Anda di halaman 1dari 21

Ayat Transformasi

DEFINISI
• Disebut juga sebagai ayat terbitan.
• Penerbitan sesuatu ayat dgn mematuhi
hukum dan rumus tranformasi.
• Proses transformasi ini mengakibatkan
pengguguran, penyusunan semula dan
peluasan
Pengguguran
1. Pengguguran subjek ganti nama diri
orang kedua dalam ayat perintah. Tidak
menjejaskan maksud ayat.
cth : Kamu semua jangan bising.
Jangan bising!

Tuan silalah masuk


Silalah masuk!
2. Pengguguran subjek FN yg serupa dalam
ayat majmuk. FN ayat kedua digugurkan
Ayat tersebut blh digabungkan utk
menghasilkan ayat majmuk gabungan.
cth :
• Dia berjaya. Dia berusaha bersungguh-
sungguh.
• Dia berjaya kerana dia berusaha
bersungguh-sungguh.
• Dia berjaya kerana berusaha bersungguh-
sungguh.
3. Pengguguran predikat FK yang serupa
dalam ayat majmuk. Predikat FK yang
kedua boleh digugurkan
cth :
• Rima bekerja di Petaling Jaya. Dila
bekerja di Petaling Jaya.
• Rima bekerja di Petaling Jaya dan Dila
bekerja di Petaling Jaya.
• Rima dan Dila bekerja di Petaling Jaya.
4. Pengguguran ( oleh + FN ) dalam ayat
pasif. Dalam binaan ayat pasif struktur
oleh + FN yg mengikut Kata Kerja dlm
predikat ayat blh digugurkan tanpa
menjejeskan makna ayat.
cth:
• Halaman rumah kami telah dibersihkan
oleh abang.
• Halaman rumah kami telah dibersihkan.
Penyusunan Semula
• Bentuk perkataan dalam ayat diubah
susunannya dan diterbitkan semula.
• Akan mengakibatkan pengguguran kata-
kata tertentu, serta penggantian atau
penambahan.
• Akan ada perubahan pada makna ayat.
1. Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek
ayat pasif.
• Penyusunan semula ayat terbitan jenis ini berlaku
melalui proses menukar ayat aktif kepada ayat pasif.
FN yg menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula
menjadi subjek dalam ayat pasif.

cth :

ayat aktif : Ali menendang bola


ayat pasif :Bola ditendang oleh Ali.
( Bola yg menjadi objek dlm ayat
aktif diubah dan disusun semula
menjadi subjek dalam ayat pasif )
2. Penyusunan semula objek sipi menjadi
objek tepat
• Blh dilakukan pada ayat yg mengandungi
dua objek iaitu objek sipi dan objek tepat.
cth :
a) Guru Besar menghadiahi Mariam buku
b) Guru Besar menghadiahkan buku
kepada Mariam.
( buku yg menjadi objek sipi dlm (a)
diubah dan disusun semula menjadi objek
tepat dalam (b)
Cth :
• Atikah mengirimi sahabatnya sebungkus
hadiah.
• Atikah mengirimkan sebungkus hadiah
kepada sahabatnya.
• Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin
berlian.
• Ayah menghadiahkan sebentuk cincin
berlian kepada ibu.
3. Penyusunan semula menjadi ayat
songsang.
• Dilakukan dengan cara menyongsangkan
ayat.
• Ayat biasa menjadi ayat songsang.
• Proses ini berlaku apabila unsur
keterangan tersebut hendak difokuskan
dengan cara keterangan ini diletakkan di
hadapan ayat.
Cth :
a) Mereka duduk di atas kerusi rotan.
b) Di atas kerusi rotan mereka duduk.

a) Dia akan ke universiti jika lulus cemerlang.


b) Jika lulus cemerlang dia akan ke universiti.

a) Anak Pak Yusof melanjutkan pelajaran ke luar


negara.
b) Melanjutkan pelajaran ke luar negara, anak
Pak Yusof.
Peluasan
Ayat terbitan drp ayat dasar yg ditambah
dgn unsur-unsur yg baharu atau perkataan
lain.
1. Peluasan FN sebagai subjek
• Melalui proses relativasi iaitu dgn cara
memancangkan ayat baharu yg menggunakan
frasa relatif “yang” ke dalam satu ayat lain.
cth : ayat (a) dipancangkan masuk dgn ayat
(b) utk menjadi ayat (c)

a) Jurutera itu memeriksa bangunan


b) Jurutera itu adik saya
c) Jurutera yang memeriksa bangunan itu adik
saya.
Ayat (c) mengalami proses peluasan
predikat dgn cara memancangkan fras
reletif “yang” bagi mengantikan frasa nama
Subjek “jurutera itu” yang sama sepatutnya
berulang dalam ayat tetapi digugurkan
2. Peluasan frasa nama sebagai frasa
predikat.
• Dilakukan dgn cara memancangkan
frasa relatif “yang’ bagi menggantikan
frasa nama yang sama atau serupa
dalam frasa nama predikat yg
digugurkan.
cth : ayat (a) dipancangkan masuk ke
dalam ayat (b) menjadi ayat (c)
(a) Pelajar itu membaca buku.
(b) Buku itu tebal.
(c) Pelajar itu membaca buku yang tebal.

Ayat (c) mengalami proses peluasan


predikat dengan cara memancangkan frasa
reletif “yang” bagi menggantikan frasa nama
yang sama atau serupa yg berulang dalam
Predikat tetapi digugurkan iaitu “buku itu”
3. Peluasan dengan kata hubung
• Menggabungkan dua ayat atau lebih
dengan kata hubung seperti “dan”,
“serta”, “tetapi”,“lalu”, “jika”, “walaupun”,
“kerana” dan sebagainya.
cth :

1. (a) Aziz membaca akhbar


(b) Maria membaca akhbar
(c) Aziz dan Maria membaca akhbar
2. (a) Azman membuat lawatan ke Muzium
Negara.
(b) Rakan-rakannya membuat lawatan ke
Muzium negara.
(c) Azman serta rakan-rakannya membuat
lawatan ke Muzium Negara

3. (a) Pemburu itu terserempak dengan


harimau itu.
(b) Ia menembaknya.
(c) Pemburu itu terserempak dengan
harimau itu, lalu ia menembaknya.
4. Peluasan melalui proses komplementasi
• Mengubah ayat menjadi satu frasa nama
dan memancangkannya pada satu ayat
lain sebagi ayat komlemen atau
pelengkap.

• Ayat yg melalui proses komplementasi


ini lazimnya didahului oleh kata
komplemen “bahawa” seperti ayat
berikut
(a) Askar itu melaporkan ( sesuatu )
(b) Dia telah membunuh tiga orang musuh.
(c) Askar itu melaporkan bahawa dia telah
membunuh tiga orang musuh.

Anda mungkin juga menyukai