Anda di halaman 1dari 2

pesanan guru bertugas..

keselamatan di jalan raya


Hari ini mengajar murid kelas KIA2M atau murid-murid yg belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira rasanya bagai tak tentu hala. Mungkin juga kerana saya terlupa membaca doa untuk bagi orang lain dengar cakap kita..he3 Pagi tadi, semasa di perhimpunan, saya telah ditugaskan untuk memberikan sedikit ucapan berpandukan topik yang telah diberikan, iaitu Keselamatan Jalan Raya. Saya telah memberikan beberapa tip untuk panduan murid-murid. Pertama; cara yang betul untuk melintas. Dengan lenggok dan gaya saya meminta muridmurid mengikut apa yang saya lakukan. Pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan, baru jalan... Ini kerana baru-baru ini saya sendiri menyaksikan ada seorang murid yang sedang berbasikal tidak menghiraukan kenderaan yang datang dari sebelah kanan jalan. Murid tersebut ingin ke simpang di hadapan. Sekiranya kenderaan dari sebelah kanan tidak berhenti, kemalangan boleh berlaku. Kedua; sabar dan tidak gopoh semasa di jalan raya. Saya sendiri juga pernah menyaksikan kejadian di mana seorang murid yang lari dari sekolahnya meluru ke arah jalan yang sesak dengan kenderaan yang laju. Murid itu menangis teresak-esak nyarisnyaris dilanggar. Semua yang berhampiran menarik nafas lega kerana kereta yang lalu di situ sempat untuk berhenti. Kemudian, murid tersebut terus berlari ke arah simpang di hadapan. Saya, yang terbawa-bawa watak guru yang garang.. (garang ke?) terus melaungkan suara, Awak nak ke mana tu?. Murid tersebut akhirnya dibawa pulang oleh saya dan suami ke rumahnya. Rupa-rupanya dia adalah anak salah seorang yang tinggal di kampung tempat kami menetap semasa di Kulai. Itulah akibatnya jika gopoh dan saya juga hairan bagaiman murid itu boleh terlepas daripada sekolahnya sedangkan ada pengawal keselamatan bertugas. Ketiga; semasa berada di dalam kenderaan di jalan raya, murid-murid hendaklah dalam keadaan senyap dan tidak menganggu ibu atau bapa memandu. Sebaiknya, jika ada ibu, bapa atau abang atau sesiapa sahaja yang ingin menguji kecekapan memandu laju, murid-murid bolehlah mengingatkan mereka supaya memperlahankan kenderaan, untuk mengelakkan kemalangan. Sebaliknya, jika anak-anak yang bergaduh dan merengekrengek dalam kenderaan, merekalah yang harus ditegur! Keempat: membaca doa kenderaan sebelum menaiki kenderaan. Tidak kiralah jika murid-murid menaiki kereta, bas, basikal dan motorsikal, semuanya perlu dimulakan dengan bacaan doa kenderaan.

http://cikguib.blog.friendster.com/about/pesanan-guru-bertugas-keselamatan-di-jalanraya/

BERHATI-HATI DI JALANRAYA -UTAMAKAN KESELAMATAN SEMPENA HARIRAYA on: September 10, 2009, 11:45:35 AM Salam to semua EXORIAN. Semua orang tahu kita akan menyambut hari raya lebih kurang 10 hari lagi, jdi sebab itu mana yg tggl d perantauan yg akan pulang ke kampung diminta la berhati-hati ketika di jalan raya.anda mungkin berasa bosan tahap gaban bila baca tajuk di atas, percayalah apa jua kempen dan slogan yg di gunakan bermotifkan keselamatan jalanraya,kesannya tidak seberapa? cuma kempen keselamatan hari ini kelihatan jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lepas.kini sudah boleh dilihat di kaca tv yg menyuruh kita menggunakan peralatan paling asas iaitu talipinggang keledar dan ditambah pengunaan talipinggangpenumpang yg di belakang dan juga penggunaan lampu isyarat membelok. sesuatu yg janggal dalam budaya memandu di Malaysia kerana kebanyakan orang (bengap) hanya menyalakan lampu isyarat bila separuh tayar dah masuk simpang ataupun lampu keselamatan (hazard) bila hujan lebat. ini lah sikap pemandu kita...heheh TEPUK DADA TANYA SELERA... Faktor keselamatan adalah satu pekara yg sangat asas. jikapun kita bukan negara maju sepenuhnya namun aspek keselamatan perlu di pandang dgn sgt serius. pihak berkuasa perlu mengalih perhatian dari pemandu kepada kenderaan. kita mempunyai contoh yg baik utk ditiru ,negara2 spt u.s.a. , dan britain telah lama menwajibkan pemasangan beg udara dan ABS pada setiap kenderaan baru ..(semua ni dh ada kt EXORA kita).tp mcmna kenderaaan yg lama .sudah semestinya tiada semua itu? ? fikirkan lah...semua ini terletak pada diri kita sendiri....sayangi lah nyawa anda dan org yg anda sayang.. PANDU CERMAT ,,JIWA SELAMAT... Mungkin sya dh melalut ni....tp apa yg penting berhati- hati untuk semua exorian yg pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan hariraya tahun ini...selamat sampai semuanya,,insyaallah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 MAAF ZAHIR DAN BATIN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://protonexora.com.my/forum/index.php?topic=775.0

Anda mungkin juga menyukai