Anda di halaman 1dari 3

Selasa Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit 24 Ogos 2021

Aku sebatang pokok kelapa sawit. Aku hidup subur bersama-sama dengan rakanku di

sebuah ladang yang luas. Aku banyak berbakti kepada peladang. Aku memberikan peluang

pekerjaan kepada ramai rakyat di negara ini.

Selepas beberapa tahun, aku mula mengeluarkan buah. Aku berbuah dengan lebat

sekali. Buah-buah aku dikait oleh peladang lalu dikumpulkan di tepi jalan.
Selasa Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit 24 Ogos 2021

Tidak lama kemudian, sebuah lori pun sampai. Buah-buah aku dinaikkan ke atas lori

untuk dihantar ke kilang. Di sana, buah-buah aku dan kawan-kawan dikumpulkan dan

dimasukkan ke dalam kilang.

Buah-buah aku terus diproses menjadi produk utama minyak masak. Setelah siap

dibotolkan, minyak itu akan dijual di pasar raya. Pada suatu hari, minyak masak itu telah

dibeli oleh seorang wanita. Dia menggunakan minyak itu untuk menggoreng makanan.
Selasa Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit 24 Ogos 2021

Selain minyak masak, buah-buah aku juga diproses menjadi pelbagai produk. Produk-

produk tersebut mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan manusia. Antaranya,

buahku telah dihasilkan menjadi minyak masak dan marjerin. Buahku juga boleh dijadikan

sabun dan lilin.

Aku berasa bangga kerana dapat membantu kehidupan manusia.

Selain menghasilkan pelbagai barangan kegunaan harian, aku juga

mampu memberikan peluang pekerjaan kepada manusia. Ekonomi

negara juga akan meningkat.

Anda mungkin juga menyukai