Anda di halaman 1dari 8

TAJUK:

PERANAN IBU BAPA UNTUK MENANGANI


GEJALA SOCIAL DALAM KALANGAN ANAK-
ANAK

MENGGUNAKAN TEKNIK
IMBAKUP
I
ISI:
• Ibu bapa perlulah mencurahkan kasih sayang kepada anak-
anak
M
MENGAPA:

• Golongan remaja yang sangat menginginkan perhatian.


• Api kemarahan dan keegoan yang menebal di dada dapat
diruntuhkan dengan kasih sayang.
• Naluri yang mudah memberontak pasti dapat
ditenangkan dengan perasaan cinta ibu bapa.
BA
BAGAIMANA:
• Ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak berbanding hal-
hal lain.
• Ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk melakukan
aktiviti-aktiviti riadah.
• Ibu bapa boleh membawa anak-anak makan angin di
destinasi- destinasi yang menarik.
K
KESAN:

• Anak-anak dapat merasa kasih sayang yang cukup.


• Ibu bapa dapat mengawal rasa memberontak dan
keegoan yang tinggi dalam diri anak-anak.
U
UNGKAPAN MENARIK:

• Bagaimana acuan begitulah kuihnya


P:
PENEGASAN

• Jelaslah bahawa kasih sayang akan dapat mencegah


anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial yang
kian meruncing.
PERENGGAN ISI PENUH:
Seterusnya, peranan ibu bapa dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa perlulah
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja
yang sangat menginginkan perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja dan taka da masa untuk bersama-
sama dengan mereka. Api kemarahan dan keegoan yang meebal di dada mereka dapat diruntuhkan
kasih sayang dan naluri yang mudah memberontak pasti dapat ditenangkan dengan perasaan cinta
ibu bapa terhadap anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah megutamakan anak-anak berbanding hal-
hal lain kerana sebelum nasi menjadi bubur. Dengan ini, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk
melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, berbasikal. Ibu bapa juga boleh membawa anak-
anak makan angin di destinasi-destinasi yang menarik. Sebagai kesan, anak-anak dapat merasa
kasih sayang yang cukup dengan adanya ibu bapa di rumah meluangkan amsa. Secara implisitnya,
ibu bapa dapat mengawal rasa memberontak dan keegoan yang tinggi dalam diri anak-anak. Bak
kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jelaslah bahawa kasih sayang akan dapat mencegah
anak-anak daripada terlibat dengan amslaah sosial yang kian meruncing.

Anda mungkin juga menyukai