dan taburan
iii. Daya tampong bumi
iv. Impak penduduk ke atas alam sekitar I = P x T x K (Penduduk x Teknologi x
Kekayaaan)
v. Impak persekitaran terhadap penduduk : Teori Transisi Demografi dan Teori Malthus
vi. Debat dan polisi kependudukan: antinatalis atau pronatalis ke arah menyeimbangkan
penduduk dan sumber / pembangunan.
vii. Perubahan kependudukan: ketidak seimbangan taburan dengan tumpuan penduduk
di kawasan maju, kadar tinggi pertumbuhan di kawasan SM, kadar rendah di
kawasan maju
Trend dan pola penduduk dunia (dan
Malaysia)
 Pertambahan penduduk keseluruhannya bertambah dengan kadar pertumbuhan di sesetengah
NM menurun di bawah 0%.
 Kadar kelahiran semakin menurun, terutama di NM.
 Kadar kematian juga semakin menurun kerana peningkatan taraf hidup, tetapi meningkat di
kawasan perang, bencana alam seperti gempa bumi dan penyakit degeneratif (kanser, jantung,
dll) dan rentas sempadan.
 Perubahan pola perkahwinan dan pembentukan keluarga ke arah kahwin lambat dan saiz famili
mengecil, kahwin campur.
 Peningkatan golongan bujang (kahwin lewat) dan golongan berumur (penuaan penduduk).
 Mobiliti penduduk meningkat dengan perkembangan teknologi makumat dan sistem
pengangkutan global – buruh asing, penghijrahan golongan cerdik-pandai, pelarian.
 Mobiliti pengaruhi kuantiti dan kualiti penduduk dalam negara dan dunia ke arah masyarakat
majmuk, kompleks.
 Sumber: Youtube
 Jumlah Penduduk Dunia (1950-2020) | World Population Between Year 1950 -
2020 | 20 Teratas | Top 20
https://www.youtube.com/watch?v=Cs7jk5RPw6I
Rajah: Faktor pertumbuhan penduduk dunia
Ketidakseimbangan saiz dan taburan –
urbanisasi global
 Penduduk NSM 80% dan NM 20%, dengan 3.5 bilion di China, India dan
Indonesia.
 Penduduk bandar kian meningkat menerusi migrasi desa-bandar dan
pembangunan bandar baru dan pembangunan wilayah . 95% penduduk NM
tinggal di bandar, 65% di Malaysia.
 Penumpuan penduduk ke kawasan maju dan sebaliknya di kawasan mundur.
 Implikasi: tekanan di kawasan padat penduduk, pencemaran.
World urbanization map
Daya tampung bumi

 Kemampuan bumi untuk menampung keperluan penduduk.


 Penduduk berlebihan memberi tekanan kepada alam sekitar.
 Pembandaran berlebihan di bandar dunia memberi tekanan kepada
sistem dan perkhidmatan bandar.
 Impak penduduk ke atas alam sekitar I = P x T x K (penduduk x
teknologi x kekayaaan/modal).
Teori Transisi Demografi

 Menerangkan peralihan kadar fertiliti dan mortaliti akibat revolusi


perindustrian, pembandaran, modernisasi.
 Berlaku dalam 3 fasa: peralihan awal, peralihan dan peralihan akhir.
 Berdasarkan peralihan kependudukan di Eropah Barat dan Amerika
Utara.
 Teori Transisi demografi adalah model yang menggambarkan perubahan penduduk dari
tahap pertumbuhan yang stabil tinggi (kadar fertiliti dan mortaliti yang tinggi) ke tahap
pertumbuhan yang stabil rendah (kadar fertiliti dan mortaliti rendah) yang terjadi dari
semasa ke semasa. Hal ini berdasarkan interpretasi yang bermula pada tahun 1929 oleh para
ahli demografi (demografer),perubahan yang diamati adalah kadar fertiliti dan mortaliti
dalam masyarakat selama dua ratus tahun terakhir atau lebih.
 Tren populasi penduduk yang terjadi pasca-Perang Dunia II (1939-1945) disebut dengan
istilah "baby boom,“ (ledakan kelahiran antara tahun 1946-1964)) telah meningkatkan kadar
fertiliti dengan drastik di Eropah dan Amerika.
 Kini transisi demografi merupakan fenomena global, bukan hanya tren Barat ataupun
Eropah, bahkan sejak tahun 1960 sebahagian besar dunia telah menunjukkan penurunan
tingkat fertility ,dengan pengecualian sub-Sahara Afrika yang mungkin terakhir
menunjukkan penurunan tingkat fertiliti.
 Transisi demografi adalah suatu model grafik yang menggambarkan
perubahan penduduk dari pertumbuhan penduduk tinggi menuju pertumbuhan
penduduk yang stabil. Transisi demografi istilah awalnya hanya
menggambarkan pergeseran sosial yang terjadi di masyarakat Barat dari abad
19 ke tahun 1930-an. Pada masa itu masyarakat Eropah yang mengalami kadar
fertiliti dan mortaliti tinggi, beralih ke kadar fertiliti dan mortaliti rendah
dengan konsekuensi sosial yang besar.
KONSEP TRANSISI DEMOGRAFI

 Konsep transisi demografi cuba menerangkan mengapa negara-negara yang kini tergolong
negara maju mengalami tahapan transisi demografi ini. Tahap transisi demografi meliputi
3 fasa perkembangan iaitu:
 Tahap 1 : Kelahiran tinggi dan kematian tinggi
 Tahap 2 : Kelahiran masih tinggi, kematian cenderung menurun
 Tahap 3 : Kelahiran menurun dan kematian menurun dan menuju stabil

 Sesetengah sarjana lain menyatakan transisi ini melibatkan 4 tahap dan 5 tahap.
Teori Malthus

 Lebih dikenali sebagai Teori Perangkap Malthusian (Krisis Penduduk Dunia).


 Kadar pertumbuhan penduduk mengatasi pertambahan makanan.
 Implikasi negatif seperti kebuluran, penyakit, perang.
 Malthus mencadangkan sekat perkahwinan / kelahiran.

 Kedua-dua teori mempengaruhi isu dan wacana kependudukan global. Debat dan
polisi kependudukan: antinatalis atau pronatalis ke arah menyeimbangkan
penduduk dan sumber.
 Menurut Malthus “Krisis Penduduk - Malthusian” berlaku kerana:
 Keterbatasan kawasan tanah pertanian.
 Progres teknikal (machinery, irrigation, fertilizers, and new types of crops) sangat perlahan.
 Ketakmampuan menampung pertambahan jumlah penduduk yang pesat semakin ketara.
 Jika ini terus berlaku, bilangan penduduk mengatasi daya tampung sumber tanah pertanian
(makanan).
 hasil/kesannya berlaku “Krisis Malthusian”:
 Kekurangan bekalan makanan/Food shortages.
 Kelaparan/ Famines/starvation/krisis makanan.
 Peperangan & epidemik/penyakit
 “Menetapkan” saiz penduduk berkadar dengan bekalan sumber tanah pertanian/makanan
yang ada.
 Perlukan desiplin/kekuatan moral untuk mengawal kadar kelahiran /reproduksi.
Cabaran & respons terhadap Teori Malthus
ii. Pembangunan Teknologi
 Inovasi teknik pertanian
 Pertanian intesif/Intensification of agriculture.
 Kaedah pembajaan baharu/baja baharu.
 Penggunaan racun serangga/kulat dsb.
 Pengairan.
 Sistem pelbagai penanaman – lebih satu jenis tanaman dalam setahun.
 Pertumbuhan penduduk mencipta kreativiti:
 Penemuan baharu dalam peluang ekonomi.
 Manusia semakin sedar, tidak memusnah/menghabiskan sumber sebaliknya mencipta sumber
baharu melalui teknologi baharu.
 Sumber alam semakin banyak dan mudah didapati/berlambak.
 Melalui teknologi, manusia dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan bahan makanan –dan
memyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk yg bertambah.
 Hakikat ini dapat mengekang krisis Malthusian daripada berlaku.
Batasan Kemajuan
 Halangan alam sekitar yg mebatasi pengeluaran makanan yang berterusan.
 Tidak semua bahan makanan boleh diganti (no substitution).
 Hakisan tanih dan tanah rang.
 Penyakit tumbuhan yang semakin tidak dapat diatasi. Evolutionary organisms/mutation -
resistant to pesticides.
 Perubahan iklim/Climate change.
 Kehilangan kawasan tanah untuk kegunaan lain seperti pembandaran dan perindustrian.
 Kekurangan air dan pencemaran menjejaskan pertanian.
 Batasan teknologi
 Teknologi mungkin ada tetapi tidak semua orang dapat guna, kesesuaian, kemampuan,
akses dsb.
 Mungkiun terlalu mahal untuk petani miskin / negara miskinmemilikinya (e.g. proses
penyahgaraman/desalination).
Kesimpulan

 Penduduk negara dan dunia adalah matlamat pembangunan atau kumpulan sasaran
perancangan nasional dan global.
 Penduduk adalah sumber manusia. Perkembangan kependudukan tentukan saiz sumber
manusia dalam negara dan pengaruhi pelaburan asing.
 Perkembangan penduduk dirancang selaras dengan rancangan pembangunan negara dan
dunia (PBB) menerusi dasar dan program kependudukan.
 Pembangunan manusia adalah usaha memartabatkan manusia (PBB pelopori pada awal
90-an) menerusi pembasmian kemiskinan, tangani kesihatan, keselamatan, golongan
minoriti, hak asasi manusia, dll ke arah hidup berkualiti dan bermaruah.
 Isu dan cabaran: keselamatan dan kesejahteraan, masalah alam sekitar, agihan kekayaan
dunia tak saksama dan sebagainya.
Terima kasih…

Anda mungkin juga menyukai