Anda di halaman 1dari 44

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA KAJIAN TINDAKAN: Pemerhatian / Analisis Dokumen / Senarai Semak / Temubual

SUMBER PENGUMPULAN DATA


Sumber data yang dikumpul boleh dikategorikan kepada:

data yang dijana sendiri oleh penyelidik, contohnya, data pemerhatian (termasuk pemerhatian turut serta participant observation), penulisan jurnal/ log/diari/catatan lapangan
data yang dijana oleh orang lain tetapi dikumpul oleh penyelidik, contohnya, data dari temu bual, soal selidik, artifak orang lain seperti filem, kaset, video, dokumen, surat pekeliling, minit mesyuarat, sukatan pelajaran dan lain-lain.
2

PENGUMPULAN DATA PEMERHATIAN

PENGUMPULAN DATA PEMERHATIAN Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut (Altrichter et al., 1993:83; KPM, 1995:22)

Siapa dan apakah yang anda akan perhatikan? Mengapakah anda membuat pemerhatian itu? Di manakah pemerhatian akan dilaksanakan? Bilakah anda akan membuat pemerhatian itu dan untuk berapa lama? Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan?
4

PENGUMPULAN DATA PEMERHATIAN

Semasa mempertimbangkan perkara-perkara di atas, fikirkan apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai dan ada kesahan.
Data yang dipungut melalui pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan secara teratur dalam situasi kajian yang sebenar
5

APAKAH YANG PERLU DIPERHATIKAN?

Persekitaran fizikal menerangkan tempat berlakunya situasi yang diperhatikan dan benda-benda fizikal yang ada sekeliling; suasana persekitaran tempat itu; masa berlaku. Persekitaran sosial menerangkan konteks sosial di mana situasi itu berlaku; peranan orang-orang yang terlibat; siapa lakukan apa kepada siapa dan bila; interaksi sosial yang berlaku; bahasa yang digunakan (native language); komunikasi bukan verbal yang ditunjukkan.
Aktiviti yang berlaku menerangkan apa yang berlaku ; apa yang dilakukan oleh orang-orang yang terlibat; bagaimana aktiviti yang dirancang dan yang tidak dirancang berlaku. Perkara yang nampaknya remeh-temeh tetapi mungkin penting untuk memahami situasi yang diperhatikan seperti masa; keadaan cahaya; keadaan suhu dalam bilik; sudutsudut dalam bilik; kedudukan perabot; aras kebisingan di dalam dan di luar bilik darjah dan lain-lain. 6

a.

PROSEDUR PEMERHATIAN

Catatkan masa anda menulis nota

Gunakan singkatan untuk perkataan yang sering kali digunakan (contohnya, G untuk Guru, P untuk Pelajar, PT untuk Papan Tulis, KK untuk Kerja Kumpulan, dll.
Adalah berguna untuk melukis satu gambarajah pelan bilik darjah berkenaan, ditambah dengan catatan seperti di mana guru dan pelajar berada, ruang yang digunakan dan yang tidak digunakan, pergerakan guru, objek-objek yang penting, dll.
7

PROSEDUR PEMERHATIAN

Semak nota yang dicatat selepas pemerhatian untuk membuat pembetulan, menulis komen, atau menulis nota tambahan untuk tujuan menjelaskan sesuatu perkara. Nota tambahan boleh terdiri daripada catatan perasaan, refleksi, atau sesuatu idea baru. Fikirkan tentang; Apakah semua ini bermakna? Apakah yang penting di sini? Kenapakah ia berlaku seperti yang diperhatikan? Apakah yang seharusnya saya siasat selanjutnya? Apakah yang seharusnya saya beri fokus jika saya balik semula ke setting situasi ini? 8

INSTRUMEN PEMERHATIAN

BORANG PEMERHATIAN

Borang pemerhatian adalah satu dokumen yang disediakan untuk merekod apa yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang pemerhatian itu, aspek-aspek yang tertentu untuk direkodkan semasa pemerhatian dijalankan.

SENARAI SEMAK

Senarai semak adalah satu dokumen yang telah disenaraikan aspek-aspek pemerhatian dan penyelidik hanya diperlukan membuat tanda untuk merekod aspek-aspek pemerhatian ini.
9

SOSIOGRAM (CONTOH) Nama Guru pelatih:. Pengkhususan : Fokus Pemerhatian: MENDOKUMENKAN INTERAKSI GURU DAN MURID Tarikh Pemerhatian:. Lokasi Pemerhatian:.. SILA LUKIS GAMBAR RAJAH SOSIOGRAM DENGAN MENGGUNAKAN GARISAN PANJANG DAN ANAK PANAH MENGIKUT POLA INTERAKSI

MEJA GURU

GURU

KUMPULAN MURID

KUMPULAN MURID

10 MINIT KUMPULAN MURID 2 MINIT

KUMPULAN MURID

10

BORANG PRO FORMA Contoh borang pro forma adalah seperti berikut: Nombor peristiwa kritikal:. Nama guru:. Kelas: Tarikh:. Apakah yang membawa kepada peristiwa ini? Apakah yang berlaku?

Apakah hasilannya? (outcome)


11

SENARAI SEMAK (CONTOH) Nama Guru pelatih:. Pengkhususan : Fokus Pemerhatian: MENGAWAL DISIPLIN DI BILIK DARJAH Tarikh Pemerhatian:. Lokasi Pemerhatian:..
INDIKATOR PRESTASI TANDAKAN (/) JIKA ADA DAN (X) JIKA TIADA CATATAN

Pelajar memenuhi masa dengan tugasan Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak BBM Menghormati pelajar Memberi perhatian kpd perbezaan individu Meluangkan masa utk mendengar masalah pelajar Catatkan kelemahan-kelemahan KAWALAN DISIPLIN
12

CATATAN DIARI (CONTOH) Nama Guru pelatih:. Pengkhususan : Fokus Pemerhatian:SET INDUKSI Tarikh Pemerhatian:. Lokasi Pemerhatian:.. Tarikh catatan:.......................................................................... LANGKAH TINDAKAN Menimbulkan minat murid terhadap tajuk Meletak murid-murid dalam set mental yg sedia untuk menerima pelajaran Menimbulkan rasa ingin tahu Memusatkan perhatian Menggalakkan murid-murid mengingat kembali pelajaran lepas Menyediakan struktur dalam pelajaran Mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas Hendaklah berkaitan dengan objektif Relevan dengan isi pelajaran
13

MASA

CATATAN

INSTRUMEN PEMERHATIAN

RAKAMAN AUDIO

Rakaman audio dapat merekodkan segala perbualan dan bunyi dalam sesuatu situasi untuk dimainkan semula dan dijadikan bukti kajian.
Bahan rakaman ini dapat membantu penyelidik menganalisis semula apa yang berlaku dan membuat interpretasi serta refleksi supaya situasi itu dapat difahami dengan lebih mendalam.
14

INSTRUMEN PEMERHATIAN

RAKAMAN VIDEO Rakaman video bukan hanya dapat merekodkan sebala perbualan dan bunyi tetapi segala pergerakan juga dapat ditangkap melalui kamera video itu.

Bahan rakaman ini adalah sangat berguna untuk melihat dan mengkaji semuala sesuatu situasi yang telah dirakamkan dengan cara yang lebih berkesan dibandingkan rakaman audio. Konteks situasi lebih jelas dilihat dan pola tingkahlaku boleh dikesan di samping mengkaji komunikasi secara verbal dan bukan verbal.
15

Cara analisis data pemerhatian secara kualitatif


Teknik Insiden Kritikal (Critical Incident Technique, Flanagan : 1949) melihat peristiwa spesifik yang dapat menggambarkan aspek tertentu dalam tingkah laku guru, Pemerhati akan mencatatkan insiden kritikal pada borang pro forma.
16

CONTOH DATA PEMERHATIAN : Catatan Bebas


Peristiwa (Events) Catatan

Guru A datang. Dia menjerit supaya semua murid yang sedang berbaris di luar makmal supaya senyap. Guru A masuk makmal. Murid-murid semuanya masuk ke makmal. Murid-murid mengambil tempat masing-masing. Guru A duduk di kerusi dan memerhati murid-muridnya sambil memikirkan sesuatu. Semua murid senyap Semua murid terus senyap. Guru terus memerhatikan mereka. Guru A terus bertanya tempat mereka berhenti untuk tajuk.sebelum ini. Murid senyap dan fikir.
Berfikir, mengingat semula

17

CONTOH BORANG PEMERHATIAN


Event System for Observing Use of Student Ideas
Times student ideas are used

Teacher Behavior 1. Acknowledging 2. Modifying 3. Applying 4. Comparing

10 11 12 13 14 15

5. Summarizing Totals

18

Jadual 6.9:

Pengajaran Berfikir Secara Kritis Di Bilik Makmal Fizik


Aspek Berfikir Gundal (tallies) Rank

Meminta murid mengemukakan soalan

//// ////

9 1

Mengemukakan soalan yang memerlukan //// /// murid berfikir di peringkat tinggi Mengemukakan soalan yang memerlukan //// murid mengingat fakta Menggunakan perkataan fikir
///

3 4
19

PENGUMPULAN DATA TEMU BUAL

20

TEMU BUAL

Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Seringkali dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari seseorang

Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan face-to-faceatau bersua muka secara terus menerus dengan peserta untuk mendapat maklumat secara langsung.
21

TEMU BUAL

Mereka yang penting ditemu bual adalah muridmurid sekolah, guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama, rakan sejawat yang sesekolah, pihak pentadbir sekolah (contoh, guru besar, penolong kanan) dan pemerhati yang turut serta dalam kajian. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan menyoal jawab, berbual-bual ataupun berbincang. 22

JENIS-JENIS TEMU BUAL

Jenis-jenis teknik temu bual:


TEMU BUAL berstruktur dan TEMU BUUAL tidak berstruktur

TEKNIK TEMU BUAL BERSTRUKTUR:

aktiviti perbualan dan soal jawab di mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja.

CONTOH

Adakah anda membetulkan semua kesilapan ejaan pelajar? Adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan? Jika ada, apakah denda yang anda gunakan? Siapakah pelajar yang selalu didenda?
23

JENIS-JENIS TEMU BUAL

Teknik temu bual tidak berstruktur: merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapat fakta-fakta tertentu.

Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dari peserta atau responden.

CONTOH Adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami? Apakah perasaan anda pada masa itu? Mengapa anda rasa begitu? 24 Apakah pandangan atau pendapat anda?

KELEBIHAN TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR

Memberi peluang kepada pengkaji meneroka secara mendalam Memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.

Adakalanya, peserta boleh meminta penjelasan dari pengkaji ataupun menyoal pengkaji.
25

KELEBIHAN TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR

Temu bual ini lazimnya diadakan dalam situasi tidak formal. Pada masa temu bual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkah laku peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu.

26

MEREKOD DATA TEMU BUAL

Cara merekod temu bual:

semasa mengadakan temu bual, adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan melalui caracara tertentu.

boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi temu bual.
27

MEREKOD DATA TEMU BUAL

boleh juga mengambil masa membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu, transkrip temu bual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temu bual yang lebih teliti.
Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan jawapan dalam temu bual eloklah disimpan dalam diari pengkaji.
28

Transkripsi Data Temu Bual


Respons Pelajar
Soalan Murid 1 Mengapa anda tidak berminat untuk belajar tajuk pecahan? Buat apa belajar tajuk ni. Kita selalu pakai angka bulat bukan pecahan. Kalau campurkan. Angka bulat, tolak angka bulat, darab dan bahagi saya boleh faham. Lagipun cikgu ajar cepat sangatlah. Mula-mula lagi saya dah tak faham. Dia sikit sangat pakai gambar-gambar, alat-alat macam masa dia ajar tajuk nombor yang sampai pilih ribu itu. Saya memang tak suka guru Matematik saya. Dari dulu-dulu lagi memang saya langsung tak suka cikgu lelaki tu. Kalau di rumah ada orang tolong ajar pecahan pada saya lainlah. Ini Tak ada. Datuk dan nenek saya tak boleh tolong saya. Saya pun tak pergi kelas tuisyen. Apabila dah tak faham, tentu saya tak suka belajar Matematik.
1 : Faktor guru (5) Guru mengajar terlalu cepat / Guru selalu marah / Guru tidak guna bahan bantuan mengajar 2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2) Tidak pergi kelas tuisyen / Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu mengajar) 3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5) Tidak digunakan dalam aktiviti seharian / Tidak selalu orang guna pecahan di kedai 4 : Tajuk pecahan susah (2) Tajuk ini memang susah 5 : Tidak faham (3) 6 : Tidak berminat/tidak suka (2)

Kod

3 1
1 1 2

Penentuan Kod

29

ANALISIS DOKUMEN

30

TUJUAN ANALISIS DOKUMEN

untuk mengutip data atau maklumat berguna dari dokumen-dokumen yang dikaji. Dokumen boleh membekalkan maklumat berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan penting untuk memahami tujuan, rasional dan sejarah sesuatu program atau dasar. Dalam pelaksanaan analisis, kita dapat tahu tentang data yang sudah ada dan data yang mesti dikutip.

31

JENIS SUMBER Primer

JENIS DOKUMEN PERIHALAN


Peribadi Yang ditulis oleh responden tentang tindakan, pengalaman dan kepercayaan seseorang seperti autobiografi, peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil kerja murid, buku skrap Minit mesyuarat, memo, rekod murid dan fail peribadi murid panggilan mesyuarat, buku tahunan, press release,kod etika, pernyataan falsafah khabar, bulletin, kepada editor Risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa
32

Sekunder

Rasmi: Dokumen dalaman Rasmi: Dokumen luaran Media Am

CONTOH BAHAN ANALISIS DOKUMEN

Sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran Kertas peperiksaan dan ujian Laporan kurikulum Minit mesyuarat panitia Contoh kerja pelajar Bab-bab dalam buku teks yang dikaji Bahan-bahan dokumen bergambar/foto: gambargambar dapat memberi gambaran sesuatu situasi dengan jelas, contohnya gambar-gambar dapat menunjukkan;
33

CONTOH BAHAN ANALISIS DOKUMEN

Gambar/foto cara-cara pelajar menjalankan sesuatu tugasan dalam bilik darjah; apa yang berlaku di bilik darjah tanpa pengetahuan atau mendapat perhatian dari guru Susunan meja kerusi di bilik darjah

Corak organisasi sosial dalam bilik darjah, contohnya: adakah pelajar-pelajar bekerja dalam kumpulan atau berseorangan? Kedudukan guru dan sikapnya semasa bercakap atau bekerja dengan pelajar-pelajar.
(Sesetengah daripada bukti bergambar hanya boleh dikutip dengan bantuan seorang pemerhati tetapi sesetengah daripadanya hanya boleh dikutip oleh guru sendiri.)
34

Analisis Dokumen Keputusan Semester 1 Tahun 2008

Berdasarkan dokumen keputusan Semester 1 tahuan 2008, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat gred B, 16 orang pelajar mendapat gred C, 20 orang pelajar mendapat gred D dan 2 orang pelajar tidak lulus (gred E) dalam mata pelajaran matematik. Keputusan Matematik Semester 1 menunjukkan 22 pelajar atau 55% pelajar memperoleh gred D dan E. Oleh oleh sebahagian besar daripada pelajar itu adalah lemah dalam matematik, maka satu pelan tindakan boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini.
35

CATATAN DIARI

36

MEMBUAT CATATAN DIARI

Catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari. Terdapat dua (2) jenis catatan diari:

diari guru dan diari murid.


37

PANDUAN MENCATAT DIARI

Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang mana satu strategi khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang luas untuk merekodkan segala perubahan, tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari
38

CATATAN DIARI
Setiap catatan diari mesti ada;

Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian Terdapat tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk menyenangkan silang rujukan Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat dalam diari untuk rujukan
39

CATATAN DIARI

Dari semasa ke semasa, analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami situasi/isu yang dikaji
40

SENARAI SEMAK

41

SENARAI SEMAK

Alat membantu kaedah pemerhatian Merupakan senarai elemen atau kriteria yang ingin diperhatikan dalam pemerhatian Hopkins & Antes mendefinisikan senarai semak sebagai a list of points to notice in direct observation Alat untuk memfokuskan perhatian semasa pemerhatian pada elemen atau kriteria yang ditetapkan Susunan elemen perlu logikal dan dalam urutan
42

SENARAI SEMAK

Dalam membina senarai semak, perkaraperkara berikut perlu dipertimbangkan:


kriteria disusun dalam urutan Elemen yang sama perlu dikumpulkan dalam kategori Semua elemen atau kriteria yang relevan dan spesifik sahaja disenaraikan Ruang disediakan untuk mengira markah (jika berkaitan) supaya analisis dapat dibuat dengan mudah
43

CONTOH SENARAI SEMAK


Tandakan mana-mana item yang sesuai KERJASAMA PELAJAR SEMASA BERMAIN

1
2 3 4 5

Bertindak lebih dominan


Berkongsi mainan dan bekerjasama Menerima peraturan yang ditetapkan oleh majoriti Mengalami sedikit masalah dalam memberi kerjasama Menyendiri semasa main berkumpulan

PENGLIBATAN PELAJAR 1 2 3 4 Melibatkan diri secara aktifi dalam semua aktiviti Memberi sumbangan besar kepada kerja kumpulan Berminat dan berwaspada tetapi agak pendiam Penonton pasif
44

Anda mungkin juga menyukai