Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK

IMBAKUP

TAJUK:
PERANAN IBU BAPA UNTUK
MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM
KALANGAN ANAK-ANAK
I:
ISI

• Ibu bapa mestilah mencurahkan kasih


sayang kepada anak-anak
M:
MENGAPA
• Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
• Anak-anak diumpamakan seperti kain putih yang masih
memerlukan kasih sayang dan bimbingan orang tua.
• Anak-anak akan berasa dihargai dan dikasihi oleh ibu bapa
apabila mereka mendapat perhatian yang secukupnya.
BA:
BAGAIMANA
• Ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak mereka.
• Ibu bapa juga boleh mambawa anak-anak pergi ke tempat yang
menarik untuk makan angin.
• Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan memberi perhatian
sepenuhnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
K:
KESAN
• Anak yang mendapat kasih sayang dan perhatian lebih
menyayangi ibu bapa pastinya akan menjadi insan yang
baik untuk keluarga dan agama.
• Kasih sayang ibu bapa juga akan dibalas oleh anak-anak
mereka pada suatu hari nanti.
U:
UNGKAPAN MENARIK
• Harry Ward Beecher “Kita tak pernah tahu kasih sayang
ibu bapa sehinggalah kita menjadi ibu bapa sendiri”.
P:
PENEGASAN
• Ibu bapa perlu mengimbangi kepentingan keluarga dan
kerjaya mereka kerana anak-anak memerlukan kasih
sayang kedua-dua ibu bapa.
• Peranan ibu bapa dengan memberikan kasih sayang
kepada anak mereka dapat membantu mengurangi
masalah gejala sosial dalam kalangan anak-anak.
PERENGGAN ISI PENUH:
Selain itu, ibu bapa mestilah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak dalam usaha menangani
masalah dalam kalangan anak-anak. Hal ini dikatakan kerana anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak
ternilai. Anak-anak juga diumpamakan seperti kain putih yang masih memerlukan kasih sayang dan bimbingan
orang tua. Dengan itu, anak-anak akan rasa dihargai dan dikasihi oleh ibu bapa apabila mendapat perhatian yang
secukupnya. Buktinya, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah
bersama- sama anak mereka. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak pergi ke tempat yang menarik untuk
makan angin. Apabila ibu bapa meluangkan masa bersama anak, mereka akan merasakan diri mereka disayangi
dan penting dalam keluarga. Ibu bapa juga perlu memberikan kasih sayang dan memberi perhatian sepenuhnya
kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Sehubungan dengan itu, anak yang mendapat kasih
sayang dan perhatian lebih menyayangi ibu bapa pastinya akan menjadi insan yang baik untuk keluarga dan
juga agama. Bukan itu sahaja, kasih sayang ibu bapa juga akan dibalas oleh anak-anak pada suatu hari nanti. Ibu
bapa harus memberi kasih sayang kepada anak mereka supaya mereka tidak terasa diabaikan. Jadi benarlah apa
yang dikatakan oleh Henry Ward Beecher “Kita tidak pernah tahu kasih sayang ibu bapa sehinggalah kita
menjadi ibu bapa sendiri”. Ringkasnya, ibu bapa perlu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka
kerana anak mereka memerlukan kasih sayang ibu bapa. Memang terbuktilah bahawa peranan ibu bapa dengan
memberikan kasih sayang kepada anak mereka dapat membantu mengurangi masalah gejala sosial dalam
kalangan anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai